SEMALAMAN BERSAMA MBA KL
Monday, April 25, 2011
Posted by yo87
Baju hijau tu aku ler..yo87 |
Kali ini aku nak review tentang pengalaman LIVE SCREENING bersama geng-geng Malaysian Blues Army Kuala Lumpur (MBA KL) masa game Chelsea vs West Ham United tempoh hari. Lokasi berkumpul di Hallo Abe Mie Station, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Aku bertuah sebab dapat keluar bersama mereka. Mereka begitu peramah. Aku sempat bersalam dengan admin kelab. Aku berkata :
"Zaki! Baru dapat jumpa kau."
Tetapi dia blur. Dia tak cam aku. LOL. Hari ini baru dia sedar bahawa yang tegur dia malam itu ialah yo87. Tetapi yang bestnya, time tu juga Torres score. Melompat diorang. Aku cuma menjerit. Nak lompat segan pula. Terbaik dari ladang.
LIVE UPDATED!! ( Blackburn Rovers vs Manchester City ) 3:00 AM
Monday, April 25, 2011
Posted by yo87
SINAR HARAPAN CHELSEA
Monday, April 25, 2011
Posted by yo87
Aura Torres. Gempak tak? |
Setelah lama fans serta orang kuat Chelsea menunggu, akhirnya kita dah nampak sinar masa depan Chelsea. Orangnya ada dibawah timbunan pemain kat atas. =D Setelah 14 game kita semua menunggu, Torres gol juga. Malah, aku tak nafikan keadaan hujan lebat tempoh hari turut membantu Torres. Bola terhenti di tengah kotak penalti sebelum Torres turn dan membuat sepakan lencong guna kaki kirinya.
Terbaik dari ladang. Memang gol tersebut memberi suntikan semangat kepada Chelsea. Selepas ini Tottenham Hotspur akan berkungjung ke Stamford Bridge pada 1 Mei 2011. Macam biasa, rotation policy. Ini bermakna Torres akan beraksi untuk kesebelasan utama.
HIGHLIGHT UPDATED!! Bolton Wanderers vs Arsenal
Monday, April 25, 2011
Posted by yo87
Aku dah update highlight untuk game Bolton Wanderers vs Arsenal. Dalam masa sama aku upload juga game Liverpool vs Birmingham City. Thanks to Waja Merah yang sudi e-mail aku memaklumkan hal ini. Macam mana boleh terlupa ni? Mungkin sebab excited Torres score gol. =D Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!
15 GAME TANPA GOL? IT'S OVER, DUDE!!
Monday, April 25, 2011
Posted by yo87
Sebelum ini, footballcrazie pernah keluarkan entri 5 GAME TANPA GOL, 7 GAME TANPA GOL dan 9 GAME TANPA GOL. Finally, aku dah tak perlu lagi keluarkan entri 15 game tanpa gol sebab Torres dah pun menemui sentuhannya. Kawan aku, fan Manchester United berkata:
"Torres dah pecah dara."
Erm, agak lucah perkataan dia. Tapi tak apa, kita tengok nanti pertemuan Chelsea vs Tottenham Hotspur pada 1 Mei 2011 pukul 12.30 tengah malam waktu Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)