DROGBA KENA BAN 2 GAME



                             

Berita yg baru diterima, Drogba confirm kne denda ngn FIFA iaitu kne ban 2 game utk UEFA CUP season dpn akibat menerima kad merah pada match Chelsea vs Inter Milan. Well, football tu mmg crazie.. hehehehe

YURI ZHIRKOV



Mmg x boleh dinafikan bahawa Yuri Zhirkov @ Ronaldinho Rusia bermain cemerlang semlm. Walaupun menjadi penyebab gol penyamaan oleh John Carew, die tetap beraksi cemerlang dalam menjana peluang gol (PENALTI)  bg menebus kesilapan beliau. hehe.


Berikut merupakan 10 profile menarik beliau ; 

1) Yuri Valentinovich Zhirkov dilahirkan di Tambov, 430 batu tenggara Moscow, pd 20 Ogos 1983. Ayah die bekerja di kilang dan mak die seorng penghantar surat. 6 org ahli keluarga die tidur dlm satu bilik tidur jer, jadi die akan main bola di laman rumah die hanya selepas sume ahli keluarga die tidur.

2) Semasa kecil dia tidak dianggap berbakat bermain bola, dan penah menangis pada usia 13 thn kerana tidak terpilih dalam perlawanan liga remaja. Cita2 Zhirkov msa kecik ialah ingin memandu kereta kebal.

3) Dia menyertai Tambov pd 2001, dan scored 26 gol dlm 74 games. Dia tidak dibyr lumayan di Tambov,so die tetap bermain utk pasukan kampungnye, yg sponsor mknan kpd keluarganya. Dia berjaya menyumbat 2 gol utk mmbantu kemenangan team kampung die. Die jg berseloroh bhwa akan ttp main dkt laman rumah die jika contract die x halang die dari berbuat begitu.

4) Yuri dibeli oleh CSKA pd Jan 2004, selepas gagal menjadi skuad utama di Spartak Moscow, Lokomotiv & Arsenal Kiev. Gaji pertama die digunakan utk membeli piring satelit so die leh tgk European leagues.

5) Seorng left winger dgn kaki kiri yg terbaik, fast feet, good dribbling ability, dan juga effective bile jd wing back. Zhirkov menyerlah di CSKA apabila menang 2004-05 Uefa Cup. Dia scored 24 gol dari 215 penampilan.

6) Gol die mase Champions League ketika lwn Hamburg masa peringkt kumpulan dianggap yg terbaik dalam sejarah Champions League.

  Watch goal here !!

7) Dia diundi sbagai penerima anugerah "2008 Russian Premier League player of the season" oleh akhbar Sport Express.

8) Menang liga Russia sbyk 2 kali, Russian Cup 3 kali dan Uefa Cup sekali. Pada Januari, dia menandatangani kontrak baru dgn CSKA, yg mana adik lelaki dia, Nikolai tgh main skrg dan akan berakhir pda thn 2011.

9) Yuri kahwin ngn Inna pada Februari 2008, dan dikurniakan seorng anak, Dmitriy, lahir pda bulan September pda thn yg sama (confirm anak luar nikah). hehe .

10) Zhirkov buat 31 penampilan utk Rusia semenjak debut pertama pada 9 Februari 2005 menentang Itali, dan mendpt tmpt ke-3 pada kejohanan Euro 2008. Sekarang, die still xpuas score utk negaranya, RUSIA.

MALOUDA : 11 GOL DARI 12 PERLAWANAN





Malouda nmpaknye makin menjadi-jadi. Terkini, die telah score lagi 2 gol ketika mmbntu Chelsea membenam Aston Villa 7-1. Ini menjadikan koleksi beliau , 11 gol dari 12 penampilan. Tahniah. =)

AMUKAN CHELSEA




Kelemahan sistem pertahanan Aston Villa menyebabkan gawang meraka mudah dibolosi. 2 gol sdari Lampard & Malouda sudah mmbuktikan yg Aston Villa amat lemah dalam mengekang kebijaksanaan pergerakan Chelsea. Menurut Ray Wilkins, selama beberapa minggu ni, Chelsea bergelut dgn prestasi yg merudum.

