LIVE UPDATED ( GERMANY vs SPAIN ) 2:30 AM

Hehe, perlawanan yg ditunggu2 telah tiba. Pasukan manakah yg layak ke final kali ini ? Mcm biasa, silalah tonton di tab LIVE WC!!! Please Germany, don't break my heart! LOL ;p

ROMAN TERBANG KE AFRIKA SELATAN DEMI TORRES


Pemilik Chelsea, Roman Abramovich telah diterbangkan ke Afrika Selatan utk memujuk Fernando Torres sertai Chelsea. Roman dikatakan sanggup berbelanja £55 juta utk dapatkan Torres. Wow, giler kentang! Mmg Roman kemaruk tahap gaban ni. LOL ;p

Namun, Liverpool mahu jual Torres dgn nilai sekitar £70 juta. Tapi, Liverpool dah ada pengurus baru, adakah Torres akan blah atau cuba nasib dulu dgn teknik bekas jurulatih Fulham ini? Sama2 lah kita tunggu jawapan dia selepas Piala Dunia 2010 ni berakhir.... Sekian ;)

"TENDANGAN LAMPARD TERLALU PANTAS" - PENJAGA GARISAN


Penjaga garisan semasa pertemuan antara England vs Germany tempoh hari, Mauricio Espinosa masih menyalahkan Lampard sebab sepak bola terlalu pantas sehinggakan dia dan pengadil keliru. LOL ;p Ada gak cmtu!! Malah, dia salahkan Lampard dan x mengaku yg dia ni rabun. ;)

"Tendangan tersebut terlalu pantas dan saya x dpt lihat dgn jelas walaupun saya berada di tempat yg betul." kata penjaga garisan. Mereka juga akui yg pengadil tidak melihat ulang tayang semasa berehat utk separuh masa pertama bg mengelakkan kekeliruan. Bg aku plak, yg lepas tu lepas jer la. Mmg England xleh mkn pun Jerman. haha ;p

CARVALHO KE INTER MILAN !!!


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tgh bersedia utk menjayakan perpindahan Ricardo Carvalho ke Inter Milan. Carvalho, 32, telah memainkan peranan penting bersama skuad the Blues sejak era Mourinho lagi. Namun, kecederaan panjang yg dialami oleh beliau membuatkan penampilan dia utk Chelsea pada musim lepas boleh dikira dgn tgn. LOL ;p

Jika Carvalho jadi ke Inter Milan, Alex akan menjadi pasangan tetap bersama John Terry. Caya gak tu. hehe ;)

DEFOE MAHU JOE COLE DATANG KE SPURS


Defoe kini berusaha utk memujuk Joe Cole, 28, ke WHL. Defoe bgtau kt media yg dia senang berganding bahu bersama Joe Cole semasa mewakili England di Piala Dunia. Dgn saingan CL yg Spurs dapat, adakah Joe Cole akan sertai Spurs? Aku rasa Joe Cole akan sertai Arsenal memandangkan Arsenal merupakan kelab yg sanggup menepati kemahuan Joe Cole.

CHELSEA BURU MIDFIELDER PORTUGAL


Chelsea dilaporkan berminat dgn midfielder Portugis yg juga pemain Porto, Raul Meireles, 27. Mamat ni bernilai £15 juta. Sblum ni, Meireles dikaitkan dgn Real Madrid, namun hal ni nmpaknya suam jer sbb target utama Jose kini ialah kepada Ashley Cole serta Maicon. Erm, klu jadi..bleh ke dia adapt ngn Chelsea? Tunggu dan lihat jer la... ;p

AGEN X PASTI TORRES KEKAL DI LIVERPOOL


Agen Fernando Torres, Jose Antonio Martin, bgtau yg dia x pasti samada Torres akan kekal di Liverpool. Ini membuatkan Roman lagi gila utk dptkan Torres. hehe ;p "Torres akan kekal di Premier League, namun saya x boleh pastikan yg dia akan kekal di Liverpool. Kami tgh berusaha utk masa depan Torres. Ape yg saya boleh katakan ialah Torres akan bermain utk kelab Inggeris," kata Jose Antonio Martin.

Roman, aper lagi? Sambarlah cpt. hehe ;p

PRESIDEN FLUMINENSE BURU DECO


Fluminense mendedahkan yg Deco telah bersetuju utk sertai mereka pada musim depan. Kini, Deco hanya tinggal proses terakhir sebelum berhijrah ke Brazil. Keputusan muktamad berada di tgn Chelsea memandangkan kontrak Deco klu nk diikutkan akan tamat thn depan.

Deco kini berada di Brazil bg meluangkan masa bersama keluarga sebelum berlepas ke London utk berbincang ttg masa depan dia dgn Chelsea FC. Good luck Deco. =)

ASHLEY COLE KANTOI !!!!


Nampaknya, perceraian antara Ashley Cole dgn bini dia x membawa apa2 kesan kt mamat ni. LOL ;p Terkini, Ashley Cole kantoi berpeleseran dgn betina clubbing bersama Shaun Wright-Phillips di Hollywood, US. ;p

Antara aksi yg Ashley Cole dpt ialah ;


Klu pompuan buat gitu depan aku, mau tergamam aku.


hahaha ;p