DAH LAMA SAYA IDAM BERMAIN UNTUK CHELSEA - DAVID LUIZ

David Luiz bertekad untuk mengharumkan nama Chelsea di persada dunia. Dia mahukan sejarah kegemilangan Chelsea berulang lagi tatkala dia masih menyarung jersi the Blues. Luiz berkata :


"Saya mungkin akan sertai kelab lain namun Chelsea tetap dihati saya. Chelsea menjadi pilihan utama saya sejak mereka berminat untuk dapatkan saya. Mereka mempunyai pemain yang terbaik. Dengan pemain seperti itu, permainan kamu akan meningkat."

Terbaik lah David Luiz. Kita tunggu aksi dia untuk game Stoke City vs Chelsea pula pada 3 April 2011 nanti. =D

AGENDA TERSEMBUNYI JOHN TERRY ?

John Terry beritahu media bahawa dia gembira dapat bekerjasama dengan defender Tottenham Hotspur, Michael Dawson tempoh hari. Terry berkata :


"Dawson telah menimba banyak pengalaman berharga dalam Champions League. Dia mempunyai masa depan yang bagus bersama England. Dia harus diberi peluang untuk menyerlah."

Beri peluang dekat sini bermakna singkirkan Rio Ferdinand ke? LOL