LIVE UPDATED!! ( Blackburn Rovers vs Manchester United ) 7:45 PM


Hanya satu(1) mata diperlukan oleh Manchester United untuk dinobatkan sebagai Juara BPL musim 2010/11. Jangan lupa saksikan perlawanan ini hanya di LIVE!!

BALIK KAMPUNG PART II

Tepat pukul 9 malam nanti, aku akan naik bas balik Kota Bharu. Cuti seminggu sebelum bermulanya short semester pada 23 Mei 2011. Apa pun, live game untuk malam ini berjalan seperti biasa. Cuma, highlight mungkin aku akan post pada hari Isnin sebab nak settle bil internet yang tertunggak kat rumah. Terbaik, boleh pergi Stadium Sultan Mohammed Ke-IV tengok game second leg semi-final antara Kelantan vs Selangor pada 16 hb nanti. =D

"BUKAN SALAH DAVID LUIZ" - ANCELOTTI




Ingatkah lagi anda video kat atas? "Not me!" LOL. Ancelotti menolak dakwaan para penyokong yang mengatakan David Luiz punca utama Chelsea tewas lawan Manchester United tempoh hari. Ancelotti lebih melihat perkara itu sebagai kealpaan semua. Ancelotti berkata :


"Saya rasa itu Chelsea tewas bukan sebab dia seorang. Ia adalah tanggungan satu pasukan. Ya, memang saya marah dengan Luiz. Namun, dia tak harus risau sebab dia pemain yang bagus. Dia muda lagi, dia harus fokus untuk 90 minit."

Secara jujurnya, memang David Luiz agak tertekan malam itu selepas kesilapan pertama itu. Kawalan bola kantoi, ball positioning tak betul dan macam-macam lagi. Apa pun, aku harap kejadian itu menjadi pengalaman bermakna buat Luiz di masa depan. =)

JACK CORK MAHU KEKAL DI BURNLEY FC

Masihkah kamu ingat mamat sebelah Sturridge ini? Ya, Jack Cork namanya. Midfielder ini berdaftar di bawah Chelsea namun berada di kelab lain secara pinjaman sejak dari 2006 lagi. Kira macam ulang-alik ke Cobham la ni. LOL. Terbaru, Cork beritahu dia dah bersedia untuk dilepaskan oleh Chelsea untuk beraksi sebagai pemain tetap Burnley FC. Cork berkata :


"Saya suka berada di sini. Semua peminat Burnley memberi sokongan padu kepada saya. Malah, saya dan teman wanita telah pun menetap di sini. Musim panas ini saya akan membuat keputusan."

FYI, Cork telah menjaringkan 3 gol daripada 46 penampilan bersama the Clarets. Seorang lagi midfielder England yang berbakat namun tak dapat peluang bermain di Chelsea. =)