LIVE UPDATED!! ( Liverpool vs Fulham ) 4:00 AM


Siapa peminat Liverpool yang sudi tengok perlawanan awal pagi besok, silakan ke tab LIVE!! FYI, ini merupakan perlawanan tertunda pada matchday 18. Kalau terlepas, jangan risau. Tengah hari esok aku upload highlight dia kat Download Highlight! Selamat menonton.

DIDIER DROGBA KEMBALI MENGGANAS

Terry yakin bahawa Didier Drogba telah pun menemui prestasi sebenar setelah menempuh saat sukar akibat jangkitan malaria. Drogba menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-11 dengan rembatan kencang luar kotak penalti. Terry berkata :


"Saya rasa dia dah OK. Drogba sepatutnya berehat selama 2 bulan namun dia enggan berbuat demikian dan mahu membantu pasukan. Dia menunjukkan satu pengorbanan yang cukup besar buat Chelsea.”


Terbaik =)

JOHN TERRY OPTIMIS

John Terry percaya yang skuad veteran yang ada dalam skuad Chelsea sekarang ini masih boleh beraksi untuk 2~3 tahun lagi. Ini dibuktikan dengan kemenangan 4-0 terhadap Bolton awal pagi tadi. Ditanya tentang apa dah jadi kepada Chelsea pada musim ini, JT beritahu :


"Kami sedar yang pasukan lain dah tak takut kami lagi.  Mereka kata kami dah tua. Namun, mereka silap, kami mempunyai pasukan yang bercampur dengan darah pemain muda pada musim ini."

Apa pun, bagi footballcrazie, bukan faktor umur yang menyebabkan Chelsea merudum pada 3 bulan lepas. Faktor utama adalah kekurangan pemain. Apa kata anda pula ?


KTBFFH

HIGHLIGHT UPDATED!! PERLAWANAN YANG TERTUNDA



Aku dah update perlawanan yang dah lama tertunda iaitu antara Blackpool vs Manchester United dan Wigan Athletic vs Aston Villa. Untuk highlight Blackpool, sila pergi ke matchday 16. Manakala untuk Wigan, matchday 18. Macam biasa, silalah ke tab Download Highlight!! =)