PETR CECH OPTIMIS
Friday, March 04, 2011
Posted by yo87
Petc Cech beritahu yang kemenangan 2-1 terhadap Manchester United merupakan saat kebangkitan Chelsea. Dia juga sedar bahawa peluang untuk Chelsea menang Premier League musim ini ibarat mendaki gunung. Cech berkata :
"Masih ada 33 mata untuk dicapai. Namun, ia bergantung kepada Manchester United bagaimana kekalahan terbaru ini mempengaruhi permainan mereka. Kemenangan terhadap mereka amat bermakna. Ini kerana mereka adalah musuh tradisi kami."
Selepas ini Chelsea akan berkunjung ke Bloomfield Road untuk menentang Blackpool. Harap momentum kemenangan ini kekal sehingga akhir musim.
4 GAME TANPA GOL
Friday, March 04, 2011
Posted by yo87
Sejak Fernando Torres sertai Chelsea dari Liverpool, masih belum ada sebarang gol berjaya dia jelmakan. Banyak media bertanya tentang situasi ini kepada Ancelotti. Ancelotti berkata :
"Saya minta dia bermain untuk pasukan bukan untuk personal glory. Selagi dia memberi tekanan dan bergerak lancar ke depan, saya tiada masalah. Orang mengadili permainan Torres melalui jumlah gol, saya pula melihat dari sudut sumbangan dia kepada pasukan."
Terbaik, kalau gol tapi tak menang tak guna juga. Macam Manchester United, gol awal siap depa tangan hirup udara segar lagi. Akhirnya MENANG juga mereka, MENANGgung kekalahan. LOL =D
KALAU LAH KALOU MENANG CHAMPIONS LEAGUE
Friday, March 04, 2011
Posted by yo87
Salomon Kalou beritahu yang Chelsea ibarat sebelah kaki ke final Champions League. Ini sebab venue untuk games final Champions League akan diadakan di Stadium Wembley pada musim ini. Kalou berkata :
"Saya suka bermain di Wembley. Dah 4 kali saya menang beraksi di sana. Setiap kali kami ke sana, kami sentiasa menang. Jadi, ia adalah suasana yang amat bagus."
FYI, sejak Kalou sertai Chelsea pada 2006, dia dah menang 4 trofi ketika beraksi di Wembley. Antara trofi yang dia julang di Stadium Wembley ialah :
- Carling Cup 2007
- FA Cup 2007
- FA Cup 2009
- FA Cup 2010
KTBFFH
SIR ALEX FERGUSON BAKAL DIDENDA
Friday, March 04, 2011
Posted by yo87
RIO FERDINAND LUPA MACAM NADZMI RAJA LAWAK 5
Friday, March 04, 2011
Posted by yo87
Nampaknya, impak kekalahan Manchester United ditangan Chelsea turut meninggalkan kesan kepada Rio Ferdinand. Rio berkata :
"Saya tidak nampak pembelanjaan Chelsea untuk pemain baru membuahkan hasil pada musim ini. Untuk musim depan, ya."
Satu lagi kenyataan lupa ingatan daripada Ferdinand. Erm, siapa yang jaringkan gol penyamaan awal pagi semalam? It's David Luiz, the new signing. Ha, kan dah speaking London aku ini. LOL. Dia lupa kot. ;p Aku tahu Chelsea tak mampu lagi kejar Manchester United. Tetapi, Chelsea boleh menjadi penentu juara samada Arsenal atau Manchester United. Jadi, The Blues Army semua, pasukan mana korang sanggup tengok julang trofi musim ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)