BANTUAN DARIPADA DANIEL STURRIDGE

Percaya atau tidak, Daniel Sturridge telah membantu Chelsea untuk kurangkan jumlah persaingan. Kini, saingan BPL tertumpu kepada Manchester United dan Chelsea sahaja. Terima kasih kepada Sturridge yang menjadi duri dalam daging kepada Arsenal. Sejak menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman, Sturridge telah pun menjaringkan 7 gol daripada 9 game. Sturridge berkata :


"Saya rasa saya telah menolong rakan-rakan di Chelsea. Baki 4 game lagi merupakan saat-saat genting. Namun, saya harap Chelsea mampu memenangi trofi sekali lagi pada musim ini. Saya juga gembira Torres sudah menemui sentuhannya."


Selepas ini, Sturridge terpaksa bersaing dengan Torres, Anelka dan Drogba untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Persaingan yang menarik, tetapi jangan la tamak kalau ada peluang gol yang lagi bagus untuk rakan sepasukan.

p/s: Mesej itu ditujukan kepada Didier Drogba. =)

ANGAN-ANGAN MAT JENIN

Merepek macam kerepek! Mungkin itu yang sesuai aku katakan tentang rumours ini. Real Madrid dikatakan mahu melamar John Terry untuk ke SB, Santiago Bernabeu bukan Stamford Bridge. Chelsea tidak mungkin sesekali menjual John Terry yang juga merupakan orang kuat dalam CFC. Jadi lupakanlah angan-angan Mat Jenin ini. FYI, gaji John Terry di Chelsea ialah £160K seminggu iaitu lebih kurang RM 789,000. Pergh, ini yang buat aku nak jadi pemain bolasepak antarabangsa ni. LOL =D

ESSIEN BOLEH MAIN ?

Hasil imbasan X-ray mendapati Essien tidak mengalami kecederaan serius ketika menentang West Ham United tempoh hari. Essien ditukarkan dengan Yossi Benayoun pada minit ke-56 sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut laman web rasmi CFC :


"Essien hanya mengalami kecederaan ringan. Dia tiada masalah di bahagian lutut. Kami akan memantau perkembangannya sebelum dibenarkan untuk beraksi hujung minggu ini."


Fuh, harap Essien tak mengulangi kecederaan lutut yang pernah dia kena dua tahun lepas. Chelsea betul-betul perlukan khidmat Essien selaku midfield yang kental. =D

DROGBA TAK NGAM DENGAN TORRES ??

Bekas bos Tottenham Hotspur, David Pleat beritahu bahawa Ancelotti tidak boleh menghasilkan pasukan Chelsea yang bagus jika beliau menurunkan Torres dan Didier Drogba bersama-sama untuk starting XI. Pleat berkata :


"Ketika Torres digantikan dengan Didier Drogba pada minit ke-76, ia jelas menunjukkan mereka tidak ada chemistry bersama. Kedua-dua mereka memerlukan pemain tersendiri untuk membekalkan bola kepada mereka. Pemain seperti Florent Malouda, Salomon Kalou dan Yossi Benayoun merupakan assist yang bagus."

Aku setuju. Aku nampak Anelka mempunyai persefahaman yang baik bersama-sama Fernando Torres. Begitu juga dengan Drogba, dia mempunyai Salomon Kalou dan Malouda. Apa pun, game tempoh hari aku tengok Torres turut menjadi assist yang terbaik dari ladang. =D

TORRES BUKAN DIPERBUAT DARIPADA BATU - LAMPARD

Kali ini Lampard beritahu bahawa Torres begitu lega setelah dapat menjaringkan gol. Ini kerana Lampard sendiri pernah alami episod yang sama seperti Torres lalui di Chelsea pada 10 tahun lepas. Ketika itu Lampard dibeli dengan harga £11 juta dari West Ham United. Dia mengambil masa 4 bulan sebelum berjaya jaringkan gol. Lampard berkata :


"Waktu itu saya tidak semahal harga Torres. Jadi, bebanan yang dia tanggung amat berat. Dia datang dengan harga £50 juta. Semua mata tertumpu kepadanya. Setiap manusia mempunyai perasaan. Benda sama turut Torres alami. Dia bukan diperbuat daripada batu."


Erm, mesej yang jelas daripada anak emas Chelsea, Frank Lampard kepada fans dekat luar sana. Jadi, sekarang ini kita lihat pula macam mana aksi Torres menentang Tottenham Hotspur pada 1 Mei 2011 nanti pada pukul 12.30 tengah malam. 

HIGHLIGHT UPDATED!! Schalke 04 vs Manchester United

Aku dah update highlight untuk game Schalke 04 vs Manchester United. Terbaik, Kelantan menang 1-0 lawan Selangor semalam. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!

