AC MILAN NAK TOLAK RONALDINHO KE CHELSEA ?

AC Milan bgtau yg mereka sedia melepaskan Ronaldinho, 30, ke England dgn nilai £7 juta. Berita ini telah menjadi topik perbualan hangat bg pasukan seperti Manchester City, Chelsea dan Liverpool. Kelab di Brazil berminat utk dptkan Ronaldinho namun dgn harga sedemikian, mereka tidak mampu. Penyerang sensasi Brazil ini akan tamat kontrak hujung musim ini dan AC Milan xkan biarkan dia jadi free transfer. FYI, mamat ni dibeli dari Barcelona dgn harga £15 juta pada 3 thn lepas.

Erm, macam mana? Berminat ke Ancelotti? Ronaldinho dah tua xpi dia mmg terbaik. Tapi perlu diingt, jika beli mamat ni, pasni mamat ni dah xleh dijual sebab faktor usia. ;p

OFFSIDE? SIAPA PEDULI

Offside? Siapa peduli. Riak wajah Ancelotti berubah apabila Chelsea telah berjaya menang setelah melalui detik yg sukar iaitu 6 game tanpa sebarang kemenangan. Namun, anak buah Owen Coyle masih tidak berpuas hati dgn keputusan pengadil yg membawa kepada gol kemenangan oleh Florent Malouda pada minit ke-61.

World Cup final linesman, Darren Cann, mungkin boleh mengangkat bendera utk menyekat kemenangan Chelsea sbb Didier Drogba kelihatan offside sblum melorongkan bola kepada Malouda. Paul Robinson pula dilayangkan kad kuning sbb membantah keputusan pengadil. Dgn kemenangan awal pagi xdi, Chelsea telah menamatkan kemarau kemenangan sejak 10 November. Kini, kita ketinggalan 4 mata di belakang Manchester United.

Tahniah! =)

KITA PEROLEH KEMENANGAN PERTAMA

Carlo Ancelotti akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Chelsea menamatkan 6 game tanpa sebarag kemenangan dgn menewaskan Bolton, 1-0. Meskipun persembahan Chelsea tidak memberangsangkan, 3 mata itu amat berharga buat Ancelotti. Beliau berkata :


“Lega. Saya rasa kita kembali ke arah kemenangan. Bolton bermain cemerlang, mereka amat berbahaya. Ini adalah hal utama. Sekarang ini, kita perlu tgk perlawanan berikutnya. Kami harus berjuang utk menentang Aston Villa."

Tahniah, meskipun kita menang tipis, itu sudah cukup utk beri semangat kepada Chelsea. Xpi perlawanan smlm agak pelik, Arsenal seri manakala Liverpool kalah. =)

KTBFFH