PROS AND CONS

Satu topik yang amat menarik untuk dibincangkan, pros and cons. As we know, Andre Villas-Boas dah macam selangkah untuk jadi manager ke-27 Chelsea FC. Pros yang footballcrazie nampak ialah :


  • Chelsea dapat manager yang awesome, smart and good looking in club's history
  • Senang-senang tarik Falcao dan Joao Moutinho
  • Dah boleh focus on players transfer

Manakala cons yang footballcrazie rasa Chelsea bakal tempuhi ialah :

  • Sesetengah players lama mungkin butthurt sebab tak dapat beraksi
  • Pemain kegemaran dijual
  • Players muda berkhemah di bench
  • Periuk nasi backstaff tergugat (isu bawa geng)
  • Duit Roman Abramovich berkurangan sikit. LOL


Ok, itu jer la yang footballcrazie nampak. Ini pendapat peribadi. So, kalau korang nak tambah, jangan segan-segan komen yer. =)

PERLUKAH NEYMAR DI CHELSEA ???

Lagi sekali footballcrazie timbulkan persoalan ini, perlukah Neymar di Chelsea? Footballcrazie cukup menyampah dengan budak ini sebab sentiasa membuat publisiti murahan untuk sertai Chelsea. Lepas itu, cakap mahu stay di Santos. Paling tak masuk akal ialah nilai £40 juta yang ditag oleh Santos. Even Abramovich yang kaya pun tahu Neymar tak berbaloi dengan harga tersebut. Terbaru, Neymar menyindir player idola footballcrazie, Lionel Messi, dengan menyatakan bahawa dia boleh beraksi lebih bagus daripada Messi tanpa meninggalkan negaranya. Komen Neymar menimbulkan kemarahan Maradona dan menyifatkan Neymar kurang ajar seperti Pele. LOL, Pele yang tak bersalah dapat nama.
 
Footballcrazie tak suka Neymar sebab kurang ajar dan sikap suka 'menyelam' tak seperti Messi yang tak akan dive. Kalau Messi jatuh, fans tahu yang beliau betul-betul kena tackle. That's why footballcrazie respect Messi. Apa pun, jom layan videoklip si Neymar 'menyelam'.

ANDRE VILLAS-BOAS BAWA GENG!!

Nampaknya, Chelsea dah tak perlu rasanya membeli striker atau memburu Luca Modric. Ini kerana Andre Villas-Boas sudah mempunyai calon tersendiri. Antara pemain Porto yang beliau mahu serap masuk ke Chelsea ialah tak lain dan tak bukan iaitu penyerang sensasi Colombia, Radomel Falcao, £26.5 juta dan midfielder Portugis, Joao Moutinho, £15 juta . Tak cukup dengan itu, Boas turut mahukan coaching team beliau di Porto iaitu dua orang coaching staff, seorang physical trainer dan seorang opposition scout, Jose Mario Rocha dan Daniel Sousa. Roman Abramovich wajib tunaikan permintaan beliau jika mahu mengikatnya dengan kontrak bernilai £6.2 juta semusim selama tiga tahun. 


Bagi footballcrazie itu perkara biasa dalam bolasepak. Standard ah, nak bawa masuk individu yang beliau selesa bekerjasama dan faham caranya bekerja. Mungkin Boas ambil ikhtibar ketika Ancelotti bimbing Chelsea. Terkontang-kanting Chelsea masa Ray Wilkins kena sack. Lagi pun, tak perlu Boas ajar benda baru dekat players beliau nanti memandangkan pemain yang beliau nak bawa ni memang dah biasa dengan cara kendaliannya. Tentang duit? Abramovich memang tak ada masalah. Janji menang trofi Champions League musim depan. =)