LIVE UPDATED!! ( Schalke 04 vs Manchester United ) 2:45 AM


Adakah Schalke 04, team underdog akan membuat kejutan awal pagi nanti kepada Manchester United? Pada masa yang sama, game Stoke City vs Wolverhampton Wanderers turut berlangsung. Jom layan game ini dekat LIVE!!

ROMAN ABRAMOVICH MEROYAN ?

Terdapat rumours mengatakan bahawa Roman Abramovich begitu terdesak untuk membawa masuk Jose Mourinho ke Chelsea meskipun mereka pernah bergaduh pada 2007. Kali ini, Abramovich sanggup memberi keistimewaan sebagaimana Sir Alex Ferguson alami di Manchester United iaitu full control over footballing matters di Chelsea. Sejak Mourinho dipecat, Chelsea digantikan oleh 4 manager. Namun, tidak seorang pun dari mereka berjaya membawa Chelsea untuk menang Champions League

Lain pula berlaku dekat Mourinho, beliau menang Champions League ketika membimbing Inter Milan serta layak ke separuh akhir untuk musim 2010/2011. Jose Mourinho pula mempunyai masalah dengan orang atasan Real Madrid terutama General Manager, Jorge Valdano. Apa pun, kita tunggu jer la apa berlaku pada transfer window nanti. =D

HIGHLIGHT UPDATED!! Blackburn Rovers vs Manchester City


Aku dah update highlight untuk game Blackburn Rovers vs Manchester City. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!

WALLPAPER TORRES RAI GOL VERSI GAME

Sebentar tadi aku sempat berFB bersama-sama otai Winning Eleven dan juga Pro Evolution Soccer (PES), Saudara Areev Izat. Dia ini memang otai game malah dia pernah keluarkan entri tentang highlight bolasepak melalui screenshot PES. Satu fenomena yang tak pernah aku jumpa lagi, kalau korang jumpa tu mungkin orang ambil hasil kerja dia. 

Apa pun, korang boleh nilai sendiri kualiti entri Areev Izat dekat Barcelona vs Arsenal. Namun, sekarang ini dia agak sibuk selepas mula bekerja. Apa pun, dia ada design satu wallpaper Torres celebrate goal versi game. Jika berminat nak download, bolehlah TEKAN SINI.

SEMALAMAN BERSAMA MBA KL

Baju hijau tu aku ler..yo87
Kali ini aku nak review tentang pengalaman LIVE SCREENING bersama geng-geng Malaysian Blues Army Kuala Lumpur (MBA KL) masa game Chelsea vs West Ham United tempoh hari. Lokasi berkumpul di Hallo Abe Mie Station, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Aku bertuah sebab dapat keluar bersama mereka. Mereka begitu peramah. Aku sempat bersalam dengan admin kelab. Aku berkata :


"Zaki! Baru dapat jumpa kau."


Tetapi dia blur. Dia tak cam aku. LOL. Hari ini baru dia sedar bahawa yang tegur dia malam itu ialah yo87.  Tetapi yang bestnya, time tu juga Torres score. Melompat diorang. Aku cuma menjerit. Nak lompat segan pula. Terbaik dari ladang.


* Thanks to Tomey Chelsea dan Eddie Csi yang sponsor transport. =)

LIVE UPDATED!! ( Blackburn Rovers vs Manchester City ) 3:00 AM


Jangan lupa saksikan perlawanan BPL awal pagi nanti hanya di LIVE!!

SINAR HARAPAN CHELSEA

Aura Torres. Gempak tak?

Setelah lama fans serta orang kuat Chelsea menunggu, akhirnya kita dah nampak sinar masa depan Chelsea. Orangnya ada dibawah timbunan pemain kat atas. =D Setelah 14 game kita semua menunggu, Torres gol juga. Malah, aku tak nafikan keadaan hujan lebat tempoh hari turut membantu Torres. Bola terhenti di tengah kotak penalti sebelum Torres turn dan membuat sepakan lencong guna kaki kirinya. 

Terbaik dari ladang. Memang gol tersebut memberi suntikan semangat kepada Chelsea. Selepas ini Tottenham Hotspur akan berkungjung ke Stamford Bridge pada 1 Mei 2011. Macam biasa, rotation policy. Ini bermakna Torres akan beraksi untuk kesebelasan utama. 


KTBFFH

HIGHLIGHT UPDATED!! Bolton Wanderers vs Arsenal

Aku dah update highlight untuk game Bolton Wanderers vs Arsenal. Dalam masa sama aku upload juga game Liverpool vs Birmingham City. Thanks to Waja Merah yang sudi e-mail aku memaklumkan hal ini. Macam mana boleh terlupa ni? Mungkin sebab excited Torres score gol. =D Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!

