NEYMAR TIDAK AKAN SERTAI CHELSEA ?

Agen Neymar, Wagner Ribeiro bgtau mustahil klien dia akan ke Chelsea pada Januari 2011. Neymar, 18, dilaporkan menjadi rebutan dari pelbagai kelab besar Eropah. Ribeiro dilaporkan telah bertemu dgn wakil the Blues , Pini Zahavi di Brazil. Namun, Ribeiro menafikan dakwaan mereka bertemu atas sebab rundingan utk dapatkan Neymar.


"Zahavi kawan saya dan dia ke Brazil utk bercuti. Peluang utk Neymar tinggalkan Santos pada 2011 adalah 0%. Dia mahu bermain piala Copa Libertadores bersama Santos. Apa yg boleh saya jamin, dia xkan ke mana2 sehinggalah sukan Olimpik 2012."

Erm, lantak lah.. bg aku biarlah mamat ni timba pengalaman dulu. Lagi pun kita dah ada Kakuta, Borini serta winger terbaik, Aanholt. =)

LAMPARD AKAN MENERANGI PINTU GOL BUAT CHELSEA

Petr Cech memberi amaran kepada Manchester United bahawa Chelsea akan mengganas menjelang pertemuan Chelsea vs Manchester United utk perlawanan Super Sunday nnti setelah kehadiran Frank Lampard ke dlm skuad The Blues. Sebelum Lampard mengalami kecederaan, The Blues umpama mesin gol sehingga lah Lampard cedera akibat masalah kelangkang selama lebih daripada 3 bulan.

Namun, midfielder itu telah pulang dan ini merupakan petanda buruk buat anak buah Sir Alex Ferguson. Cech berkata :


“Jika kamu mempunyai midfielder yg menjaringkan 20 gol utk satu musim, kamu akan rasa kehilangannya."


Jadi, kita tunggu dan lihat jer la apa keputusannya nnti. Hehe ;)

UJIAN GETIR BUAT MANCHESTER UNITED

Selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 terhadap Arsenal awal pagi tadi, Sir Alex Ferguson tahu bahawa cabaran sebenar bakal anak buah dia tempuhi pada hujung minggu nnti. Beliau berkata : 


"Ia satu game yg penting dan besar. Jika menang, kami akan lebih selesa. Namun sekali lagi, ia adalah game yg paling besar utk United."

Erm, setakat ini United tak pernah tewas dalam 16 perlawanan BPL. Adakah United dapat lebarkan rekod mereka? Tunggu dan lihat jer la. Hehe ;p