ANDRE VILLAS-BOAS MANAGER KE-27 CHELSEA

Finally, teka-teki sudah hampir terjawab. Terbaru, pihak Porto FC telah pun menerima fax perletakan jawatan daripada wakil Villas-Boas setelah Chelsea membayar £13.2 juta kepada Porto FC. Jadi, aku berani bertaruh bahawa Andre Villas-Boas akan menjadi manager ke-27 Chelsea FC untuk pilihanraya musim ini. Apa pun, salute juga dekat Guus Hiddink yang masih pegang janji untuk meneruskan karier beliau sebagai manager Turki. Tapi, jawatan Director of Football Chelsea turut disandang oleh Guus Hiddink. Apa lagi, malam ni jom makan lamb chop dekat Riang-Riang. =)


KTBFFH

BEKAS KAPTEN SPURS SOKONG MODRIC

Bekas kapten Tottenham, Gary Mabbutt mahu melihat Luka Modric dijual. Mabbutt berpendapat tiada guna menyimpan pemain yang mahu berpindah untuk sertai kelab pilihannya. Mabbutt berkata :

"Pasukan yang sertai Champions League menarik minat para pemain secara global. Apabila pemain mendapat peluang untuk bermain dalam kelab yang lebih bagus serta dapat bersaing dalam peringkat Eropah, pemain mungkin akan berfikir dua kali. Tiada guna menyimpan pemain yang tidak gembira. Gunakan duit yang dibayar untuk membina pasukan."


Sejujurnya, memang footballcrazie sokong buah fikiran Mabbutt. Bukan sebab ini blog Chelsea, tetapi atas dasar kesetiaan para pemain itu sendiri. Buat apa nak simpan pemain yang hati sudah tiada di kelab? Renung-renungkan, dan selamat beramal. =D

DANIEL LEVY SEDIA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Chelsea berkemungkinan besar akan dikenakan potongan mata sekiranya berkeras untuk memburu dan mempengaruhi Luka Modric untuk sertai the Blues. Chairman Tottenham, Daniel Levy, kini bersedia untuk membuat laporan kepada badan induk Premier League. Beliau menuduh Chelsea cuba membuat pendekatan secara haram untuk memikat Modric. FYI, Chelsea memang mempunyai sejarah buruk dalam memikat pemain yang mereka mahu. Pada 2005, Chelsea didenda £300,000 dan potongan 3 mata sebab memikat Ashley Cole secara haram daripada Arsenal.

Pada 2009 pula, FIFA menjatuhkan hukuman tidak boleh membuat sebarang pertukaran pemain akibat mempengaruhi Gael Kakuta, juga secara haram. Namun, nasib baik denda itu ditarik balik atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, footballcrazie harap Chelsea turut menghormati kelab lain. =)

ALEXIS SANCHEZ MILIK BARCELONA

Finally, Barcelona telah pun mencapai perjanjian untuk mengikat winger Udinese, Alexis Sanchez. Harga mamat ini ialah £34 juta dan akan sign kontrak pada hari ini. Adoi, Premier League hilang permata sorang ini. Harap Ryan Bertrand boleh perform pun tak apa. =)

BETULKAH ANDRE VILLAS-BOAS KE CHELSEA?

Lepas buka laptop tadi, tiba-tiba famous berita tentang Andre Villas-Boas akan jadi manager ke-27 Chelsea. Persoalan footballcrazie, betulkah berita ini? Namun, setelah berita ini menjadi semakin merebak, Porto tampil dengan statement mereka. Wakil Porto FC berkata :


"Villas-Boas mempunyai harga belian berjumlah £13.2 juta. Namun, sehingga kini, pihak kami tidak mendapat sebarang bidaan daripada Chelsea."

Erm, logik juga. Kalau Chelsea nak dapatkan Boas, mesti awal-awal mereka dah bayar. Entahlah, maybe Chelsea nak pertimbangkan calon-calon lain kot. Apa pun, tak usah bimbang. Kalau ikutkan janji si CEO Chelsea, Ron Gourlay, minggu ini adalah due date untuk tentukan siapakah manager Chelsea. Harap Gourlay bukan buat janji Melayu. LOL. =p

LIVE UPDATED!! ( Juventus vs Newcastle United ) 8:45 PM


Fuh, dah lama tak post LIVE game. Bagi siapa yang gian game persahabatan antara kelab, jangan lupa saksikan game kejap lagi di LIVE!!

