LIVE UPDATED ( BRAZIL vs IVORY COAST ) 2:30 AM

Adakah Drogba akan turun dlm kesebelasan utama awal pagi nnti? Kita tunggu dan lihat jer la. ;p Cam biasa, pergi kt tab LIVE WC!!!

"DROGBA TIDAK CERGAS UTK BERMAIN" - WENGER


Arsene Wenger mengakui yg Didier Drogba merupakan pemain bolasepak yg luar biasa namun menganggap Drogba tidak patut beraksi di Piala Dunia. Wenger bgtau Drogba sepatutnya berehat selepas menjalani pembedahan, bkn terus beraksi. Beliau gak mengkritik pengurus pasukan Ivory Coast, Eriksson sbb terlampau mengharapkan Drogba. Ditanya pasukan mana menjadi pilihan juara Piala Dunia 2010, Wenger bgtau Belanda menjadi pilihan dia. Mungkin sbb ada Van Persie kot. LOL ;p

LIVE UPDATED (ITALY vs NEW ZEALAND) 10:00 PM

Sementara menunggu separuh masa kedua bermula, aku dah update perlawanan utk pkul 10 mlm nnti. Layan ;)

LIVE UPDATED (SLOVAKIA vs PARAGUAY) 7.30 PM

Silakan ke tab LIVE WC!!! ;)

TIM HOWARD BERSEDIA MENENTANG CHELSEA


Penjaga gol Everton dan USA, Tim Howard, bgtau kt media yg dia sentiasa bersedia utk menentang Chelsea pada hari terakhir liga iaitu pada 22 Mei 2011 di Goodison Park. "Ia selalunya sesuatu yg istimewa apabila kami menentang Chelsea di Goodison. Kami selalu memberikan saingan sengit. Harap kami dapat lakukan bnda yg sama utk musim depan," kata Tim Howard.

Howard gak menambah yg Everton mempunyai keyakinan tinggi sbb Everton pernah kecewakan Chelsea pada musim lepas. Howard kini mewakili negara dia, USA utk Piala Dunia 2010. Semua pemain kini sedang fokus kat Piala Dunia 2010 termasuk aku. ;p

"KAMI XNK JUAL" - BAYERN MUNICH


Bayern Munich bg amaran kt Chelsea yg mereka x berhasrat utk menjual "permata" bernilai £20 juta mrk iaitu Bastian Schweinsteiger. Bastian, 25, merupakan target utama Carlo Ancelotti utk menggntikan posisi midfield yg dikosongkan oleh Deco, Joe Cole serta Ballack. Ketua Bayern, Christian Nerlinger bgtau yg mrk xkan layan sbrng bidaan utk dapatkan mamat ni. "Schweinsteiger salah seorng permata kami, dan kami xkan sesekali jual dia," kata Nerlinger. Hrm, ok. Next target please!! ;p

£5 JUTA UTK PEMAIN PERTAHANAN MUDA


The Blues kini menjadi salah satu kelab yg mengawasi pemain pertahanan muda, Tomas Kalas, 17, dari Republik Czech. Budak ni mendapat perhatian dari kelab2 ternama lain spt Juventus, Inter Milan dan Bayern Munich manakala Bayer Leverkusen lak mendakwa yg mereka dah dalam peringkat terakhir perjanjian. Namun semuanya berubah apabila Chelsea serta Arsenal sertai utk dapatkan budak ni.

Arsene Wenger dilaporkan telah bercakap ngn budak ni secara one-by-one utk menarik minat dia ke Emirates yg mana Arsenal mmg tersohor lam merekrut bakat muda. Namun, laporan dari Republik Czech mendakwa yg Chelsea telah bayar £5 juta utk ikat budak ni tapi xnk bgtau kt pihak awam.

SAH, ANELKA KENA HALAU !!!


TERKINI: Penyerang Chelsea dan Perancis sah dihantar pulang ke rumah apabila pihak FFF mendapati Anelka tidak menghormati jurulatih Perancis, Raymond Domenech. Anelka didapati bersalah kerana mencaci Raymond ngn ayat berikut, "Go screw yourself, dirty son of a whore!" Jadi Anelka telah mencipta sejarah beliau yg tersendiri. Ini membuatkan pemain Chelsea, pemain yg bersejarah. LOL ;p

p/s : Malas nk translate kata cacian, macam lucu pula bunyi dalam BM. Jgn lupa melawat tab LIVE WC!!! utk menonton perlawanan Cameroon vs Denmark pkul 2:30 pagi nnti ;p

GERRARD SEKAT ASHLEY COLE


Kapten England, Steven Gerrard dikatakan menyekat kemaraan pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole ke dlm kotak penalti pihak lawan apabila Gerrard selalu potong Q utk masuk dlm kotak penalti. Mmg obvious giler. Aku pun perasan. LOL ;p Boleh dikatakan musuh utama skuad England ialah pemain mrk sendiri. Kurang keserasian dlm menjana serangan. ;) Boleh dikatakan Gerrard telah mengakibatkan fungsi Lampard serta Ashley Cole kong. ;p

TERRY AKUI KETAKUTAN FABIO CAPELLO


Kapten Chelsea, John Terry mengakui yg Fabio Capello tengah runsing dgn persembahan England utk 2 perlawanan peringkat kumpulan. Capello, 64, popular dgn tahap disiplin serta mentaliti yg beliau terapkan dlm pasukan England. Antara undang2 Tuan Sidiq Segaraga Capello yg famous ialah hp pemain kena off, pemain kena pakai suit serta pemain kena tinggalkan bilik makan secara serentak. Aku rasa England lagi teruk dari World Cup sblum ni sbb semua pemain nk tunjuk power dan kurang kerjasama berpasukan. ;p

"SAYA X TAKUT APA-APA" - DIDIER DROGBA



Ikuti temu bual antara FIFA dan Drogba ;

FIFA: Didier, rakan sepasukan kamu, Romaric menjelaskan kepada kami bulan lepas yg jika skuad "Gajah" x perform, kamu sentiasa terselamat dari dikritik. Adakah itu membuatkan kamu sakit hati atau lebih nekad?