Tetapi utk 2 perlawanan yg sblum ni, Chelsea telah menunjukkan kebangkitan tepat pada masanya utk bertandang ke Old Trafford. Jadi, ia merupakn satu motivasi yg cukup bgus utk dibawa menjelang pertemuaan antara Man Utd vs CHELSEA nnti.

SEVENTH HEAVEN


Semalam, Chelsea mmbuktikan bhawa meraka masih mampu mencabar man utd dgn menumpaskan AstonVilla 7-1 di Stamford Bridge. 4 gol dari Lampard mmbuatkan Aston Villa lemas di laman Chelsea.


Walau bagaimana pun, beliau still xleh terbang. hahaha. Berikut merupakan keputusan penuh match semalam dan minit2 jaringan oleh Chelsea.

&

SENARAI PEMAIN CHELSEA YANG CEDERA


Berikut merupakan senarai pemain Chelsea FC  yg berehat kerana kecederaan sehingga 26 Mac 2010;

Ashley Cole

Jose Bosingwa


Branislav Ivanovic

Ricardo Carvalho

Micheal Ballack

  Micheal Essien

Henrique Hilario

CARVALHO PLAK INJURED




Kali ini giliran Carvalho plak injured ketika menentang Portsmouth aritu. Dia dijgka direhatkan selama sebulan kerana cedera di ligamen pergelangan kaki. Hiush, lpas srng2 pemain defender Chelsea injured. Berita baik plak, Peter Cech dah leh main.

MALOUDA : 9 GOL DARI 11 PERLAWANAN




9 gol dari 11 perlawanan sudah cukup membuktikan keupayaan mamat ni sgai seorng super-sub. Aksi konsisten yg ditunjukkan oleh Malouda sentiasa mndpt pujian dari Ancelotti. Yg terbaru, Malouda menyumbang 2 gol utk mmbantu Chelsea mengaramkan Pompey sbyk 5 gol. hehe

AMUKAN CHELSEA




Dua gol dri Drogba disusuli 2 gol dari Malouda, pastu Lampard lak sebijik mmbuatkan Portsmouth terkulai di Fratton Park. Xpi gol pertama dari Drogba tu mmg malang bagi Pompey sbb bola bounce. So, James sepak angin jer. hehe

CHELSEA SEKADAR SERI MENENTANG BLACKBURN


Tepat pkul 12 tgh mlm smlm, Blackburn lawan Chelsea. Goal permulaan dari Drogba minit ke-6 hasil gerakan menarik Anelka. Mmg terbaik la setup yg Anelka wat. Last2, minit ke-70 Diouf samakan kedudukan dgn gol tanduk hasil crossing dari Salgado. Ferreira sbg defender pada mse tu gagal kekang Diouf. So, goal la. Kedudukan Chelsea skrng agak getir coz dah mmg xleh tewas klu ingin pegang trofi JUARA LIGA.Cech still xmain lagi..huhu




Utk download highlight;

CECH MUNGKIN TURUN DI LAMAN BLACKBURN


Carlo Ancelotti mungkin akan turunkan Peter Cech utk lawan Blackburn, Ahad ini. Cech dah lama xmain sejak first leg kalah kt San Siro pda 24 Feb kerana kecederaan betis.Tetapi kini,die telah mula menjalani sesi latihan. Sekanrang masih tggal 11 match lagi utk Chelsea tempuh. Harap menang sume. Baru leh jadi juara EPL n FA Cup. 


