ZHIRKOV MAHU BALIK KAMPUNG?

Yury Zhirkov beritahu kepada media yang dia mungkia akan consider untuk berpindah ke kelab lain jika gagal diturunkan dalam skuad utama bagi musim 2011/12. Untuk musim lepas, Zhirkov hanya bermain 6 kali dalam first eleven. Satu rekod yang amat dikesalinya. Zhirkov berkata :


"Saya ke sini bukan untuk memanaskan bangku simpanan. Malangnya, di Chelsea, saya kurang dapat peluang untuk beraksi. Kita tengok macam mana musim depan, jika perkara sama berulang, saya tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Rusia."

Erm, aku suka Zhirkov, main laju tetapi Ancelotti tidak suka turunkan "Ronaldinho Rusia" ini. Aku kagum melihat kepantasan serta kelincahan Zhirkov. Apa pun, aku harap musim depan Zhirkov dapat berdiri sama tinggi dengan pemain Chelsea yang lain dibawah kendalian Guus Hiddink entah la? =p

BRENDAN RODGERS CABAR BEKAS KELAB

Bos Swansea City, Brendan Rodgers begitu teruja setelah kelab kendaliannya dapat beraksi dalam Premier League untuk musim depan. Brendan, merupakan bekas couch skuad akademi di era Jose Mourinho. Beliau berkata :


"Saya amat berbangga dengan kejayaan Swansea. Ini merupakan batu loncatan kepada saya. Sekarang, kami telah bersedia untuk menentang Chelsea." 

Terbaik, semangat inilah yang amat aku gemari. Pada musim lepas, manager Blackpool, Ian Holloway turut mencabar Chelsea, namun kesudahannya, mereka tersingkir ke Championship. Apa pun, aku suka gaya permainan Blackpool. Kalaulah ada budget untuk beli pemain bertaraf world class, aku pasti Blackpool boleh pergi jauh. =)