ANCELOTTI MAKAN GAJI BUTA
Sunday, June 12, 2011
Posted by yo87
FYI, Carlo Ancelotti terpaksa bersabar untuk 12 bulan sebelum membuat keputusan untuk membimbing mana-mana kelab Premier League. Ini kerana, Chelsea telah pun membuat persetujuaan dengan beliau dengan nilai pampasan sebanyak £6 juta. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Chelsea semasa Jose Mourinho dipecat pada 2007. Ancelotti berkata :
"Duit itu bakal dilaburkan ke dalam Lembaga Tabung Haji Malaysia. Saya juga akan gunakan masa terluang selama 12 bulan ini untuk menonton Maharaja Lawak bersama seisi keluarga."
DROGBA KAHWIN SELEPAS FA CUP MALAYSIA
Sunday, June 12, 2011
Posted by yo87
Setelah lama bertunang dengan kekasih gelapnya, Lalla Diakite, Drogba memilih hari ini untuk berkahwin dengan ibu kepada 3 orang anak mereka. Persandingan ini bakal berlangsung di Monaco, Perancis. Ditanya kenapa beliau memilih hari ini untuk berkahwin, Drogba berkata :
"Awalnya saya ingin memilih hari semalam [Sabtu], namun saya takut perlawanan final FA cup di antara Terengganu vs Kelantan bakal over-shadowed hari penting ini. Jadi, saya rasa elok saya lakukan majlis ini keesokan harinya [Ahad]."
GUUS HIDDINK NAFI LAPORAN MEDIA
Sunday, June 12, 2011
Posted by yo87
Guus Hiddink menafikan sekeras-kerasnya rumours tentang beliau meminta Chelsea mendapatkan Wesley Sneijder. Beberapa hari selepas itu, Sneijder mengeluarkan kenyataan media bahawa dia mahu kekal di Inter Milan. Hiddink turut berkata bahawa beliau tidak berbincang dengan Chelsea berhubung mana-mana pembelian pemain baru. Hiddink berkata :
"Saya tidak berhubung dengan Chelsea dalam beberapa minggu ini. Mana mungkin saya meminta Chelsea mendapatkan Wesley Sneijder? Saya mempunyai calon pemain pilihan saya sendiri iaitu Nurul Azwan Roya dari Kelantan."
Subscribe to:
Posts (Atom)