PERANG PEMBELIAN WESLEY SNEIJDER BERMULA
Tuesday, June 07, 2011
Posted by yo87
Guus Hiddink dilaporkan tengah mempengaruhi Chelsea untuk mendapatkan bintang Inter Milan, Wesley Sneijder, 27, daripada seteru mereka, Manchester United. Guus Hiddink dijangka akan dilantik secara rasmi sebagai manager Chelsea yang ke-27 pada minggu depan. Sneijder sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk bermain di England.
GILIRAN GOKHAN TORE SERTAI HAMBURG
Tuesday, June 07, 2011
Posted by yo87
Seorang demi seorang pemain skuad muda Chelsea telah berhijrah. Terbaru, Hamburg telah pun berjaya mendapatkan striker Chelsea, Gokhan Tore, 19. Tore telah pun sign kontrak untuk kekal di Hamburg selama 3 tahun. Ini menjadikan Tore pemain ketiga daripada skuad simpanan Chelsea yang berhijrah ke Hamburg selepas Jacopo Sala dan Michael Mancienne. Tore berkata :
"Saya akan lakukan yang terbaik untuk Hamburg. Kelab ini penuh dengan tradisi."
Pengarah Sukan Hamburg, Frank Arnesen, yang juga pernah menjawat jawatan yang sama di Chelsea menyifatkan Tore seorang pemain yang kuat dari segi fizikal serta berbakat. Erm, ramai dah pemain muda Chelsea berhijrah sebab nak develop karier masing-masing. Good luck, lads. =)
FARIO BORINI TAK MENYESAL
Tuesday, June 07, 2011
Posted by yo87
Bekas penyerang Chelsea, Fabio Borini gembira sebab dapat berhijrah ke Parma. Dia kini telah bersetuju untuk ke liga Serie A, Itali selepas kontraknya bersama Chelsea luput. Ditanya oleh media tentang keputusannya ini, Borini berkata :
"Saya tidak menyesal sebab Parma merupakan kelab besar yang mempunyai perancangan untuk skuad pelapis. Mungkin selepas ini, saya akan kembali ke Premier League. Saya gembira ketika di Swansea. Penduduk di sana amat peramah."
DARREN BENT MAHU ANCELOTTI DI ASTON VILLA
Tuesday, June 07, 2011
Posted by yo87
Penyerang Aston Villa, Darren Bent percaya Carlo Ancelotti akan menjadi manager yang bagus untuk kelab itu. Aston Villa dilaporkan tengah mencari pengganti manager yang baru setelah bekas manager mereka sebelum ini, Gerard Houllier dipecat. Namun, terdapat sumber terbaru menyatakan Ancelotti mahu berehat selama setahun sebelum menyambung balik karier beliau. Erm, boleh percaya ke?
ZOLA PILIH HARRY REDKNAPP
Tuesday, June 07, 2011
Posted by yo87
Ketika seluruh fans Chelsea mahu Guus Hiddink menjadi manager baru Chelsea, berlainan pula bagi Gianfranco Zola. Beliau memilih untuk melihat manager Tottenham, Harry Redknapp berkuasa di Stamford Bridge. Redknapp, 64, beritahu bahawa dia tidak mendapat sebarang tawaran daripada CFC namun terdapat pemain senior Chelsea mahu beliau membimbing the Blues. Zola berkata :
"Harry mempunyai gaya tersendiri untuk berjaya di mana-mana. Dengan kualiti yang dimiliki beliau, tiada siapa meragui kemampuaannya. Sebagaimana fans Chelsea lain, saya bersimpati dengan Carlo Ancelotti."
Damn, the most cruel way of sacking manager. ;(
Subscribe to:
Posts (Atom)