LIVE UPDATED!! ( Chelsea vs Manchester United ) 3.45 AM



Game yang dinanti-nantikan oleh peminat Barclays Premier League seantero dunia. Kita tengok siapa yang kena hanya di LIVE!! =D

Terkini: Ancelotti dijangka akan merehatkan Drogba dan akan menggunakan formasi 4-4-2 sama masa lawan Copenhagen tempoh hari. Erm, Drogba vowed untuk keluar dari Chelsea jika tidak disenaraikan untuk first eleven. Kamu boleh baca di entri ini, DROGBA MAHU TINGGALKAN CHELSEA. Kali ini aku nak pakai quote Kenny Dalglish: 

  
"No player is bigger than the club."


Namun, itu hanyalah draft dari Ancelotti, muktamad apabila di atas padang nanti. 


KTBFFH

ASHLEY TETAP JAGA KUBU KIRI CHELSEA

Berita baik untuk The Blues Army. Ancelotti dah confirm yang Ashley Cole tetap diturunkan meskipun kes tembak student itu masih dalam siasatan. Harap lepas ini, Ashley tembak players Manchester United pula. LOL ;D Ancelotti berkata:


"Cole akan turun lawan Manchester United. Tentang hal itu, Cole dah minta maaf dan menyesal atas perbuatannya. Saya yakin dia akan fokus di atas padang."


Bagi sesiapa yang tak tahu atau rasa lost dengan kes yang aku mention kat atas itu, silakan ke sini untuk mendapat info yang lebih lanjut.

KTBFFH

ROONEY TAK KENA GANTUNG

Wayne Rooney tidak menerima sebarang penggantungan perlawanan untuk kekasaran dia masa lawan Wigan tempoh hari. Jadi, ini bermakna Rooney confirm main against Chelsea. Ok la, aku pun tak nak ada alasan dari fans Manchester United jika mereka kalah, mereka akan cakap:


"Chelsea menang sebab kami tak ada Rooney, kalau ada Rooney...habis semua bola dia buat bicyles kick." LOL

Bagus juga decision making dari FAM FA. Kalau FAM, f***! Terbaik, biar game fair and square. May the best The Blues team win.  =D

SAYA TIDAK TAKUT TORRES - NEMANJA VIDIC

Untuk pertemuan awal pagi nanti, semestinya kita mahu tengok adakah Vidic mampu kekang Torres. Torres memang tersohor memporak-porandakan hidup Vidic. Torres bermuka jambu tetapi kuat di atas padang. Buktinya, Vidic yang bermuka mafia pun bermasalah untuk kawal Torres. Media sentiasa melagakan Vidic dengan Torres. Vidic berkata :


"Saya tak mahu cakap banyak di media. Saya akan buktikan di atas padang. Saya mampu ubah cara permainan saya untuk kekang Torres. Ia membuatkan saya lebih fokus di atas padang."

Torres pula masih lagi berusaha untuk copy-paste performance dia dari Liverpool ke Chelsea. Kita tunggu dan lihat adakah Torres mampu bersinar untuk game ini nanti. 

KTBFFH

JANJI TORRES

Perlawanan malam ini dan awal pagi esok adalah yang terbaik bagi dua pasukan aku iaitu Kelantan vs Negeri Sembilan  dan juga Chelsea vs Manchester United. Apa pun, sebab ini blog pasal Chelsea, aku tak akan cerita tentang The Red Warriors. =D Awal pagi esok, tepat pukul 3.45 pagi, Chelsea akan menerima kunjungan Manchester United. Antara pemain Chelsea yang bakal menjadi tumpuan semestinya Torres. Sebelum ini kita memang tahu bahawa Torres memang tiada masalah berdepan dengan defender kental Manchester United, Nemanja Vidic. Torres berkata :


"Untuk perlawanan ini, saya harapkan Rio Ferdinand turun sama. Namun, ia takkan berlaku. Bagi saya, bermain menentang mereka adalah satu cabaran. Saya sukakan cabaran."

Torres juga beritahu yang dia kini sudah mengenali cara permainan Drogba dan Anelka. Baguslah, lepas ini bolehlah ayam Manchester United. =p