LIVE UPDATED!! ( Brazil vs Scotland ) 9.00 PM

Kepada sesiapa yang masih angau dengan aksi David Luiz dan Ramires tempoh hari, anda masih boleh sambung angau anda malam ini hanya di LIVE!!

IKER CASSILAS DAN DAVID VILLA SOKONG FERNANDO TORRES

Pemain Sepanyol, Cassilasa dan Villa percaya Fernando Torres akan dapat menjaringkan gol dalam masa terdekat. Villa berkata :


"Kami mahu melihat perubahan yang berlaku terhadap dia di Chelsea. Torres mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan kelab, rakan serta suasana yang baru."


Kepada fans Chelsea diluar sana, sabar yer. Kita simpan harapan untuk game Stoke City vs Chelsea pada 3 April pula. =D

KENAPA PILIH JOHN TERRY ?

Tahniah buat pasukan England sebab menang bergaya 2-0 tanpa berbalas daripada pasukan Wales. Di awal game lagi pasukan England kena 'boo' daripada hooligan Wales. Lepas gol jer, senyap terus mereka. Kepimpinan John Terry memang ketara dalam game semalam. Malah, Fabio Capello sendiri menjawab kenapa John Terry dipilih sebagai kapten bukan Lampard, Rooney, Parker atau Daudsu Dawson. Capello berkata :


"Faktor utama kenapa John Terry dilantik balik sebagai kapten England adalah kerana pengalaman. Namun, saya akan jelaskan kepada Rio Ferdinand di atas keputusan saya ini."

Memang tak dinafikan Rio Ferdinand mesti malu besar sebab armband jatuh ke tangan John Terry balik. Susahlah dia nak dapat balik selepas ini. =p

DAVID LUIZ SEPERTI PEMAIN ARSENAL




"Luiz ideal jika bermain untuk Arsenal. Kami lega sebab dapat pemain seperti ini. Apa yang saya maksudkan ialah gaya permainan dia seperti seorang pemain Arsenal. Dia mampu bermain di mana-mana posisi."

Itu merupakan komen Lampard. Anda pula bagaimana? 

HIGHLIGHT UPDATED!! KELAYAKAN EURO 2012

Aku dah update semua highlight untuk game semalam. England menang, John Terry perform well. Macam biasa, silalah lompat ke Download Highlight!!