HAPPY BIRTHDAY, FRANK LAMPARD

Happy birthday ke-33 to our midfielder, Frank Lampard. Dah tua pakcik ni. Apa pun, beliau masih power. Jom layan videoklip kat bawah yang direka oleh fans Lampard dan semestinya fans Chelsea FC.


TAWARAN KE-3

Nampaknya, Chelsea betul-betul serius untuk mendapatkan Luca Modric. Terkini, Michael Essien akan dijadikan umpan untuk membida pemain Croatia tersebut. Antara pakej tawaran ke-3 Chelsea ini ialah, Essien + £28 juta = Luca Modric. Pergh, kalau betullah rumours ni, teruk macam ni sebab Essien salah seorang playmaker Chelsea. Apa pun, sentiasalah update dengan footballcrazie untuk mengetahui perkembangan terbaru. Well, it's all about Chelsea FC. =)

MICHAEL BALLACK TOLAK TAWARAN JOACHIM LOW

Michael Ballack secara selamba mengutuk manager Germany, Joachim Low dan menganggap cadangan Low sebagai satu sandiwara. Sebelum ini, footballcrazie pernah keluarkan entri tentang Low yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Ballack untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil. Sila rujuk entri : MICHAEL BALLACK BERSARA DARI AKSI KEBANGSAAN. Ballack berkata :


"Cara dia[Low], memberikan pandangan adalah satu sandiwara. Mengadakan perlawanan persahabatan yang dah lama dirancang disamping perlawanan perpisahan saya adalah satu lawak jenaka. Saya tahu saya terhutang budi dengan fans saya, namun saya tak boleh terima tawaran ini."

Nampaknya, Ballack macam touching sebab dia mahukan perlawanan perpisahan yang betul-betul khas untuknya bukan perlawanan persahabatan. LOL. Ada-ada jer si Ballack ni. Orang dah nak memudahkan kerja, dia buat perkara jadi bertambah rumit. Ronaldo selamba jer buat farewell games masa friendly match. =)

HOT & SPICY!! £50 JUTA UNTUK SERGIO AGUERO

Roman Abramovich sekali lagi menunjukkan kecintaan beliau terhadap Chelsea FC apabila melancarkan bidaan sebanyak £50 juta untuk Sergio Aguero, 23. Jika Aguero menjadi milik Chelsea, ini menjadikan pemain kedua Chelsea dengan harga £50 juta selepas Fernando Torres. Terbaik daripada ladang. Fuh, £100 juta untuk dua striker. Nampaknya, Abramovich memang tak kedekut demi trofi Champions League. =)

MODRIC BUKAN UNTUK DIJUAL - LEVY

Nampaknya, tinggal harapan sajalah impian untuk melihat Luca Modric, 25, beraksi untuk Chelsea musim depan. Ini kerana, hasrat murni Modric untuk sertai Chelsea telah dihalang sekeras-kerasnya oleh pengerusi Tottenham sendiri, Daniel Levy. Levy berkata:


"Sekali lagi saya ingin berkeras bahawa Modric bukan untuk dijual untuk Chelsea atau mana-mana kelab. Kami bina pasukan ini daripada bawah dan tengah membangun. Kami tidak sesekali akan menjual mana-mana key players. Saya telah pun maklumkan kepada Chelsea melalui surat rasmi, namun mereka masih lagi berdegil."

Haha, Chelsea memang suka gunakan kuasa vito[duit] mereka untuk dapatkan mana-mana pemain yang mereka mahu. =)

BERITA BURUK

Selepas Modric tidak mendapat lampu hijau daripada Daniel Levy, kini Kevin De Bruyne, 19, mungkin fikir dua kali sebelum sertai Chelsea. Ini kerana dia tahu Chelsea belum tentu menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama. Mamat ni winger yang memang aku respek. Muda-muda dah power. Dia juga membantu kelab Belgium, Racing Genk untuk menang liga super di sana. LOL. De Bruyne berkata:


"Saya telah fikir tentang masa depan saya dan Chelsea adalah pasukan yang saya idamkan. Namun, apa yang penting adalah saya diturunkan. Bersama Chelsea, ia bukan satu jaminan."


