AL-FATIHAH PART II


Al-Fatihah. Memandangkan ramai yang bertanyakan tentang Allahyarham Hakim Kamal aka owner telordibasuh. Maka, aku postkan entri part II ini. FYI, arwah berusia 25 tahun dan sambung degree di UniKL MIIT dalam jurusan Network Security. Tanggal 16/5/2011, arwah dikhabarkan semput dan pengsan ketika berkelah bersama-sama rakan-rakan di Hutan Lipur Kanching dekat-dekat waktu Asar. Aku tak tahu sangat sebab aku tiada di tempat kejadiaan. Yang aku tahu, malamnya member yang join arwah mesej aku mengatakan arwah dimasukkan dalam wad ICU di Hospital Putrajaya. Arwah masih koma. Semalam, aku sempat hantar SMS kepada no.phone arwah bertulis :


"Salam, hakim. Ko macam mane? Ok x?"


Namun, tak ada feedback. Aku cuma mampu berdoa agar arwah selamat. FYI, arwah mempunyai masalah asthma. Sebelum ini pernah terjadi kes dimana arwah pernah semput tetapi aku sempat hantar arwah ke HKL. Namun, kali ini, ajal arwah dah sampai. Tanggal 19/5/2011 lebih kurang 11.00 pagi, Allah SWT telah pun mengambil nyawa hambaNya ini. Doktor beritahu bahawa arwah terkena jangkitan kuman di paru-paru. Berikut aku selitkan gambar arwah bersama kami serumah :


Waktu ini kami sama-sama buat jamuan lepas tamat final exam.

Arwah membuat "peace sign" atas kepala aku. Macam-macam. =)

LAST GAME ???

Tepat 11 malam esok, Chelsea akan menentang Everton di Goodison Park. Ini merupakan game terakhir Chelsea untuk BPL musim ini iaitu matchday 38. Namun, adakah game yang ke-109 untuk Ancelotti ini bakal menjadi game terakhir beliau in charge di Chelsea? Apa pun, lepas ini bolehlah aku tumpukan pada liga Super, Kelantan. =D

ROMAN ABRAMOVICH HILANG KEYAKINAN - ANCELOTTI

Carlo Ancelotti memberi hint bahawa kekalahan Chelsea di kaki Manchester United dalam saingan Champions League, membuatkan owner CFC, Roman Abramovich, hilang keyakinan terhadap beliau. Ini menjadikan Ancelotti gagal membimbing Chelsea untuk sampai ke peringkat separuh akhir Champions League buat kali kedua berturut-turut. Beliau berkata :


"Saat manis ialah apabila menewaskan Manchester United dalam Premier League dan saat duka apabila tewas kepada mereka dalam saingan Champions League musim ini. Kami banyak masalah musim ini, namun kami masih lagi bertahan sehingga mampu menduduki tempat ke-2."

Next season kita tengok kebangkitan Chelsea pula. =)