MICHAEL MANCIENNE PILIH WOLVE


Micheal Mancienne, 22 thn merupakan pemain pertahanan Chelsea yg dipinjamkan ke Wolverhampton Wanderers. Ditanya ttg adakah beliau masih nak main kt Wolve? Dia menjawab ya, dia akan tinggal utk satu musim lagi bersama Wolve. Walaubagaimana pun, keputusan tetap berada di tangan Ancelotti samada nak pki khidmat die x. Bagi aku, Ancelotti xkan pggil coz bersepah pemain pertahanan yg Chelsea ada. Apa pun, lam bola sume leh berlaku.. footballcrazie katekan. LOL. Mancienne jgk bgtau yg lpas die tinggal satu musim lagi kt Wolve, dia akan pikir kt mana pula hala tuju selepas ini.

ANCELOTTI TAK MINAT TGK PERLAWANAN MAN UTD


Carlo Ancelotti tekankan kt sini yg dia lagi snggup tgk movie berbanding tgk perlawanan Man Utd vs Tottenham esok. Bg die, Chelsea diutamakan, lantaklah ngn Man Utd. Die jg bgtau apa yg Joe Cole ckp ttg Jose mmg btul. Jose merupakan pengurus yg cemerlang, tmbh beliau. Namun, dia bgtau yg dia bkn hantu Jose sbb die latih Chelsea dgn acuan dia sndri. Berkenaan dgn pertemuan dgn Stoke City, die bgtau yg Stoke ni jenis pasukan yg sukakan lontaran ke dalam (Rory Delap)! Ditambah pula dgn sepakan percuma. Stoke sebuah pasukan yg mmpunyai fizikal yg kuat tambah beliau.

CHELSEA DIKAITKAN DENGAN PENYERANG BRAZIL


Siapa x kenal Pato? Aku main PES pun suka pilih die. Begitu jugalah dgn Chelsea. Kali ni Pato mungkin akan dijual sbb AC Milan bgtau yg sumber kewangan diorng x power utk tampung nama2 besar tmbahan pula prestasi AC Milan yg merudum sejak Kaka dah keluar. Kaka kluar pun sbb AC Milan x mampu byr gaji die. Bila dgr jer ttg penjualan Pato, nama Chelsea terus disebut sbg calon no.1 untuk dptkan die tmbahan pula bos lama die, Ancelotti tgh urus Chelsea skrng ni.

Bagi aku, bnda ni khabar angin belaka dan hanya mampu disahkan bila sign kontrak. Teringat gak ttg Robinho dulu, Chelsea dah siap bersedia dah nk smbut kehadiran Robinho kt Stamford Bridge. Last2 mamat tu pi kat Man City. Skrng ni, amik ko. Dah kne karma. Ko lak dijual sbb x perform. hehehe

KITA BOLEH JADI JUARA TANPA JOSE MOURINHO


Joe Cole mmberi semangat kt geng2 dia yg Chelsea mampu menang tanpa Jose Mourinho. Selepas Mourinho dipecat oleh Roman Abramovich pada thn 2007, Chelsea hanya mng FA Cup pada tahun lepas walaupun dibimbing oleh pengurus yg tersohor spt Avram Grant, Luis Felippe Scolari dan Guus Hiddink. Dan kali ini, Carlo Ancelotti plak. Nmpaknya, Ancelotti dah mula timbulkan keyakinan balik kat skuad Chelsea, tmbah Joe Cole. Sblum ni, Chelsea sentiasa dibayangi oleh pemergian Jose. Semua memberi alasan yg Chelsea merudum sebab Jose. Jadi, die harap musim ni Chelsea mampu bangkit semula mcm era Jose dulu. hehehe Chaiyok!! =)

5 PERBEZAAN ANTARA ANCELOTTI & SCOLARI


Tetiba aku nk wat perbezaan antara 2 pengurus Chelsea ni. Berikut merupakn keistimewaan Ancelotti berbnding Scolari;

MENANG PERLAWANAN UTAMA

Setakat ini, Chelsea x penah kalah ngn 4 kelab utama iaitu Man Utd, Liverpool dan Arsenal. Di bawah kendalian Scolari, Chelsea kalah "home" dan "away" dgn Liverpool. Kalah "away" ngn Man Utd, dan "home" ngn Arsenal.