Fuh, seorang lagi budak yang minat bermain di Chelsea namun demi masa depan karier bolasepaknya, dia mungkin akan tolak tawaran ke Stamford Bridge untuk bermain secara pinjaman satu musim di kelab Anderlecht sebagai pendedahan bermain di peringkat Eropah. Apa pun, jom layan video aksi De Bruyne.


JACK WILSHERE CARI PASAL

LOL. Kali ini Jack Wilshere menggunakan tweeternya untuk tweet menyatakan sokongan dia kepada Luca Modric untuk berhijrah ke Chelsea. Yang tak tahan, dia selamba jer mengetag fans Spurs. Fuh, panas-panas. Jom layan apa yang si Jack ni tweetkan. =)



Mesti ramai fans Tottenham Hotspur berbulu dengan Jack lepas ni. Dahlah Arsenal memang rival sejati Tottenham Hotspur. Tapi, aku suka komen si Jack ni. =)

COME & GET ME CHELSEA - LUCA MODRIC

Finally, Luca Modric bersuara. Terkini, dia telah mengejutkan fans Tottenham Hotspur dengan secara terbuka memberitahu mahu meninggalkan White Hart Lane. Dalam masa yang sama, komennya turut memberi hint untuk menyertai Chelsea. Modric berkata :


"Chelsea sebuah kelab yang besar dan mempunyai owner yang penuh bercita-cita tinggi. Mereka mempunyai pemain yang berkualiti dan mahu menang Champions League. Saya mahu kekal di London. Saya dan keluarga amat gembira berada di sini. Saya mahu tinggalkan Tottenham sebagai kawan. Saya hargai kenangan saya di sana. Kini, telah tiba masanya untuk saya ke kelab lain."

Fuh, kenyataan yang membuatkan fans Man United dan Man City butthurt. Awesome. Lepas ni hidup baliklah bahagian midfield Chelsea. Rindu masa Deco, Ballack dan Joe Cole. Mereka begitu kreatif. =)

JADUAL PENUH PERLAWANAN CHELSEA 2011/2012

Berikut merupakan jadual penuh utk pasukan Chelsea FC bg musim 2011/2012 :


TAMBAH LAGI £5 JUTA

Setelah Chelsea 'disekolahkan' oleh Redknapp sebab hanya membida Luca Modric dengan £22 juta, the Blues kembali dengan harga baru iaitu £27 juta. Up lagi £5 juta. Persoalannya, Manchester City dah bid dengan £30 juta. LOL. Kini, tinggal Tottenham Hotspur untuk membuat keputusan samada sanggup melepaskan pemain Croatia ini. Kalau aku fans Hotspur, seriously aku tak akan lepaskan mamat ni. Power tu!!


Jom layan video gempak mamat ni kat bawah :



p/s: Sometimes, it's good to be in other person's shoes. =)

MICHAEL BALLACK BERSARA DARI AKSI KEBANGSAAN

Persatuan Bolasepak German telah pun mengumumkan bahawa mereka tidak akan memanggil ex-midfielder Chelsea, Michael Ballack untuk cap antarabangsa selepas ini. Ballack, 34, mengumpul 98 cap bersama pasukan kebangsaan German tetapi tidak pernah mewakili skuad kendalian Joachim Low akibat kecederaan buku lali semasa final FA Cup 2009/10 hasil saguhati Kevin Prince Boateng aka abang kepada Jerome Boateng, defender Manchester City. Ironinya, Jerman berjaya mara ke separuh akhir meskipun pada waktu itu ramai yang tidak mengenali pemain seperti Mesut Ozil dan Sami Khedira. Namun, German mungkin akan memberi penghargaan buat Ballack untuk beraksi kali terakhir untuk pasukan kebangsaan dalam aksi persahabatan menentang Brazil pada 11 Ogos 2011.


