BETULKAH ANDRE VILLAS-BOAS KE CHELSEA?

Lepas buka laptop tadi, tiba-tiba famous berita tentang Andre Villas-Boas akan jadi manager ke-27 Chelsea. Persoalan footballcrazie, betulkah berita ini? Namun, setelah berita ini menjadi semakin merebak, Porto tampil dengan statement mereka. Wakil Porto FC berkata :


"Villas-Boas mempunyai harga belian berjumlah £13.2 juta. Namun, sehingga kini, pihak kami tidak mendapat sebarang bidaan daripada Chelsea."

Erm, logik juga. Kalau Chelsea nak dapatkan Boas, mesti awal-awal mereka dah bayar. Entahlah, maybe Chelsea nak pertimbangkan calon-calon lain kot. Apa pun, tak usah bimbang. Kalau ikutkan janji si CEO Chelsea, Ron Gourlay, minggu ini adalah due date untuk tentukan siapakah manager Chelsea. Harap Gourlay bukan buat janji Melayu. LOL. =p

LIVE UPDATED!! ( Juventus vs Newcastle United ) 8:45 PM


Fuh, dah lama tak post LIVE game. Bagi siapa yang gian game persahabatan antara kelab, jangan lupa saksikan game kejap lagi di LIVE!!

HAPPY BIRTHDAY, FRANK LAMPARD

Happy birthday ke-33 to our midfielder, Frank Lampard. Dah tua pakcik ni. Apa pun, beliau masih power. Jom layan videoklip kat bawah yang direka oleh fans Lampard dan semestinya fans Chelsea FC.


TAWARAN KE-3

Nampaknya, Chelsea betul-betul serius untuk mendapatkan Luca Modric. Terkini, Michael Essien akan dijadikan umpan untuk membida pemain Croatia tersebut. Antara pakej tawaran ke-3 Chelsea ini ialah, Essien + £28 juta = Luca Modric. Pergh, kalau betullah rumours ni, teruk macam ni sebab Essien salah seorang playmaker Chelsea. Apa pun, sentiasalah update dengan footballcrazie untuk mengetahui perkembangan terbaru. Well, it's all about Chelsea FC. =)

MICHAEL BALLACK TOLAK TAWARAN JOACHIM LOW

Michael Ballack secara selamba mengutuk manager Germany, Joachim Low dan menganggap cadangan Low sebagai satu sandiwara. Sebelum ini, footballcrazie pernah keluarkan entri tentang Low yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Ballack untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil. Sila rujuk entri : MICHAEL BALLACK BERSARA DARI AKSI KEBANGSAAN. Ballack berkata :


"Cara dia[Low], memberikan pandangan adalah satu sandiwara. Mengadakan perlawanan persahabatan yang dah lama dirancang disamping perlawanan perpisahan saya adalah satu lawak jenaka. Saya tahu saya terhutang budi dengan fans saya, namun saya tak boleh terima tawaran ini."

Nampaknya, Ballack macam touching sebab dia mahukan perlawanan perpisahan yang betul-betul khas untuknya bukan perlawanan persahabatan. LOL. Ada-ada jer si Ballack ni. Orang dah nak memudahkan kerja, dia buat perkara jadi bertambah rumit. Ronaldo selamba jer buat farewell games masa friendly match. =)