Hilario masih cedera, so Ross Turnbull yg masih available. Tiga hari selepas tersingkir dari Champion League, semangat team Chelsea smakin lama semakin  meningkat dan Ancelotti masih menaruh kepercayaan kepada anak buah beliau agar perform yg terbaik menentang Blackburn nnti. Kemenangan di Blackburn pasti meninggalkan effect yg mendalam dlm jati diri pemain Chelsea.  Roman juga sempat turun padang utk berikan semangat dan motivasi kepada pemain Chelsea. ADA OWNER LAIN BUAT GITU? Well, it's all about Chelsea. hehe


10 SEBAB CHELSEA TERSINGKIR



AKHIRNYA, hanya Jose Mourinho yang menggelarkan dirinya sebagai "Yang Istimewa" yang bukannya penyokong setia Chelsea menerima faedah hasil kepulangannya ke Stamford Bridge.Ketika Mourinho terus menepati gelarannya apabila berjaya membawa Inter Milan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, Chelsea terpaksa menerima akibatnya menerusi jaringan penentuan Samuel Eto'o dan terus mengenang di mana kesilapan mereka sekali lagi. 

Tanpa mengikut turutan, terdapat 10 sebab utama mengapa Chelsea tersingkir: 


1. Taktik Carlo Ancelotti yang mudah dibaca 

Sebahagiannya disebabkan kekurangan dan sebahagiannya disebabkan kurangnya daya kreatif, menyebabkan pasukan Ancelotti menjadi mangsa sejak perlawanan pertama berikutan ramai pemainnya mengalami kecederaan hingga memaksanya menurunkan Florent Malouda di bahagian bek kiri.

Bagaimanapun pada perlawanan kedua dia mempunyai ramai pemain untuk dipilih dan Mourinho masih mampu membaca barisan kemungkinan dalam skuad Chelsea untuk dia mengatasinya dengan kesebelasan pemainnya.

Akibatnya, Frank Lampard dan Michael Ballack bagaikan tidak berfungsi di bahagian tengah manakala, Branislav Ivanovic dan Yuri Zhirkov terus diasak bertubi-tubi ketika jurulatih "Yang Istimewa" itu menurunkan empat pemain yang mampu melakukan serangan untuk mengkucar kacirkan pertahanan Blues.


2. Kehilangan Michael Essien amat dirasai

John Obi Mikel menampilkan persembahan luar biasa ketika menentang West Ham hujung minggu lalu tetapi aksinya begitu hambar dan terumbang-ambing ketika menentang Inter, apabila seorang pemain tengah menyerang terperangkap dalam posisi bertahan.

Wesley Sneijder berjaya mengekangnya dalam kedua-dua perlawanan dan semua itu tidak akan berlaku andai Michael Essien dapat diturunkan. Dia mempunyai tenaga dan kesungguhan yang sukar dimiliki mana-mana pasukan Eropah.


3. Keputusan pengadil yang buruk 

Perlawanan pertama menyaksikan Manuel Mejuto Gonzalez mencipta kekecohan apabila menafikan peluang Salamon Kalou untuk melakukan penalti yang sememangnya cukup jelas.

Dalam perlawanan kedua, Wolfgang Stark tidak melakukan tindakan luar dugaan tetapi Didier Drogba sepatutnya diberikan dan secara umumnya, semua bantahan itu bagaikan memihak pasukan Itali itu.

Ia tidak membabitkan sebarang skandal, bukan insiden seperti yang membabitkan pengadil Tom Henning Obrevo tetapi cukup untuk membuat penyokong Chelsea berasa meradang.

4. Unit pertahanan yang kukuh yang dijejaskan kepincangan individu 

Mungkin ia sebahagian daripada taktik Mourinho tetapi mungkin juga disebabkan kurangnya kualiti. Dalam perlawanan pertama, John Terry begitu mudah dilepasi membolehkan Diego Milito menjaringkan gol awal yang mencorakkan keseluruhan permainan.

Kesilapan lebih ketara dalam perlawanan kedua, di mana persembahan Terry hanya sekadar memuaskan manakala Alex bergandingan Eto'o untuk menghasilkan gol penentu itu manakala Ivanovic yang selalunya boleh diharapkan hanya membiarkan bekas pemain Barcelona itu mencipta ruang.

Semua empat pemain pertahanan, termasuk pemain bek kiri gantian, Zhirkov kelihatan cukup gementar apabila diserbu penyerang Inter.

