NASIHAT BERGUNA ANCELOTTI KEPADA LAMPARD

Disebalik tekanan yg menimpa Carlo Ancelotti, beliau sempat memberi tunjuk ajar berguna kepada Lampard yg mahu menjadi pengurus pasukan bolasepak. Ancelotti berkata :


"Dia ada bakat untuk jadi pengurus di masa hadapan. Saya akan berbincang dan akan menolong Lampard utk jadi seorng pengurus yg bagus. Antara perkara paling penting ialah anda kena bersabar dgn wartawan."

LOL ;p

"DUSTA BELAKA" - ANCELOTTI

Carlo Ancelotti menolak dakwaan media tempatan yang mengatakan the Blues menawarkan RM15 juta untuk dapatkan midfielder Everton, Steven Pienaar. Beliau berkata :


"Terdapat banyak khabar angin yg melibatkan nama serta kelab. Mungkin sesetengah ejen menggunakan nama kami untuk dapat harga lebih tinggi. Pienaar seorg pemain yg bagus namun itu tak bererti kami memerlukannya ke sini. Kami lebih fokus untuk dapatkan central defence."

Ha, big boss dah bagitau target dia. Tak kan tak percaya lagi kot. Hehe =)

CHELSEA MAHU TOLAK FERREIRA KE LISBON ?

Akhbar UK hari ini melaporkan bahawa Chelsea semakin mempengaruhi Benfica utk menjual David Luiz dgn menawarkan Paulo Ferreira sebagai ganti beserta RM97 juta. Erm, macam mana Benfica? Ada bran? Hehe ;p