PRO DAN CONTRA
Sunday, April 03, 2011
Posted by yo87
Terdapat pro dan contra dalam game semalam. Ancelotti beritahu bahawa harapan Chelsea bersaing untuk Premier League sudah berkubur. Manakala untuk Stoke City pula, Tony Pulis begitu bangga dengan persembahan anak buahnya. Ancelotti berkata:
"Saya telah katakan di awal game bahawa harapan Chelsea untuk Premier League musim ini tipis. Dengan keputusan tadi, ia adalah sukar buat Chelsea. Namun, Chelsea harus teruskan perjuangan. Ia bukan tentang Manchester United."
Jadi, kalau anda fans Chelsea, anda kecewa..jika anda fans Stoke City...bergembiralah. =D
APA YANG KITA BELAJAR SEMALAM?
Sunday, April 03, 2011
Posted by yo87
Matchday 31 semalam memang memihak kepada Manchester United. Dengan kesemua pasukan 'London' berpakat untuk seri semalam. LOL. Aku puji permainan ditunjukkan oleh Jones semalam. Untuk Chelsea, bagi pendapat aku, pemain lebih suka rebahkan badan dalam kotak penalti berbanding cuba untuk melakukan sepakan terus ke gawang Stoke City. Tapi ok lagi la berbanding lakonan Rooney yang cuba dive dalam kotak penalti West Ham United semalam. =D
Aku puas hati dengan game semalam, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Namun, Chelsea memang nampak goyah. Apa pun, ini bukan silap Bosingwa, bukan silap David Luiz tetapi satu pasukan harus bertanggungjawab. Fans hanya bagi harapan sahaja. =p
APA DAH JADI?
Sunday, April 03, 2011
Posted by yo87
Apa dah jadi? Ternyata Stoke City lebih bagus malam ini. Apa pun, aku bagi kredit dekat Petr Cech yang melakukan banyak saves. Kepada fans Chelsea yang lain, adat permainan la ni. Bak kata pepatah omputih, God has not promised skies always blue. Nasib baik seri, kalau kalah lagi tension. =D
Subscribe to:
Posts (Atom)