PERTUKARAN YG BAKAL TERJADI ??

Ok, nama2 aku sebut ni x confirm 100%. Ape pun, tunggu dan lihat jer la. Ni sbb khabar angin dtg dari pelbagai sudut, kiri, kanan, atas, bawah. So, meh kita layan statistik ini. hehe ;p

Yang Merepek-repek cam kerepek :



IBRAHIMOVIC : Dgn perpindahan yg berlaku terhadap David Villa, mamat ni tetiba dikaitkan ngn BPL. Namun, baru2 ni dia bgtau kt media yg dia benci hujan kt England dan ini sahkan dia mmg x berminat nk join BPL. hehe



KAKA : Mamat ni mmg power. Dia jenis yg setia. Real dikatakan akan jual Kaka sbb gagal menyerlah. Namun, ngn kehadiran Jose Mourinho, Real dikatakan akan tunggu Mourinho buat keputusan samada nk pki atau x Kaka. Huhu, aku kecewa dia x ke Chelsea. ;p


TORRES / MASCHERANO / GERRARD : Sebgaimana yg kita tau, Liverpool kini sentiasa dikaitkan ngn Chelsea. Ni bermula ngn Torres pastu berjangkit ngn Gerrard, Mascherano terkini lak Benayoun.

£70 juta utk Torres ? Lu pikir la sndiri. LOL

Yang 50 - 50 :


AGUERO : Chelsea selalu dikaitkan ngn mamat ni. Jap jadi, jap x pastu jadi balik. Lantaklah, malas aku ulas lagi. hehehe


SRNA: Sering dikaitkan ngn Chelsea beberapa kali seblum ni. Dia blah kanan, Zhirkov blah kiri. Fuh, terbaik. hehehe







Yang Hampir Pasti :



BENAYOUN : Mak ai !! Aku x suka sgt mamat ni. Lebih prefer Joe Cole. huhuhu


TOURE : Pemain yg tetiba di "underrated" oleh Pep Guardiola sbb pass bola x sehebat rakan sepasukan lain. Agen dia plak nk satukan dia ngn Chelsea. Hrm ape pendpt krng ??






Yang Keluar :



DECO : Fluminense nak dia dan dia pun nk ke sana. Ape pun, good luck bro, dan trimas atas sumbangan slama ini. ;)


CARVALHO : Mourinho + Real =  Carvalho ?? Tunggu dan lihat jer la. LOL



HILARIO : Sporting Lisbon berminat ngn mamat ni. Lebih baik pindah sbb memang payah dia nk bersaing ngn Petr Cech. Lagi pun, ini utk kebaikan karier dia gak.



JULIANO BELLETTI : Aku pun xtau ke mana dia nk pi pasni. Tunggu dan lihat jer la. huhu









Yang Dalam Perbincangan :



MICHAEL BALLACK : Kontrak dah tamat, namun masih nk kekal kt Chelsea.

JOE COLE : Minta naikkan gaji. Skrng ni gaji dia £85K seminggu. Nak naik gaji £100K seminggu. Roman x stuju. Ape pun, masih lam rundingan. Mungkin Piala Dunia 2010 ni Roman akan perhatikan dia.




Nak tau ape kesudahannya? Sentiasalah update ngn footballcrazie. Well, it's all about Chelsea FC. ;p

JOSE MOURINHO PERLUKAN £50 JUTA


Jose Mourinho bgtau Real Madrid utk sediakan £50  juta sbb nk dapatkan Michael Essien dan Ashley Cole setelah x dpt pancing Lampard. Mourinho telah berbincang ngn Real pada hari Isnin lepas dan dijangka akan diumumkan jawatan sbgi bos Real Madrid minggu depan. Mourinho dilaporkan akan mintak £100 juta utk buat perpindahan baru. Minat Jose terhadap Ashley Cole mmg dah terserlah dan bidaan £25 juta telah disediakan. Tetapi, Jose nk sorng lagi iaitu Essien.

Jose dikatakan berminat nk dapatkan Essien, 27, yg mana pemain ni Jose yg bawa dari Lyon pada 2005 ke Chelsea ngn harga £26 juta. Ancelotti dikatakan akan pegang Essien sbb byk midfielder Chelsea akan blah terutama kontrak yg blum termenterai utk Michael Ballack dan Joe Cole. Manakala Deco lak dah sah akan blah. Jadi, Ancelotti dikatakan xnk kehilangan pemain tengah lagi.

Essien merupakan pemain yg Chelsea akan dapat duit jika jual berbanding ngn Ballack serta Joe Cole yg dah tamat kontrak. So, diorng leh blah ngn free transfer. Agen Mourinho, Jorge Mendes dan wakil Real dah berbincang ngn Inter utk dapatkan pelepasan Mourinho dari Inter.