Satu-satunya sagu hati diperolehi menerusi Ross Turnbull yang mempamerkan aksi lebih kemas.


5. Gagal menangkis cabaran

Ia begitu menjejaskan pasukan itu ketika menentang Barcelona musim lalu apabila Ovrebo enggan memberi penalti yang diharapkan dapat membantu mereka hingga menjejaskan tumpuan mereka dalam perlawanan itu.

Senario pertama berlaku lagi musim ini, apabila Drogba membantah keputusan pengadil pada separuh masa perlawanan dan Terry sekali lagi meninggalkan padang pada akhir perlawanan mengeluh mengenai ketidakadilan terhadap pasukannya.

Chelsea hampir mencipta hubungan baik dengan pengadil dalam perlawanan Eropah tetapi berbanding memanfaatkannya untuk memperbaiki persembahan mereka, ia menghakis kualiti mereka dan menjadikan kekalahan sesuatu yang tidak dapat dielak.


6. Pemain hebat, persembahan biasa

Mungkin inilah perbezaan paling utama. Senaraikan semua pemain hebat dalam kedua-dua perlawanan, semuanya daripada kelab Itali itu.

Sneijder begitu menyerlah berbanding pemain lain sebagai pemain tengah yang cukup kreatif dan sekiranya dia menganggotai pasukan lawan, keputusan pasti akan berubah.

Di bahagian pertahanan, Lucio mempamerkan persembahan di tahap istimewa untuk mencari ruang mengekang Drogba. Sebaliknya, Terry dan Lampard masing-masing gagal memberi sebarang kesan.

Hanya Malouda berhak menerima pujian hasil persembahan dalam perlawanan pertama dan beberapa persembahan menarik malam itu. Tetapi ia tidak membantu anda memenangi perlawanan penting menentang antara pasukan terhebat Eropah.


7. Ancelotti gagal menghasilkan impak dengan pertukaran pemainnya.

Formasi 4-3-3 yang digunakannya mungkin boleh dijangka tetapi ia sepatutnya memberi peluang kepada pasukannya kelebihan untuk memenangi perlawanan itu.

Bagaimanapun sebaik Mourinho menyusun bidak caturnya dalam permainan bola sepak, sukar untuk Ancelotti memberikan jawapan menerusi pertukaran pemain yang boleh membantu ataupun pertukaran taktik.

Penampilan Joe Cole kurang memberi kesan, sebaliknya menyebabkan Chelsea semakin lemah dan memberi peluang Javier Zanetti untuk menyerlah.

Kemasukan Kalou pula umpama tembakan dalam gelap, juga kurang berkesan.

Apa yang dilakukan Mourinho? Tiada siapa tahu tetapi dinilai daripada persembahannya dalam pasukan lawan, ia sepatutnya menjadi lebih dramatik dan mungkin lebih menjadi.


8. Nicolas Anelka

Untuk kebanyakan musim ini, Drogba sentiasa digandingkan dengan Anelka atau ketika bersendirian, dia berdepan pemain pertahanan yang mempunyai kualiti lebih buruk daripadanya.

Akibatnya, dia berjaya memperdayakan dan menewaskan dalam apa yang dianggap sebagai musim terhebat ketika ini.

Bagaimanapun ketika menentang Inter, dia berjaya ditewaskan gandingan Lucio dan Walter Samuel, yang membuktikan diri mereka sebagai gandingan paling berkesan selepas Laurel dan Hardy.

Apa yang benar-benar diperlukannya ialah sokongan, pemain yang mampu mengalihkan perhatian dan mungkin memberi tentangan.

Bagaimanapun Anelka bagaikan terpinggir di bahagian kanan, gagal mempengaruhi permainan dalam apa cara sekali pun. Pemain Perancis yang begitu cemerlang pada awal musim ini, menjadi pemain paling mengecewakan dalam perlawanan itu.

