LIVE UPDATED!! ( Everton vs Chelsea ) 8:30 PM


Jangan lupa saksikan perlawanan FA Cup, malam ini. Macam aku, aku layan perlawanan Selangor vs Kelantan. Mesti sokong kelate. Hehe =p

TORRES BUKAN PENGGANTI DIDIER DROGBA - ANCELOTTI

Carlo Ancelotti menafikan spekulasi media bahawa bidaan the Blues untuk Fernando Torres bukan merupakan isyarat berakhirnya karier Didier Drogba. Beliau bijak mengulas dengan berkata :


"Buat masa sekarang, ia hanyalah impian untuk menggabungkan Torres dan Drogba bersama-sama. Namun, Drogba tidak pernah ada masalah untuk berganding bahu dengan sesiapa pun, termasuk Torres."

Chelsea akan berkunjung ke Goodison Park untuk saingan FA Cup malam ini. Harap Chelsea mampu menang. =)

TORRES MAHU KE CHELSEA

Chelsea kini bersedia untuk menaikkan nilai bidaan terhadap Fernando Torres sebelum jendela perpindahan tertutup Isnin ini. Setelah tawaran sebanyak RM170 juta ditolak oleh Liverpool, Chelsea menunjukkan kuasa membeli mereka dengan menawarkan RM194 juta ditambah dengan Daniel Sturridge, yang menjadi buruan Liverpool sebelum ini. Torres dikatakan mengambil keputusan ini setelah Liverpool dah pun ada pengganti penyerang yang baru iaitu Luis Suarez dari Ajax dengan nilai RM112 juta. Apa lagi, cepat la Roman Abramovich, due date sebelum pukul 11 malam Isnin ini.


KTBFFH

TIDAK MENJADI

Benfica telah sahkan bahawa pihak mereka telah gagal mencapai kata sepakat dengan Chelsea tentang harga David Luiz. Hal ini kerana Chelsea enggan membayar lebih daripada harga yang mereka sanggup tawarkan iaitu RM97 juta. OK, tamat sudah spekulasi tentang mamat ini. Next, Fernando Torres. =)

KTBFFH