15 GAME TANPA GOL? IT'S OVER, DUDE!!

 
Sebelum ini, footballcrazie pernah keluarkan entri 5 GAME TANPA GOL, 7 GAME TANPA GOL dan 9 GAME TANPA GOL. Finally, aku dah tak perlu lagi keluarkan entri 15 game tanpa gol sebab Torres dah pun menemui sentuhannya. Kawan aku, fan Manchester United berkata:


"Torres dah pecah dara."



Erm, agak lucah perkataan dia. Tapi tak apa, kita tengok nanti pertemuan Chelsea vs Tottenham Hotspur pada 1 Mei 2011 pukul 12.30 tengah malam waktu Malaysia.


KTBFFH,

LIVE UPDATED!! ( Bolton Wanderers vs Arsenal ) 11.00 PM


Jangan lupa saksikan perlawanan Super Sunday hanya di LIVE!!

HIGHLIGHT UPDATED!! Matchday 34


Aku dah update highlight untuk semua game semalam. Akhirnya Torres score jgk gol selepas 14 game tanpa gol. Maaf lambat post hari ini sebab keluar dating, baru balik. Dah la semalam keluar live screening dengan MBA KL. Thanks for warm welcome, guys. =D Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!

LIVE UPDATED!! ( Manchester United vs Everton ) 7.45 PM


Adakah Manchester United akan kalah di kaki Everton? Pukul 12.30 pagi nanti pula game Chelsea vs West Ham United. Jom kita saksikan hanya di LIVE!!

ANCELOTTI TURUNKAN TORRES ??

Nampaknya, game awal pagi nanti antara Chelsea vs West Ham United pukul 12.30 pagi waktu Malaysia, bakal menjadi menarik. Ini kerana Ancelotti akan memberi peluang lagi kepada Fernando Torres untuk mendapatkan sentuhan golnya kembali. Ancelotti dijangka akan merehatkan Didier Drogba sebagai polisi pertukaran pemain seperti biasa. Ancelotti berkata :


"Minggu lepas Drogba diturunkan. Kali ini, Drogba akan direhatkan supaya cergas untuk separuh masa kedua nanti. Saya mungkin akan memasukkan Drogba untuk 30 minit terakhir. "


Aku rasa Ancelotti harus memasukkan Yossi Benayoun juga. Aku tengok Benayoun jer yang ikhlas supply bola kepada Torres. =D

AVRAM GRANT 'SEKOLAH'KAN ROMAN ABRAMOVICH

Bekas manager Chelsea, merangkap manager West Ham United, Avram Grant meminta Roman Abramovich supaya bersabar. Memang tidak dinafikan Roman Abramovich banyak membantu Chelsea sejak era pemerintahannya. Antaranya ialah : 

  • Melangsaikan hutang
  • Menyuntik dana untuk pembelian pemain
  • Meningkatkan infrastruktur Chelsea

Namun, hanya kesabaran jer yang Roman Abramovich tak ada. Apa pun, kita tunggu macam mana keputusan Abramovich penghujung musim ini. 

HARRY REDKNAPP SEDIA BELI DIDIER DROGBA

Manager Tottenham Hotspur, Harry Redknapp beritahu bahawa dia tak akan teragak-agak untuk membawa masuk Drogba ke White Hart Lane jika Chelsea ingin menjual Drogba. Spekulasi sekali lagi timbul musim ini mengatakan bahawa Roman Abramovich mahu menjual pemain berusia Chelsea. Adakah Drogba termasuk dalam golongan itu? Harus diingat, Roman Abramovich sayangkan Fernando Torres. Jadi, kalau ada rumours tentang penjualan Torres, aku anggap berita itu sebagai sampah. =D

DROGBA DENGKI TORRES ???

Jom flashback saat Drogba ambil freekick dalam kotak penalti Birmingham City. Sedar tak sebelum Drogba ambil sepakan itu, Drogba memberi jelingan 'manja' kepada Torres. Erm, apakah yang terucap dalam benak Didier Drogba waktu itu? Hanya Drogba jer tahu. Apa pun, Drogba terus dapat karma. Tak gol. LOL 

Perkara sama turut berlaku semasa Scolari membawa masuk Deco daripada Barcelona. Ballack langsung tak bertegur dengan Deco dalam bilik persalinan. Maklumlah, ada orang baru kot dalam skuad, tambah pula posisi sama. Tak gitu Kampung Chelsea? =D

MASA UNTUK ANCELOTTI BUAT MAGIK

Sekarang sudah tiba masa untuk Carlo Ancelotti membuat magik beliau. Siapa sangka daripada tempat ke-7, the Blues boleh bangkit untuk menjadi runners up macam sekarang. Satu magik yang sukar dipercayai, malah Harry Potter pun tak mampu buat macam itu. Apa pun, Chelsea kena menang baki game musim ini. Kita tunggu percaturan beliau. 

