CHELSEA BLUE PITCH KINI DI MALAYSIA

The red blue pitch kini telah pun berada di Malaysia. Ini adalah hasil 8 bulan setelah cadangan dikemukakan oleh Emkay Group yang dipengerusikan oleh tycoon hartanah Malaysia, Tan Sri Mustafa Kamal aka owner MKLAND. Court ini terletak di Jalan PJU 10/1A, Damansara Damai iaitu di sepanjang Jalan Kuala Selangor. Ini merupakan usaha kerjasama daripada Emkay Group, para penaja dan Chelsea FC sendiri. FYI, skuad pelapis Chelsea turut akan ke tapak ini ketika Chelsea Tour 2011 pada Julai nanti. Jadi, jangan lupa singgah dekat sini yer. Harap suatu hari nanti ada wakil pemain Malaysia beraksi untuk the Blues. =) 


Peta ke Chelsea Blue Pitch :  



£40 JUTA UNTUK NEYMAR ?

£40 juta? Baik Chelsea laburkan untuk beli midfielder atau winger. Jumlah itu memang mustahil untuk budak hingusan yang berusia 19 tahun. Lagi pun, Neymar tiada pengalaman bermain di BPL. Mana tahu dia mungkin tidak secemerlang ketika beraksi di Santos? Berlainan pula dengan Torres, dia memang berhak dengan nilai £50 juta. Mungkin season lepas dia sukar untuk menonjolkan diri akibat cara permainan Chelsea yang tidak suka supply bola kepada Torres. Berlainan semasa di Liverpool dulu, ada sahaja hantaran bola awesome untuk dia sudahkan. Apa pun, nilai £40 juta untuk Neymar adalah mengarut! Kalau Chelsea betul-betul mahukan Neymar, mungkin the Blues akan spend below than £40 juta.  =D

BIDAAN CHELSEA DITOLAK

Cubaan pertama Chelsea untuk mendapatkan Luka Modric dengan harga £22 juta ditolak oleh Tottenham Hotspur semalam. FYI, Modric turut menjadi buruan kelab kaya EPL lain seperti Manchester City dan Manchester United. Namun, antara mereka bertiga ini, cuma Chelsea yang mempunyai guts untuk bid Modric buat pertama kalinya. Yang lain, cuma cakap-cakap kosong jer. LOL. ;p


p/s: Manchester City dah outbid Chelsea dengan £30 juta.. apa cer?

PERSAINGAN TIGA SERANGKAI

Nampaknya, peluang Chelsea untuk dapatkan midfielder baru, Javier Pastore agak terancam apabila mamat itu turut menjadi buruan Barcelona dan juga Real Madrid. Ini menjadikan perebutan tiga penjuru. Seriously, kalau betul dua kelab itu betul-betul mahukan Pastore, peluang Chelsea tipis. Apa pun, aku harap itu cumalah spekulasi agen Pastore untuk demand high price untuk playmaker Palermo ini. =)

DROGBA SAH BERAKSI DI CHELSEA UNTUK MUSIM DEPAN

CEO Chelsea, Ron Gourlay telah sahkan bahawa Didier Drogba tidak akan ke mana-mana musim depan. Jadi tak usahlah bimbang tentang transfer rumours Drogba ke AC Milan, Real Madrid dan Tottenham Hotspur. Meskipun ketibaan Fernando Torres musim lepas, Chelsea tetap tidak mahu ambil risiko melepaskan Drogba. Cuba bayangkan Chelsea jual Drogba lepas itu Torres pula masih struggle di Stamford Bridge. Sakit beb!! Gourlay berkata :


"Drogba akan kekal di Chelsea selama beberapa minggu lagi. Itu pasti. Masak Chelsea jika Drogba tiada ditambah dengan Torres yang masih mencari rentak permainan."

Betul tu, terbaiklah. Drogba tidak dijual ke mana-mana kelab. Aku yakin Chelsea akan bounce back pada musim 2011/12. =)


Apapun, jom layan videoklip Drogba kat bawah ni :




KTBFFH