PROS AND CONS

Satu topik yang amat menarik untuk dibincangkan, pros and cons. As we know, Andre Villas-Boas dah macam selangkah untuk jadi manager ke-27 Chelsea FC. Pros yang footballcrazie nampak ialah :


  • Chelsea dapat manager yang awesome, smart and good looking in club's history
  • Senang-senang tarik Falcao dan Joao Moutinho
  • Dah boleh focus on players transfer

Manakala cons yang footballcrazie rasa Chelsea bakal tempuhi ialah :

  • Sesetengah players lama mungkin butthurt sebab tak dapat beraksi
  • Pemain kegemaran dijual
  • Players muda berkhemah di bench
  • Periuk nasi backstaff tergugat (isu bawa geng)
  • Duit Roman Abramovich berkurangan sikit. LOL


Ok, itu jer la yang footballcrazie nampak. Ini pendapat peribadi. So, kalau korang nak tambah, jangan segan-segan komen yer. =)

PERLUKAH NEYMAR DI CHELSEA ???

Lagi sekali footballcrazie timbulkan persoalan ini, perlukah Neymar di Chelsea? Footballcrazie cukup menyampah dengan budak ini sebab sentiasa membuat publisiti murahan untuk sertai Chelsea. Lepas itu, cakap mahu stay di Santos. Paling tak masuk akal ialah nilai £40 juta yang ditag oleh Santos. Even Abramovich yang kaya pun tahu Neymar tak berbaloi dengan harga tersebut. Terbaru, Neymar menyindir player idola footballcrazie, Lionel Messi, dengan menyatakan bahawa dia boleh beraksi lebih bagus daripada Messi tanpa meninggalkan negaranya. Komen Neymar menimbulkan kemarahan Maradona dan menyifatkan Neymar kurang ajar seperti Pele. LOL, Pele yang tak bersalah dapat nama.
 
Footballcrazie tak suka Neymar sebab kurang ajar dan sikap suka 'menyelam' tak seperti Messi yang tak akan dive. Kalau Messi jatuh, fans tahu yang beliau betul-betul kena tackle. That's why footballcrazie respect Messi. Apa pun, jom layan videoklip si Neymar 'menyelam'.

ANDRE VILLAS-BOAS BAWA GENG!!

Nampaknya, Chelsea dah tak perlu rasanya membeli striker atau memburu Luca Modric. Ini kerana Andre Villas-Boas sudah mempunyai calon tersendiri. Antara pemain Porto yang beliau mahu serap masuk ke Chelsea ialah tak lain dan tak bukan iaitu penyerang sensasi Colombia, Radomel Falcao, £26.5 juta dan midfielder Portugis, Joao Moutinho, £15 juta . Tak cukup dengan itu, Boas turut mahukan coaching team beliau di Porto iaitu dua orang coaching staff, seorang physical trainer dan seorang opposition scout, Jose Mario Rocha dan Daniel Sousa. Roman Abramovich wajib tunaikan permintaan beliau jika mahu mengikatnya dengan kontrak bernilai £6.2 juta semusim selama tiga tahun. 


Bagi footballcrazie itu perkara biasa dalam bolasepak. Standard ah, nak bawa masuk individu yang beliau selesa bekerjasama dan faham caranya bekerja. Mungkin Boas ambil ikhtibar ketika Ancelotti bimbing Chelsea. Terkontang-kanting Chelsea masa Ray Wilkins kena sack. Lagi pun, tak perlu Boas ajar benda baru dekat players beliau nanti memandangkan pemain yang beliau nak bawa ni memang dah biasa dengan cara kendaliannya. Tentang duit? Abramovich memang tak ada masalah. Janji menang trofi Champions League musim depan. =)