SAH! KAKA TAK SERTAI CHELSEA

Cis, bikin gempak jer mak si Kaka ini. Terbaru, Kaka sendiri beritahu bahawa mereka sekeluarga datang ke London sebab atas urusan dakwah agama mereka. Macam yang kita tahu, Kaka sekeluarga ini memang penganut agama Kristian yang terbaik. Kalau dalam Islam, macam alim. Kaka sendiri beritahu dia tidak berminat untuk bermain di England dan mahu kekal di Real Madrid. Kaka berkata :


"Ibu saya ke London atas urusan dakwah di gereja. Dia mahu berbincang hal-hal ketuhanan. Saya mahu kekal di Real Madrid musim depan. Saya tidak mahu fikir berhijrah ke England atau pulang ke Brazil dan Itali."

Ok, akhirnya terjawab persoalan tweeter mak si Kaka ini. Patut la aku rasa pelik, kenapa mak si Kaka ini tweet akan ke London pada Ogos. Mana ada players transfer waktu itu. LOL.

HIGHLIGHT UPDATED!! Manchester City vs Stoke City



Tevez mengamuk dalam game awal pagi tadi. Aku dah update highlight untuk ke semua matchday 37. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!! 

"BOLTON PERLUKAN STURRIDGE" - OWEN COYLE

Manager Bolton Wanderers, Owen Coyle berkata yang dia akan berusaha sedaya mungkin untuk menyambung kontrak pinjaman Sturridge daripada Chelsea untuk musim depan. Coyle yakin jika Chelsea mengizinkan Sturridge perform di Bolton untuk next season, peluang Bolton akan lebih cerah. Coyle berkata :


"Jika Sturridge masih boleh dipinjam, kami akan lakukan sebaik mungkin untuk melaksanakan perpindahan ini. Sturridge tahu bahawa kami amat memerlukannya. Kami menyediakan platform untuk dia berjaya di kancah bolasepak."

Terbaik, memang tidak dinafikan Bolton Wanderers merupakan kelab yang sesuai untuk menggilap bakat pemain muda. Lihat jer apa yang berlaku kepada Jack Wilshere. =D

LAGI £50 JUTA ?

Real Madrid dilaporkan tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menjual Kaka jika tawaran tersebut di bawah tag £50 juta. Kini, dua kelab kaya BPL, Chelsea dan Manchester City menunjukkan minat untuk mendapatkan midfielder Brazil ini. Real Madrid sebelum ini membeli Kaka daripada AC Milan dengan harga gila kentang €100 juta. Selain itu, bekas kelab Kaka, AC Milan, turut menyatakan hasrat mereka untuk membawa masuk Kaka ke the Rossoneri. Persoalan bermain dibenakku :


"Mampukah Kaka membawa perubahan kepada the Blues musim depan?"


Aku tak nak komen banyak sebab benda ini isu sensitif. Silap komen, boleh buat butthurt. LOL