p/s : Ballack dapat karma sebab tampar Boateng sebelum itu.. hehehe ;p

CHELSEA BLUE PITCH KINI DI MALAYSIA

The red blue pitch kini telah pun berada di Malaysia. Ini adalah hasil 8 bulan setelah cadangan dikemukakan oleh Emkay Group yang dipengerusikan oleh tycoon hartanah Malaysia, Tan Sri Mustafa Kamal aka owner MKLAND. Court ini terletak di Jalan PJU 10/1A, Damansara Damai iaitu di sepanjang Jalan Kuala Selangor. Ini merupakan usaha kerjasama daripada Emkay Group, para penaja dan Chelsea FC sendiri. FYI, skuad pelapis Chelsea turut akan ke tapak ini ketika Chelsea Tour 2011 pada Julai nanti. Jadi, jangan lupa singgah dekat sini yer. Harap suatu hari nanti ada wakil pemain Malaysia beraksi untuk the Blues. =) 


Peta ke Chelsea Blue Pitch :  



£40 JUTA UNTUK NEYMAR ?

£40 juta? Baik Chelsea laburkan untuk beli midfielder atau winger. Jumlah itu memang mustahil untuk budak hingusan yang berusia 19 tahun. Lagi pun, Neymar tiada pengalaman bermain di BPL. Mana tahu dia mungkin tidak secemerlang ketika beraksi di Santos? Berlainan pula dengan Torres, dia memang berhak dengan nilai £50 juta. Mungkin season lepas dia sukar untuk menonjolkan diri akibat cara permainan Chelsea yang tidak suka supply bola kepada Torres. Berlainan semasa di Liverpool dulu, ada sahaja hantaran bola awesome untuk dia sudahkan. Apa pun, nilai £40 juta untuk Neymar adalah mengarut! Kalau Chelsea betul-betul mahukan Neymar, mungkin the Blues akan spend below than £40 juta.  =D

BIDAAN CHELSEA DITOLAK

Cubaan pertama Chelsea untuk mendapatkan Luka Modric dengan harga £22 juta ditolak oleh Tottenham Hotspur semalam. FYI, Modric turut menjadi buruan kelab kaya EPL lain seperti Manchester City dan Manchester United. Namun, antara mereka bertiga ini, cuma Chelsea yang mempunyai guts untuk bid Modric buat pertama kalinya. Yang lain, cuma cakap-cakap kosong jer. LOL. ;p


p/s: Manchester City dah outbid Chelsea dengan £30 juta.. apa cer?

PERSAINGAN TIGA SERANGKAI

Nampaknya, peluang Chelsea untuk dapatkan midfielder baru, Javier Pastore agak terancam apabila mamat itu turut menjadi buruan Barcelona dan juga Real Madrid. Ini menjadikan perebutan tiga penjuru. Seriously, kalau betul dua kelab itu betul-betul mahukan Pastore, peluang Chelsea tipis. Apa pun, aku harap itu cumalah spekulasi agen Pastore untuk demand high price untuk playmaker Palermo ini. =)

DROGBA SAH BERAKSI DI CHELSEA UNTUK MUSIM DEPAN

CEO Chelsea, Ron Gourlay telah sahkan bahawa Didier Drogba tidak akan ke mana-mana musim depan. Jadi tak usahlah bimbang tentang transfer rumours Drogba ke AC Milan, Real Madrid dan Tottenham Hotspur. Meskipun ketibaan Fernando Torres musim lepas, Chelsea tetap tidak mahu ambil risiko melepaskan Drogba. Cuba bayangkan Chelsea jual Drogba lepas itu Torres pula masih struggle di Stamford Bridge. Sakit beb!! Gourlay berkata :


"Drogba akan kekal di Chelsea selama beberapa minggu lagi. Itu pasti. Masak Chelsea jika Drogba tiada ditambah dengan Torres yang masih mencari rentak permainan."