Kini Ancelotti perlu menilai kembali bagaimana dia menggunakan dua pemain penyerang kelas dunia untuk ujian seterusnya. Biarpun ada ketikanya Anelka berada dalam situasi yang memihak kepadanya, dia gagal menemui sentuhan yang boleh menjadikan keputusan memihak mereka.


9. Kekurangan pelaburan berterusan menjadikan pasukan makin merudum

Pengakuan Roman Abramovich baru-baru ini bahawa dia berpuas hati mungkin boleh dipuji tetapi keputusan perlawanan itu menyebabkan ia kelihatan sebaliknya.

Pembelian pemain seperti Drogba, Lampard, Petr Cech, Ballack dan Essien mungkin pernah membantu pasukan Blues meraih gelaran liga pada 2005 dan 2006 tetapi kini pemain berkenaan semakin berusia.

Mereka sepatutnya menurunkan pemain muda yang bersemangat seperti Sergio Aguero atau Alexandre Pato yang mungkin akan mengubah haluan permainan tetapi Ancelotti tetap menurunkan pemain seperti Kalou dan Cole, dan prestasi pemain itu tidak berubah sejak kebelakangan ini.

Sekiranya Abramovich benar-benar mahu menang Liga Juara-Juara, pelaburan musim panas ini perlu dianggap penting. Ketika ini, pasukan kelihatan hebat tetapi pasukan yang semakin berusia akan menjadikan keadaan bertambah buruk.


10. Impak Jose Mourinho

Akhirnya, anda tidak boleh lari daripada 'Yang Istimewa'. Jika tidak, pastinya soalan berterusan sebelum perlawanan mengenai bekas pengurus tidak akan meletihkan pemain Chelsea dan dengan pengakuan bahawa mereka memberi tumpuan terhadap perlawanan, kepincangan pertahanan dan pertelagahan berterusan dengan pengadil menunjukkan mereka terperangkap dengan kisah dua pengurus.

Tetapi impak Mourinho tidak berhenti setakat itu, Pada perlawanan pertama dia memanfaatkan masalah kecederaan pemain Chelsea untuk mendapatkan kelebihan buat pasukan dan menunjukkan kehebatan pengurusan pasukannya di Stamford Bridge di depan bekas anak buahnya dengan mematahkan setiap gerakan Ancelotti dan menakluki perlawanan itu.

Gol lewat oleh Eto'o mungkin memastikan mereka menang pertemuan itu tetapi taktik Mourinho menjadikan Inter lebih berkuasa. Jika dia tewas, pasti dia akan kehilangan gelarannya tetapi sekali lagi Jose mengingatkan kita mengapa dia digelar 'Yang istimewa'.


SUMBER ;-  Harian Metro

DROGBA : SUKAR UTK TERIMA KEKALAHAN DI LAMAN SENDIRI





Drogba kate yg mereka (skuad Chelsea) kecewa dgn perlawanan ngn Inter Milan hari tu dan berharap agar Chelsea segera bangkit n mesti mng utk perlawanan menentang Blackburn n Portsmouth nnti. Klu x, susah nk bersaing lam EPL nnti.


Ketika lam perlawanan hari tu, Drogba kena kad merah pada minit 86. So, utk first game season depan UEFA Cup ni, die xleh perform ah. hehe. Die berharap, season 2010/2011 UEFA Cup ni, akan membawa sinar baru kpd Chelsea.

BLACKBURN VS CHELSEA

Utk hari Ahad ni plak, Chelsea akan bertandang ke Blackburn.


TIADA JAWAPAN






Abg Ballack kate yang mereka tiada 'jawapan' utk pertahanan kental Inter Milan pagi xdi. Inter bermain begitu cemerlang dan berhak utk menang, tambah kapten German ini. Manakala Drogba pula menambah koleksi kad merah 3 kali berturut2 dalam Champion League ni. Tahniah utk Drogba. hehe

Highlight Chelsea vs Inter Milan

Ni aku ada sediakan link utk highlight match Chelsea vs Inter Milan..


Click Here !!


Pasni, harap Chelsea blajar dari kesilapan dan prepared utk EPL n FA Cup.