Drogba: Jujur, ia bkn masalah bg saya. Sbgi kapten, saya mewakili pasukan ini, jadi x logik saya tidak dikaitkan. Namun, bila kami gagal, kami gagal sbgai sebuah pasukan.



FIFA: Adakah persembahan berdisiplin semasa menentang Portugal tempoh hari datang dari pasukan sendiri atau dari Sven-Goran Eriksson?

Drogba: Ia adalah dari hasil kerja Eriksson, yg mana telah terapkan rasa tanggungjawab terhadap kami. Dalam skuad, kami sentiasa mahu lakukan yg terbaik setelah layak menyertai Piala Dunia 2006 di Jerman. Jurulatih telah memberi semangat yg positif terhadap kami.



FIFA: Adakah Ivory Coast kali ini lagi bagus dari Ivory Coast pada Piala Dunia 2006?

Drogba:Ya, sebab kami dah byk belajar dari kesilapan. Kini, kami telah ada pengalaman dari sudut individu serta berpasukan. Setiap individu telah mengharungi perjalanan dari kelab ke kelab lain sejak 4 thn lepas. Jadi mereka lagi kuat secara mental berbanding 4 thn lepas. Kami kini ada sejarah bersama.



FIFA: Adakah kamu akan cergas 100% utk perlawanan Ahad nnti?

Drogba: Saya fikir, semua orng telah melihat sumbangan saya kepada skuad ketika bertemu Portugal. Sejak saya masuk padang, saya lupakan ttg kecederaan serta kesakitan saya. Saya x takut apa2 dan saya baik dari segi fizikal serta mental. Saya gembira di sini dan bermain bolasepak.



FIFA: Dulu, kamu pernah bgtau yg Nelson Mandela memberikan pengaruh yg besar dlm hidup kamu. Mesti kamu berasa istimewa sbb bermain di tanahair beliau.

Drogba: Ia merupakan penghargaan yg besar utk berada di sini. Di sekolah, saya diajar ttg sejarah Afrika Selatan serta peranan Nelson Mandela terhadap dasar Apartheid yg menindas golongan kulit hitam. Saya amat berbangga sbb dpt dtg ke sini bertemu serta berbual dgn beliau.



FIFA: Majalah Time Magazine menyenaraikan kamu sbgi 100 org paling berpengaruh di planet krn peranan kamu semasa perang saudara di Ivory Coast. Ape yg kamu lakukan?

Drogba: Ia adalah sukar utk bercakap ttg diri sendiri lebih2 lagi ttg hal itu. Saya lakukan segalanya selagi termampu utk berbakti kpd negara saya dan benua Afrika khasnya. Saya cuba mewakili mereka sebaik mungkin. Namun, utk tersenarai dlm senarai majalah Time, ia membuatkan saya berasa amat bangga dan suatu pengalaman yg x dpt dilupakan.



FIFA: Adakah itu mcm mimpi menjadi nyata?

Drogba: Saya x tahu, malah mesej yg kami cuba sampaikan utk menamatkan perang saudara adalah amat penting. Saya rasa, ramai yg x sedar impak bolasepak terhadap dunia. Ia adalah amat besar. Utk menjadi pemain yg tersohor dan menjadi ikutan org adalah amat penting.

ANELKA MUNGKIN KENA SINGKIR DARI SKUAD PERANCIS



Nicolas Anelka dilaporkan tidak hadir semasa kem Perancis membuat sesi latihan hari ni. Anelka dikatakan bertengkar dan mencaci jurulatih, Raymond Domenech semasa separuh masa pertama ketika pertemuan antara Perancis vs Mexico pada Khamis lepas.

Penyerang Chelsea, Anelka dikatakan telah menghina Domenech dlm bilik persalinan menurut laporan akhbar sukan Perancis, L'Equipe. Anelka digantikan dgn Andre-Pierre Gignac yg berkesudahan tewas 2-0. Satu taklimat disiplin bakal diadakan oleh para pegawai France Football Federation (FFF) berhubung kes ini. "Jika laporan ini betul, Anelka mungkin akan disingkirkan dari skuad Perancis," kata Timbalan Presiden FFF,  Christian Teinturier.

Jurucakap pasukan Perancis pula menolak utk menyatakan alasan kenapa Anelka tidak hadir semasa sesi latihan. Kempen Piala Dunia 2010 utk Perancis dikatakan bagai telordibasuh dihujung tanduk apabila hanya seri ketika menentang Uruguay dan kalah kepada Mexico. Yg lebih pedih, skuad Perancis belum pernah menjaringkan sebarang gol dlm kejohanan ini. Nmpaknya sejarah Piala Dunia 2002 bakal berulang. LOL ;p