LIVE UPDATED!! ( Barcelona vs Manchester United ) 2:45 AM


Jangan lupa saksikan game penentu juara Champion League tepat pada pukul 2.45 pagi nanti. Kita tengok siapa yang kena? Macam biasa, silalah lompat terus ke LIVE!!

"HANYA MAGICIAN BOLEH TUNAIKAN IMPIAN ABRAMOVICH" - WILKINS

Bekas caretaker manager Chelsea, Ray Wilkins berasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Carlo Ancelotti. FYI, Ancelotti pernah membimbing AC Milan untuk menang Champions League sebanyak dua kali dan pernah menang dua kali juga sebagai seorang pemain. Wilkins berkata :


"Abramovich memecat Ancelotti, jadi saya rasa manager berikutnya mesti seorang ahli silap mata jika pengurus tersebut dapat menang Champions League dalam musim pertama mengendalikan Chelsea. Saya akan berjumpa dengan Ancelotti minggu depan untuk berbincang tentang apa yang bakal beliau lakukan nanti."

Erm, adakah Ancelotti akan berganding bahu untuk menguruskan kelab lain? Kalau jadi, baguslah. Bagi pengajaran sikit kepada Roman Abramovich. =D

PENGGANTI PETR CECH ???

Chelsea dilaporkan tengah memburu penjaga gol Racing Genk, Thibault Courtois, 19. Sumber dari Belgium mengatakan bahawa Chelsea akan cuba dapatkan mamat ini pada musim panas nanti. Ron Gourlay melihat pemain muda ini sebagai pelapis Petr Cech yang ideal untuk jangka masa yang panjang. Terbaik, daPat juga dengar rumours tentang goalkeeper. Asyik dengar tentang posisi lain jer. Apa pun, ini hanyalah transfer rumours, belum ada kesahihannya. Mungkin lepas ini, Khairul Fahmi Che Mat yang bakal menggantikan tempat Petr Cech. 

JOSHUA MARK McEACHRAN JADI BURUAN

Kini, midfielder remaja Chelsea, Josh McEachran menjadi target utama kelab Jerman iaitu Hamburg. FYI, bekas director of football Chelsea, Frank Arnesen telah berpindah ke kelab tersebut. Buat masa ini, McEachran tidak menandatangani mana-mana kontrak persefahaman bersama-sama Chelsea. Namun, aku rasa Chelsea akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Selain Hamburg, Arsenal, Manchester United dan Barcelona turut mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat McEachran. Next season bolehlah kita tengok Chelsea menurunkan mamat ni memandangkan Ron Gourlay memakai polisi pemain muda untuk musim 2011/12. =D