Chelsea hampa di Stamford Bridge

Pagi xdi, aku kecewa tgk cara permainan Chelsea. X mcm biasa main lam EPL. Ape pun, congrats to Inter Milan. Referee lak cam siot. Cam kne sogok jer. .


CHELSEA VS INTER MILAN

Tepat pukul 3.45 pagi nnti.. ada match terbaik punyer. Dgr citer Cech still xleh main. Maybe yg turun Turnbull. Ape pun, harap Chelsea do well pagi nnti..



                                                                                 VS



Chelsea V West Ham

Seperti yg aku jnjikan, ni dia highlight match semalam.. tggu match man utd malam nnti.. hehe



Utk download ;-

Chelsea kembali teraju liga




Dua gol dari Didier Drogba buat fan Man.Utd kecewa sbb dah turun carta baru jer xdi. Esok Man.Utd akan menerima kunjungan Fulham. Harap Man.Utd seri. Utk kalah tu susahlah. Xpi, lam bola terutama EPL, anything can happen. Tu kate Drogba. hehe. Di bawah ni ada gambar ckit ttg minit2 gol dari perlawanan tersebut. Esok aku akan update highlight lak.



p/s :- tak sia2 aku puji Alex last post. hehe

John Terry puji prestasi Alex Raja Lawak 4

                   
John Terry memuji Alex RL4 kerana... oh,silap. I'm sorry. Terry puji Alex teammate die sbb perform well mase lawan Stoke City. Walaupun jarang turun dalam kesebelasan utama, Alex still terbaeeek. Dlm match tu jgk, die membuat keputusan yg tepat utk tackle mamat Tuncay lam gambar di atas. Lam 2 kali clean tackle lak tu.


p/s :- title kat atas tu saja jer pancing! hehe jgn marah. ASAL DARI KAMPUNG !!!                                     

Bosingwa terlepas World Cup 2010


Mamat yang asal satu kampung ngn Claude Makelele ni x dapat join World Cup 2010 sbb cedera lutut. Adat bermain bola, lutut mudah cedera. Klu orang muda lutut injured sbb bnda lain. hahaha. So, season ni x dapat la kita tgk die main lagi. See you next season, Abg Bo.  Aku dpt info ni dari Pakcik Ray Wilkin kt bawah thread ni...


                                         

WHO'S THIS MAN???

       

                                          
Nama mamat ni ialah Ray Wilkin. Asal dari kampung. hahaha Sekarang, beliau menjawat jawatan sbg timbalan pengurus(caretaker manager), Chelsea FC .


Dia pernah menyarung jersi utk Chelsea, Man.Utd,  AC Milan, Queen Park Rangers, Ranger FC. Sama mcam aku jgk, byk jersi aku sarung, xpi utk kluar supermarket jer. Mewakili England sbg posisi key midfielder pada thn 1980-an.  Nak tau selebihnyer.. korang kene la tye kt En.Go.


p/s :- En. Go tu ialah Google.

FA CUP SEMI-FINAL 2010





Maklumat terkini ;

Chelsea akan bertandang ke majlis kenduri di stadium Aston Villa utk FA Cup semi-final. Game ni akan start samada 10/4 atau 11/4. Nntikan latest update dari ku..

Chelsea layak ke FA cup semi-final






John Terry meletakkan namanya dalam senarai penjaring. Goal common dia lak tu, iaitu "Tandukan Chipsmore". Tengok, ada problem pun still leh perform! Bgus2. hehe

Next match :-    Chelsea vs Aston Villa

Peraduan teka kaler spender drogba




Sertai peraduan teka kaler spender drogba. Terdapat pelbagai hadiah lumayan utk peserta yang dapat meneka kaler spender drogba dgn betul. Hadiah2 nye spt di bawah ;


  1.     Spender asal drogba siap sign lagi
  2.     Menyaksikan perlawanan LIVE chelsea di kedai mamak                        

Tunggu apa lagi ,sertailah sekarang dan menang. ANDA BOLEH JADI JUTAWAN!