Betul tu, terbaiklah. Drogba tidak dijual ke mana-mana kelab. Aku yakin Chelsea akan bounce back pada musim 2011/12. =)


Apapun, jom layan videoklip Drogba kat bawah ni :




KTBFFH

MUST READ!! HARI KELUARGA MBAS (STICKY POST)

Buat pertama kalinya, Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) akan mengadakan family days seperti maklumat yang tertera pada poster di atas. Bayaran penyertaan adalah seperti berikut :

  • Dewasa = RM30/person
  • Kanak-kanak = RM15/person

* Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak digalakkan untuk sertai atas faktor keselamatan. 
* Penyertaan adalah based on first come, first served. Tapi, aku rasa better, based on first pay, first served. ;p


Penyertaan adalah terhad kepada 80 orang. Bagi fans Chelsea yang berminat untuk menyertai Hari Keluarga MBAS ini, anda boleh membuatkan pembayaran penyertaan kepada akaun Maybank 1601 0220 2754 , Zamaroul Bin Jakaria (setelah membuat pembayaran sila call atau sms Zamaroul di talian 012-8662108).

Antara aktiviti yang bakal dilangsungkan ialah :

  • BBQ
  • Sukaneka
  • Malam kebudayaan
  • Majlis suai kenal
  • Chanting

Sebarang pertanyaan berkaitan Hari Keluarga MBAS boleh call terus AJK berikut :


Mohd Ellmy Yusri : 013-6682329/013-6363483
Zamaroul : 012-8662108
Zaki : 013-2322625
Tomey Chelsea : 017-2138328/013-2682820
Eddie Csi : 012-6566427


Bagi sesiapa yang berminat untuk sertai kami, sila download borang penyertaan di link kat bawah . Dalam file ini terdapat juga aturcara majlis. =)

DOWNLOAD

LAST DAY (MUST READ)


Come on!! Hari ini merupakan last day sebelum tempahan untuk t-shirt cool ini ditutup. Sebarang tempahan selepas hari ini tidak akan dilayan. Selain itu, Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) turut menganjurkan hari keluarga pada 2 Julai 2011. =) Klik link di bawah untuk info yang lebih terperinci.


HARI KELUARGA MBAS


Sesiapa yang menempah t-shirt melalui info dalam blog ini, sila tinggalkan nama penuh anda dalam ruangan komen untuk tujuan semakan sahaja. Tiada potongan harga sebab aku pun beli harga tu jugak. ;p

GILIRAN JEFFREY BRUMA

Wow!! Hamburg memang betul-betul aim pemain muda Chelsea. Terbaru, Jeffrey Bruma telah pun diloan daripada Chelsea selama dua tahun. Sebelum ini pun aku dah pernah keluarkan entri tentang minat bekas manager Hamburg, Armin Veh untuk dapatkan Bruma. Korang boleh refer kat sini. SAYA MAHU JEFFREY BRUMA - VEH. Akhirnya, Hamburg berjaya juga mendapatkan khidmat Bruma tambah-tambah si Frank Arnesen dah bekerja untuk mereka. =)

DUA MINGGU SAHAJA LAGI

Fans Chelsea tidak perlu tunggu lama lagi setelah CEO Chelsea sendiri berkata bahawa pengurus baru bakal diumumkan dalam masa dua minggu. Ini bermakna Chelsea telah pun mempunyai calon. Siapa? Aku rasa tidak perlulah dihebohkan sebab aku rasa Guus Hiddink calon utama. Ron Gourlay berkata :


"Abramovich mahu masa dua minggu lagi sebab buat masa sekarang beliau komited terhadap Maharaja Lawak. Insyaallah, selepas Nabil tersingkir, barulah beliau akan mula duduk berbincang dengan kami."

Fuh, finally, tak perlu teka bila lagi nama manager baru akan diumumkan sebab dah dapat due date daripada CEO Chelsea.

ESSIEN KEKAL DI CHELSEA

Michael Essien menolak laporan media yang dia mungkin akan berhijrah ke Real Madrid. FYI, Essien mahu menghabiskan baki kontrak 4 tahun di Chelsea. Agen Essien, Fabien Piveteau berkata :


"Hubungan Essien dengan Mourinho baik. Cuma Real Madrid tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapatkan beliau. Beliau amat gembira berada di London. London sebuah kota yang penuh dengan kelab malam. Essien memang suka clubbing."

