LIVE UPDATED!! ( Chelsea vs Newcastle United ) 8.30 PM


Manchester United dah jadi Champion musim 2010/11. Apa pun, jom kita review jersi baru the Blues untuk season 2011/12 nanti tepat pukul 8.30 malam. Jangan lupa saksikan perlawanan ini hanya di LIVE!!

"DAVID LUIZ BELAJAR DARIPADA KESILAPAN" - JOHN TERRY

Kapten Chelsea, John Terry percaya bahawa David Luiz pasti akan belajar daripada kesilapannya ketika menentang Manchester United minggu lepas. Ancelotti menyalahkan Luiz kerana gagal menyekat bola hantaran terbaik daripada Park Ji-Sung yang smart disudahkan oleh Chicharito. John Terry berkata :


"Luiz pemain yang bagus. Saya percaya suatu hari nanti dia akan menjadi lagenda Chelsea. Dia muda dan sentiasa ceria semasa menjalani sesi latihan. Ini akan menjadi pengalaman bermakna buat Luiz."

Terbaik! Kita tunggu aksi David Luiz untuk perlawanan Chelsea vs Newcastle United malam nanti pukul 8.30 malam.

KTBFFH

BOSINGWA BERTENGKAR DENGAN ANCELOTTI?

Macam-macam rumours melanda Ancelotti sekarang ini. Terbaru, beliau dikatakan bertengkar dengan Jose Bosingwa.  Sebab itulah Bosingwa tidak diturunkan sejak Chelsea tewas kepada Manchester United untuk saingan Champions League bulan lepas. Ancelotti berkata :


"Saya baca akhbar menulis bahawa saya bertegang urat dengan Bosingwa. Kami tidak bertengkar. Saya tidak menurunkan dia bukan sebab kesilapan dia dalam Champions League lepas. Jika dia tidak diturunkan, itu sebab sikapnya, bukan kesilapan."

Erm, Ancelotti macam nak bagi hint yang Bosingwa ni jenis yang keras kepala jugak orangnya. =D