JOHN TERRY KEKAL SEHINGGA 2015 ??

John Terry menyatakan hasratnya untuk menyambung kontrak sekurang-kurangnya lagi setahun di Stamford Bridge dan ini menjadikan kontraknya mungkin akan berakhir pada 2015. Secara tidak langsung, Terry menolak desas-desus untuk kembali bernaung di bawah kendalian Jose Mourinho di Real Madrid. Terry berkata :


"Saya berharap agar kontrak saya bersama Chelsea disambung satu tahun lagi. Saya akan cuba untuk kekal di sini selama mungkin. Saya sukakan kelab ini dan tak akan tinggalkan Chelsea. Saya begitu bertuah sebab menjadi kapten untuk kelab sebegini."

Kemas sekali komen John Terry. Aku pun bertuah sebab sokong Chelsea. Kenapa? Lu pikir la sendiri!! Apa pun, jom layan game Kelate vs Selangor malam nanti di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV. Gomo Kelate Gomo. ;D

NO MORE ANONYMOUS

Kalau korang semua perasan, aku dah disable comment by anonymous. Bukan sebab aku butthurt a.k.a sakit bontot dengan spesis ini. Namun sebab aku banyak dapat reply yang mencarut plus spam melampau dari anonymous. Setakat bakar line tu, aku boleh terima. Tetapi jika mencarut secara tak bertanggung jawab, aku rasa mereka ini dayus. Sekian, harap maklum. =) 

AMEOBI BACK UP TORRES BAIK PUNYA!!

Striker Newcastle United, Shola Ameobi beritahu bahawa Fernando Torres tidak boleh dipersalahkan di atas kemeruduman prestasi Chelsea pada musim ini. Ameobi berkata :


"Kamu tak boleh salahkan seorang pemain untuk kegagalan satu pasukan. Torres telah dibebani banyak masalah. Saya percaya Torres akan menonjol nanti."

Terbaiklah, pandangan Ameobi ni sama macam aku. Sebelum ini banyak aku baca komen beritahu Torres lembiklah, tumpullah dan macam-macam lagi. Bagi aku, jika Chelsea sendiri perform, Torres tak akan ada masalah untuk sesuaikan diri. Ini tidak, semua anggap dengan kudrat dia seorang, dia mampu ubah nasib Chelsea. LOL. Ini bukan main game PES2011. ;p

HIGHLIGHT UPDATED!! Matchday 37



Chelsea dah tak ada apa untuk diperjuangkan semalam. Apapun, semalam memang aku dah agak Ancelotti akan turunkan line-up percubaan. Aku dah update highlight untuk ke semua matchday 37. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!