Kalau Essien tinggalkan Chelsea, aku rasa lagi havoc kalau tiada pengganti yang lagi bagus atau setaraf dengan dia. =)

PERSEKUTUAN BOLASEPAK TURKI BENGANG!!

Persatuan Bolasepak Turki (TFA) bengang dengan Guus Hiddink sebab sentiasa mengaitkan dirinya dengan Chelsea. Guus Hiddink dijangka bakal menjadi manager ke-27 Chelsea dalam masa terdekat. CEO TFA, Mahmut Ozgener, ternyata kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Guus Hiddink dan Chelsea. Beliau berkata :


"Kamu [Hiddink] tidak boleh datang dan pergi sesuka hati. Manakala Chelsea pula suka rampas pemain yang masih dalam kontrak. Kami akan mengambil tindakan undang-undang jika Hiddink tinggalkan Turki. Selepas itu, kami akan cuba pancing manager baru iaitu K.Rajagobal."

Terbaik, Roman Abramovich cuma tunggu masa jer nak umumkan Guus Hiddink sebagai manager baru Chelsea. =)

HAPPY BIRTHDAY MALOUDA DAN YO87

Kali ini aku ingin ucapkan selamat ulangtahun ke-31 untuk winger kita, Florent Malouda. Tak lupa juga birthday aku sendiri yang ke-24. =)


KTBFFH

LAGU TEMA MBAS



Finally, lagu tema untuk Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) telah pun sempat dirakamkan semalam. Enjoy. =)

p/s : Boleh download lirik kat sini : LAGU TEMA MBAS

ANCELOTTI MAKAN GAJI BUTA

FYI, Carlo Ancelotti terpaksa bersabar untuk 12 bulan sebelum membuat keputusan untuk membimbing mana-mana kelab Premier League. Ini kerana, Chelsea telah pun membuat persetujuaan dengan beliau dengan nilai pampasan sebanyak £6 juta. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Chelsea semasa Jose Mourinho dipecat pada 2007. Ancelotti berkata :


"Duit itu bakal dilaburkan ke dalam Lembaga Tabung Haji Malaysia. Saya juga akan gunakan masa terluang selama 12 bulan ini untuk menonton Maharaja Lawak bersama seisi keluarga."


Terbaik. Erm, Roman Abramovich pun takut Ancelotti buat comeback dengan pasukan lain. =)

DROGBA KAHWIN SELEPAS FA CUP MALAYSIA

Setelah lama bertunang dengan kekasih gelapnya, Lalla Diakite, Drogba memilih hari ini untuk berkahwin dengan ibu kepada 3 orang anak mereka. Persandingan ini bakal berlangsung di Monaco, Perancis. Ditanya kenapa beliau memilih hari ini untuk berkahwin, Drogba berkata :


"Awalnya saya ingin memilih hari semalam [Sabtu], namun saya takut perlawanan final FA cup di antara Terengganu vs Kelantan bakal over-shadowed hari penting ini. Jadi, saya rasa elok saya lakukan majlis ini keesokan harinya [Ahad]."

 Apa pun, tahniah buat Didier Drogba. Semoga berbahagia ke cucu la sebab anak dah ada. LOL

GUUS HIDDINK NAFI LAPORAN MEDIA

Guus Hiddink menafikan sekeras-kerasnya rumours tentang beliau meminta Chelsea mendapatkan Wesley Sneijder. Beberapa hari selepas itu, Sneijder mengeluarkan kenyataan media bahawa dia mahu kekal di Inter Milan. Hiddink turut berkata bahawa beliau tidak berbincang dengan Chelsea berhubung mana-mana pembelian pemain baru. Hiddink berkata :



"Saya tidak berhubung dengan Chelsea dalam beberapa minggu ini. Mana mungkin saya meminta Chelsea mendapatkan Wesley Sneijder? Saya mempunyai calon pemain pilihan saya sendiri iaitu Nurul Azwan Roya dari Kelantan."


Erm, banyak bebenor rumours yang media manipulate untuk melariskan akhbar mereka. Lepas ini, aku post players transfer yang betul-betul confirm jer la. =D