SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431 HIJRAH


Saya, yo87, selaku penulis tetap blog footballcrazie ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pengunjung blog ini khasnya serta umat Islam di seluruh dunia amnya. Sedar x sedar, Ramadhan akan tinggalkan kita bila tepatnya azan Maghrib nnti. =)

ANCELOTTI TIDAK SEGAN TUNTUT ILMU PENGURUSAN KELAB


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti akui yg beliau harus timba ilmu pengalaman daripada Sir Alex Ferguson, Arsene Wenger dan Jose Mourinho. Malah beliau sendiri sanggup lihat sessi latihan yg dijalankan oleh mereka. "Jika mereka jemput saya, saya akan pergi dan sangat gembira. Jika 3 thn lepas, saya pernah minta izin dari jurulatih lain utk tgk persediaan latihan mereka, namun ada yg suka cara kami ini." kata Ancelotti. Beliau gak bgtau yg beliau pernah melihat latihan yg dikendalikan oleh Giovanni Trapattoni dan Marcello Lippi. Ditambah pula masa Roy Hodgson melatih Switzerland. Erm, tgk la hasil usaha Ancelotti, kini dia setaraf dgn mana2 pengurus elit yg lain. =)

KAMI TIDAK AKAN BERKAWAN - ANCELOTTI


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti telah menolak spekulasi media yg menyatakan beliau dgn Jose Mourinho telah berkawan. Namun, Ancelotti bgtau hubungan mereka kini cuma bertambah baik dan masing2 saling hormat menghormati. Sebelum ini, Ancelotti mmg sentiasa bemusuh dgn JM sbb faktor tertentu. Xpi, sejak musim lepas, spekulasi ttg 2 pengurus hebat ni reda sikit. “Di Itali, kami sentiasa bertengkar satu sama lain, kami tidak suka jadi kawan. Namun, sejak saya tinggal di England, semua itu berubah.” kata Ancelotti.

Ancelotti jg bgtau yg JM pernah cipta sejarah di kelab Chelsea, jadi JM berhak dihormati. Sebelum Champions League bermula, Ancelotti bgtau yg meraka sempat berbual di koridor hotel dan berjnji yg mereka tidak akan membuat sebarang kontroversi lepas ni. Malah, JM pernah SMS Ancelotti mengucapkan tahniah apabila Chelsea mng Premier League, manakala Ancelotti plak SMS tahniah juga sbb Inter Milan menang liga kt sana. Kira fair & square la. hehe ;p

TARGET CHELSEA BERTUKAR FIKIRAN


Penyerang muda Anderlecht yg sentiasa dikaitkan dgn Chelsea, Romelu Lukaku telah menyatakan hasrat dia utk ke Real Madrid, lantas menolak Chelsea dan Liverpool. Lukaku, yg diberi nama jolokan 'Didier baru', telah mencetuskan provokasi terhadap pasukan lain apabila pernah postkan gmbar dia di Stamford Bridge yg memakai jersi Chelsea. Malah, Drogba sendiri pernah hubungi mamat ni dan minta Lukaku sertai Chelsea.

Namun, terbaru, Lukaku bgtau kt media Sepanyol yg dia mahu beraksi utk  Real Madrid selepas ini. Ditanya ttg masa depan dia selepas ini oleh media Sepanyol, Lukaku menjawab, "Jika saya mahu berpindah lepas ni, saya akan ke Real Madrid, minat mereka terhadap saya begitu jelas." Erm, apakah motif Lukaku sbnrnya? Mungkin nk tingkatkan lagi marketing coverage kot. LOL ;p

"SAYA MAHU PIMPIN CHELSEA HINGGA UMUR 75 TAHUN" - ANCELOTTI


Carlo Ancelotti telah menolak spekulasi yg beliau akan bersara awal apabila bgtau kt media yg beliau bersedia utk bimbing Chelsea utk 24 thn. Ini sbb beliau mahu menyamai rekod SAF. Jika bnda tu terjadi, beliau akan kekal di Chelsea hingga berumur 75 thn. Lepas itu, beliau bgtau berminat utk latih England plak. Hehe, promote nmpak. LOL ;p 

ANCELOTTI MINTA MEDIA TIDAK CAMPUR TANGAN


Bos Chelsea, Carlo Ancelotti telah meminta jasa baik media agar tidak mengganggu kehidupan peribadi para pemain Premier League. Ancelotti mengumumkan hal ini kpd stesen BBC London 94.9 yg beliau tidak berminat utk mendengar masalah peribadi pemain beliau di luar padang. "Saya x berminat utk ambil tahu ttg masalah kehidupan diorng kat luar jika ia tidak mengganggu prestasi meraka kat atas padang. Pihak media terlampau menyerang kehidupan peribadi mereka." tambah beliau.
Setakat ini, 2 pemain Chelsea telah mendapat perhatian serius dari media massa iaitu Ashley Cole dan John Terry. Namun, Ancelotti masih pertahankan mereka berdua sbb mereka masih lagi berbisa di atas padang. Malah, Ancelotti bgtau yg Terry masih jadi kapten pun sbb Terry tidak mencampuri urusan kerja dan peribadi. Bagus, ni lah dikatakan pemain profesional. hehe ;)