Lupakan sekejap spekulasi pemecatan beliau sebab CEO Chelsea, Ron Gourlay sendiri beritahu bahawa masa depan Ancelotti bergantung kepada kedudukan Chelsea di akhir musim 2010/2011. Let the magic begin!

ARSENAL BUKAN LAGI PESAING UTAMA - PETR CECH

Awal pagi tadi, kita sendiri menyaksikan bagaimana Arsenal mempersiakan peluang mendahului Tottenham Hotspur 1-3. Namun, sekali lagi mereka disentap dengan sepakan penalti oleh pengadil yang paling pemurah iaitu Martin Atkinson. Ini menjadikan penalty awards ke-13 oleh Atkinson pada musim ini. Namun, bukan itu footballcrazie nak utarakan. Lantaklah dua pasukan itu. Petr Cech sendiri akui Arsenal yang meruntuhkan Arsenal. Cech berkata :


"Arsenal mempunyai banyak peluang musim ini namun mereka tidak memanfaatkannya. Kini, Manchester United pula mungkin akan merehatkan key-players mereka sebagai persediaan untuk perlawanan separuh akhir Champions League. Kita lihat apa perancangan mereka nanti."

Terbaik, Chelsea menerima suntikan semangat baru sejak Manchester United dan Arsenal seri jer minggu ini. =)

CHELSEA MASIH BERNAFAS

Florent Malouda beritahu Chelsea masih ada peluang untuk mengekalkan kejuaraan liga pada musim ini. Awal pagi tadi, Chelsea menang bergaya 3-1 ke atas Birmingham City. Terima kasih buat Drogba yang sekali lagi menjadi nadi utama dalam game tersebut. Malouda berkata :


"Kejuaraan terbuka untuk 3 pasukan. Kami harus menang kesemua baki perlawanan untuk memberi tekanan kepada Manchester United. Mereka akan berkunjung ke Emirates Stadium."


Formula senang jer, Manchester United kalah 2 game, Chelsea menang baki semua game, the title is ours. =D

HIGHLIGHT UPDATED!!


Aku dah update highlight untuk semua game awal pagi tadi termasuk game Barcelona vs Real Madrid.  Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!

LIVE UPDATED!! ( Chelsea vs Birmingham City ) 2:45 AM


Macam biasa jangan lupa layan game awal pagi nanti hanya di LIVE!! Kita tengok perancangan Ancelotti. Aku rasa Ancelotti akan guna formasi 4-3-3. Turut berlangsung ialah game Tottenham Hotspur vs Arsenal. Pukul 3 pagi pula piala Copa Del Rey, Barcelona vs Real Madrid. 


Last but not least, pukul 1.30 pagi esok juga ada game *FA Youth Cup semi-final kedua antara Manchester United vs Chelsea. Chelsea berkunjung ke Old Trafford dengan agregat 3-2. Erm, banyak pula game best. Namun, Chelsea tetap menjadi pujaan hatiku. =D


*Fixed! Terima kasih Kucing Mainan atas teguran anda. Macam inilah readers yang kita mahu, bukan hanya kutuk dan jadi Anonymous. =) 

SOALAN RAMALAN SPM 2011

Soalan pertama ialah :

Apakah faktor utama kejatuhan Chelsea?

  1. Pemecatan Ray Wilkins
  2. Kecederaan pemain berpengalaman seperti Lampard, Drogba dan Terry
  3. Polisi membawa masuk pemain muda dalam skuad
  4. Penjualan pemain berpengalaman seperti Ballack, Deco dan Joe Cole
  5. Penyerang hilang deria membunuh 

 A) I  dan II sahaja                         C) II, III dan IV sahaja
 B) I, IV dan V sahaja                    D) Kesemua di atas

Jawapan daripada Ancelotti: C
Tunggu skema jawapan malam karang yer. =D

ANONYMOUS ???

Entri ini tiada kena mengena dengan pengomen misteri. Sebenarnya, aku nak bawa isu pengganti Carlo Ancelotti nanti jika Roman Abramovich ini gila juga nak pecat manager pujaan hatiku ini. Banyak rumours calon-calon yang aku dengar bakal menggantikan tempat Ancelotti. Antaranya :

  • Frank Rijkaard
  • André Villas Boas
  • Guus Hiddink
  • Harry Redknapp
  • Marco Van Basten
  • B. Sathianathan

Harus diingat, mereka yang menerima tawaran Roman Abramovich harus berdepan dengan cita-cita serta par yang tinggi sebagaimana telah diconfig oleh Roman Abramovich. Tambahan pula, manager tidak mempunyai kuasa penuh seperti Sir Alex Ferguson rasai di Manchester United. SAF mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemain pergi dan masuk. Persoalannya sekarang :


"Kalau pecat Ancelotti, pengganti baru pula kantoi dari first season. Macam mana? Pecat lagi?"


Renung-renungkan dan selamat beramal. =D