LIVE UPDATED!! ( Wigan Athletic vs Manchester United ) 11.00 PM


Jom kita tengok persembahan Manchester United malam ini. Mampukah mereka bangun dari persembahan tadika ketika lawan Marseille tempoh hari? Layan di LIVE!! LOL ;p

INI BUKAN BLOG SKEMA

Kali ini entri aku bukan tentang bolasepak tetapi tentang cara penulisan blog footballcrazie ini. Sepanjang penulisan aku dalam footballcrazie, aku pernah dapat teguran dari blogger dan kenalan rapat aku termasuk adik perempuan aku sendiri, CT. CT berkata :


"Blog footballcrazie abe yo ni mace budok skema la. Lepah tu tulisan mace dalam surat kabar, sebutir-sebutir. Bakpo tok wak mace blog lain, siap ado kutuk-kutuk pasuke lain lagi? Tapi footballcrazie best sebab ado blako dan ringkas." [dialek kelate]


Maksud dalam bahasa ibunda :


"Blog footballcrazie abang yo ini macam budak skema lah. Tulisan pula macam dalam surat khabar. Kenapa tidak tulis macam blog lain, yang siap kutuk pasukan lain? Tetapi footballcrazie best sebab ada semua dan ringkas."

Tentang isu kutuk itu, aku ini jenis fans yang berbudi pekerti =p. Aku memang suka tak suka flaming dalam forum. Terutama dalam forum LowYat. Sebenarnya, aku buat begini sebab memudahkan pemahaman pembaca dari luar Malaysia seperti di Indonesia, United Kingdom, India, Belanda, Singapura, United State dan banyak lagi. Aku pun terkejut jugak tengok direct traffic aku datang dari luar negara. Uiii, dasyyyaaaaaaat!! Apa pun, terima kasih buat visitors sekalian yang sentiasa menyokong footballcrazie dari awal sehingga kini.

KTBFFH,

ASHLEY COLE MAHU TEBUS KESILAPAN

Ashley Cole bersumpah yang dia akan menebus kesilapan gagal menyempurnakan penalti ketika menentang Everton tempoh hari dengan membantu Chelsea julang trofi Champions League. Cole berkata :


"Saya pernah ke final dua kali dan dikalahkan dua kali dan ia satu perasaan yang tak senang. Harap musim ini akan berbeza. Saya amat terdesak untuk menang Champions League. Kini kami fokus untuk Champions League sebab kami tak pernah menjulangnya."

Insyaallah, musim ni dapat. =)