CHELSEA HANYA NAMAKAN 4 PEMAIN ENGLAND


Chelsea hanya menamakan 4 pemain 'homegrown' setelah gagal memenuhi kuota senarai 25-pemain Premier Leagu. Undang2 baru menyatakan sesebuah kelab harus mendaftar maksimum 17 pemain 'non homegrown' dan minimum 8 pemain 'homegrown' jika kuota senarai pemain itu ingin dipenuhi. Manakala kelab boleh kurangkan pemain homegrown jika ianya selari dgn pemain non-homegrown yg lain dan itulah jalan yg diambil oleh Chelsea.

Pemain homegrown seperti - John Terry, Ashley Cole dan Frank Lampard - adalah nama2 yg dilatih 3 tahun oleh org Inggeris atau kelab Wales sebelum berusia 21 thn. Setelah senarai nama itu dihantar, mereka tidak boleh membuat sebrng pertukaran hinggalah pintu jendela perpindahan pemain ditutup. Namun, kelab dibenarkan utk menggunakan pemain dari mna2 negara dgn syarat mereka masih belum mencapai usia 21 thn. Undang2 ni menyaksikan yg Ancelotti boleh memanggil mana2 pemain remaja yg Chelsea ada spt Daniel Sturridge, Patrick van Aanholt, Jeffrey Bruma, Gael Kakuta, Fabio Borini dan Josh McEachran.


Pemain Homegrown

Ashley Cole
John Terry
Frank Lampard
Ross Turnbull

Pemain Non-homegrown

Petr Cech
Branislav Ivanovic
Michael Essien
Ramires
Yossi Benayoun
Didier Drogba
John Mikel Obi
Florent Malouda
Jose Bosingwa
Yury Zhirkov
Paulo Ferreira
Salomon Kalou
Alex
Henrique Hilario
Nicolas Anelka

JEFFREY BRUMA TAMBAH LAGI 4 TAHUN


Pemain muda Chelsea, Jeffrey Bruma telah tandatangan lanjutan kontrak selama 4 thn bersama the Blues sehingga 2014. Bruma, 18, hanya muncul 4 kali pada musim lepas itu pun jadi pemain gantian. Bruma tiba di Chelsea pada thn 2007. Bruma berterima kasih kepada staff Chelsea sbb menghargai serta sedar bakat yg dia ada. Target Bruma kini adalah utk merebut tempat dlm kesebelassan utama dan dgn pemergian Ricardo Carvalho ke Real Madrid, peluang Bruma makin cerah. hehe ;p

SPARTAK MOSCOW MAHU BELI YURI ZHIRKOV


Bos Spartak Moscow, Valeri Karpin telah sahkan yg mereka bersedia utk dapatkan Yuri Zhirkov dari Chelsea daripada Yury Zhirkov duduk kt bangku simpanan jer. Zhirkov, 27, hanya wat sikit jer penampilan utk Chelsea akibat kecederaan. Tu pun main sbb Ashley Cole cedera. hehe ;p Zhirkov, pemain bek yg juga boleh bermain sebagai wing hanya bermain 17 kali pada musim lepas. Karpin bgtau kt media yg dia akan cuba membida Zhirkov pada thn depan. Erm, mamat ni laju, namun kalau dibandingkan dgn Ashley Cole, mmg Zhirkov xdapat main. hehe ;)