AANHOLT KEKAL DI CHELSEA HINGGA 2015

Patrick van Aanholt telah pun menandatangani sambungan kontrak selama empat tahun di Stamford Bridge, menjadikan kontrak mamat ini dilanjutkan sehingga 2015. Aanholt dijangka akan diserapkan dalam skuad utama bagi musim depan sebagai back-up untuk Ashley Cole. Erm, nampaknya musim depan Chelsea akan dibarisi pemain muda. Terbaik. =)

SENARAI PEMBELIAN PEMAIN CHELSEA MUSIM 2011/12

CEO Chelsea, Ron Gourlay kini tengah mengendalikan polisi perpindahan the Blues untuk transfer window musim panas ini. Setakat ini, Chelsea telah pun list-out nama-nama pemain muda yang mereka mahu bawa masuk ke Stamford Bridge pada musim 2011/12. Antaranya ialah Neymar, Romelu Lukaku dan Kevin de Bruyne. Selain itu juga, permata Ajax Amsterdam, Gregory van der Wiel dijangka akan menyertai Chelsea dengan nilai £9 juta. Tidak dilupakan, Gourlay turut mencari back-up untuk Petr Cech. All right, kita tengok macam mana beliau lakukan, jika tak berjaya juga, Abramovich pecat kau pula. LOL ;p