BERURUSAN DGN PEMAIN ANTARABANGSA

Ancelotti dilaporkan tidak pernah naik angin atau bertikam lidah dgn pemain dalam bilik persalinan ditambah dgn gaya cool oleh beliau walaupun di saat2 genting. Ancelotti jga dikatakan bijak mengawal keegoan bintang2 Chelsea. Ini merupakan sesuatu yg berbeza pada zaman Scolari krn die pernah berperang mulut dgn pemain2 senior.

GANDINGAN DUO DROGBA & ANELKA

Pada masa Scolari, Drogba cedera waktu itu dan tidak cemerlang ketika beraksi di atas padang. Bagaimana pun, aksi Drogba mula memukau penonton apabila Scolari blah dah diganti sementara dgn Guus Hiddink. Nmpk sgt Drogba x puas ati ngn Scolari. hehehe Manakala Anelka plak kena jadi pemain simpanan gara2 die tolak utk bermain belah kiri. Walaubagaimana pun, di bawah kendalian Ancelotti, gandingan duo ni dianggap paling berbahaya dan digeruni setakat ini.

MENOLAK UTK MEMBAWA PEMAIN SENDIRI

Point ni mmg aku sgt setuju. Masa Scolari, beliau sering mmbawa masuk pemain yg dah biasa bwah kendalian beliau mcm Deco, Quaresma, Bosingwa dan Robinho. Berlainan pula dgn Ancelotti, pada awal pengurusan beliau, semua anggap yg dia akan bawa masuk nama2 besar AC Milan spt Pato & Pirlo. Tetapi Ancelotti masih xbeli sape2 dan memilih utk mmbaiki dan kuatkan jentera Chelsea yg sedia ada.


JADIKAN STAMFORD BRIDGE SEBAGAI KUBU PERTAHANAN SEMULA

Bulan Oktober 2009 mmjadikan rekod 86 perlawanan tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge lebur di tangan Liverpool. Sebulan lpas tu kalah "home" lagi dgn Arsenal. Lepas tu seri jer ngn kelab2 cap ayam. Jadi mana2 pasukan sudah tidak takut untuk bermain di Stamford Bridge kerana dah kehilangan aura. Setakat kendalian Ancelotti, hanya Everton dan Man City yg berjaya bawa pulang mata di Stamford Bridge. Namun, yg paling best ialah ketika Chelsea berpesta gol ketika menentang Aston Villa, Blackburn dan Sunderland di Stamford Bridge.

TIADA MASA UNTUK PERCATURAN MINDA


Kali ini Carlo Ancelotti cuba membidas Man Utd bahawa die tiada masa utk melayan mercaturan minda dari mana2 kelab terutama Man Utd. Bagi beliau, menang kat atas padang lagi bermakna berbnding menang bercakap. Fuh, ayat pedas khas utk Man Utd. hehe Utk ketiadaan Terry, Ancelotti mungkin menamakan Jeffrey Bruma, 18 thn sbg penggantinya. Sama2 kita saksikan perlawanan tersebut hari Ahad nnti. =) Bg Man Utd, esok diorng akan menerima kunjungan Tottenham Hotspurs. Masak la Man Utd. LOL. Aku akan post link Sopcast perlawanan sepanjang BPL esok kt ruangan 'Siaran Langsung'. Jadi, sila la update ngn footballcrazie. hehehe

FLETCHER BERI TEKANAN

Kali ni, Darren Fletcher bgtau kt media yg Man Utd akan bg tekanan kt Chelsea sehingga hujung musim. Die kate semua bebanan kini berada di bahu Chelsea apabila Man Utd hanya dibezakan 1 mata sahaja dgn Chelsea. Hehe..nk jgk main percaturan minda ek? Footballcrazie xsabar nk tgk Tottenham bermain kt Old Trafford nnti. Klu Man Utd menang, mmg terer la. Xpi klu kalah, aku orng pertama yg akan gelak. hehehe LOL.