£28 JUTA UTK EDIN DZEKO


Chelsea dikatakan tgh ushar mamat ni ngn harga £28 juta. Ancelotti harap Chelsea leh mng utk dapatkan Edin Dzeko, 24, berbanding AC Milan . Bos Chelsea, Carlo Ancelotti dilaporkan telah masuk pertandingan lam membida penyerang prolifik Wolfsburg iaitu Edin Dzeko.Walaupun Wolfsburg duduk ympt ke-8 pada musim ini, namun mamat ni adalah penjaring gol terbanyak Bundesliga. Khabar angin mengatakan bahawa pemain dari Bosnia ini akan blah sbb Wolfsburg dapat pengurus baru iaitu Steve McClaren.

Chelsea dikatakan akan mencari pemain penyerang yg baru utk persediaan jangka masa panjang krn Drogba, 32, serta Anelka, 31, bakal bersara 2-3 thn nnti. Edin Dzeko yg bernilai £28 juta ni adalah seorng finisher yg bagus baik bola atas padang atau di udara. Aku lagi prefer mamat ni dari Sergio Aguero. hehehe ;p

BALLACK BERSEDIA UTK KONTRAK BARU


Michael Ballack mendedahkan yg beliau dah bersedia utk pertimbangkan masa depan dia kt Chelsea dgn tandatangan kontrak baru. Kapten Jerman ini dah bleh blah jika mahu sbb kontrak dah abis setelah gagal capai kata sepakat ngn Roman Abramovich. Bgaimana pun, Ballack pertimbangkan balik permintaan beliau apabila kelab telah tunjukkan sokongan padu kt dia. "Saya fikir saya akan kekal di Chelsea. Lagi pun, Ancelotti selalu letak harapan kt saya", tambah Ballack.

Bagi footballcrazie, mamat ni mmg garang dan slalu cetus provokasi. Tapi aku suke. hehehe Biar pemain lawan gentar ckit. LOL

£25 JUTA UTK YAYA TOURE


Barcelona nk Chelsea bayar £25 juta jika nk Yaya Toure, 27, musim depan. Pemain kebangsaan Ivory Coast ini akan blah dari Barcelona musim ni dan agen dia bgtau Chelsea adalah kelab yg sesuai utk dia bermain. Chelsea sblum ni telah bida Yaya dgn harga £17 juta namun Barcelona bgtau nk lam lingkungan £25-30 juta.
Toure tanda tangan kontrak baru ngn Barcelona musim lepas tapi Pep Guardiola x bleh bg jaminan utk beliau lam first eleven.

Barcelona dikatakan nk simpan Yaya, namun atas sebab permintaan mamat ni, Barcelona mungkin akan lepaskan Yaya jika tawaran yg berpatutan datang. Chelsea skrng pun dah mantap klu ada Essien, ni kan pula jika mamat ni datang. hehehe

MALOUDA BG AMARAN KT MAN UTD


Pemain sayap Chelsea, Florent Malouda bg amaran kt Man Utd bhawa Chelsea dah mula era baru dan akan terus meningkat utk thn dpn. Walaupun hanya menang lebih 1 mata dari Man Utd, Chelsea berjaya ngn membelasah Wigan 8-0. The Blues juga menang FA Cup 1-0 menentang Portsmouth lantas mencipta sejarah kelab dlm 105 thn bru leh wat gini. hehehe. Malouda gak bgtau yg Chelsea akan terus jadi kuasa besar lam BPL utk thn mendatang dan percaya yg keyakinan yg tinggi akan membantu mereka. Malouda gak harap pasni Chelsea akan bagi saingan baru yg lebih dominan. =)

BENAYOUN HAMPIRI STAMFORD BRIDGE


Midfielder Liverpool, Yossi Benayoun telah wat kejutan apabila bgtau kt media yg dia nk kluar dari Liverpool utk ke Chelsea. "Ancelotti mahukan saya utk musim depan dan sekarang terserah kpd Liverpool. Chelsea kena bayar £6 juta utk saya dan yg pasti saya akan berpindah ke sana", kata mamat Israel ini. Sumber dari Soccernet bgtau yg Yossi ni jenis pemain yg nak bermain utk setiap perlawanan. Jika dia tidak diturunkan, dia akan blah dari pasukan tersebut dan jika dia selalu diturunkan, dia akan kekal di kelab. Dia juga selalu berubah fikiran sbb kejap jadi first eleven, jap x. hehehe


Nampaknya, utk  tirai perpindahan musim ni, kita akan nmpak byk pertukaran pemain ngn Liverpool. Selain Yossi, 30, Chelsea gak berminat nk dapatkan Javier Masherano serta Torres. Roman dikatakan xkan teragak-agak utk bida Torres ngn harga £50 juta ditambah lak ngn pertukaran permain antara 2 kelab musuh ini. Nk tau aper kesudahannya, sentiasalah update ngn footballcrazie. Well, it's all about Chelsea FC. ;p