LIVE UPDATED!! ( Manchester United vs Arsenal ) 1:15 AM


Perlawanan FA Cup yang amat best awal pagi nanti. Adakah Manchester United akan kalah buat kali ketiga berturut-turut? Jom kita saksikan di LIVE!!

HARRY REDKNAPP AHLI G.E.M.U.K ?

Redknapp beritahu kepada media yang dia masih mengundi Chelsea untuk menjadi juara Premier League untuk musim ini. Meskipun Chelsea ketinggalan 9 mata ditangan pendahulu liga, Manchester United. Redknapp yakin Chelsea mampu lakukannya. Dia berkata :


"Di awal musim lagi saya menjangkakan Chelsea akan menjuarai Premier League untuk musim ini. Meskipun pelbagai masalah menimpa Chelsea, saya yakin mereka mampu bangkit. Manchester United tidak segah dahulu lagi. Kekalahan 2 kali berturut-turut meninggalkan kesan yang dalam."

Nampak sangat Redknapp ahli G.E.M.U.K. Cuma ahli parlimen mana? Korang pikir la sendiri. Assalamuailaikum. =D

ARNESEN MAHU CULIK SALOMON KALOU

Kali ini bekas Pengarah Sukan The Blues, Frank Arnesen dikatakan mahu membawa masuk Salomon Kalou, 25, ke Hamburg. Sebelum ini juga terdapat berita menyatakan bahawa Kalou akan pertimbangkan keputusannya untuk keluar dari Chelsea jika tidak diberi ruang secukupnya untuk beraksi dan tunjuk bakat. Apa pun, kita tunggu apa keputusan Kalou nanti.

KALAULAH AKU ROMAN ABRAMOVICH, AKU AKAN ....

Entri kali ini bersifat terbuka sedikit di samping isu yang aku nak ketengahkan. Terdapat khabar angin bahawa Real Madrid sanggup jual Kaka dengan harga £25 juta bersyarat iaitu meletakkan Drogba sebagai pertukaran. Ok, soalan aku terhadap visitors sekalian ;


 "Kalau anda Roman Abramovich, adakah anda akan manfaatkan peluang ini?" 


Renung-renungkan dan selamat beramal. =D

GAMBAR TSUNAMI DI JEPUN

Erm, pertama sekali, tajuk entri tu saja nak pancing orang kat luar sana supaya sesat kat sini. LOL. Berbalik kepada entri ni, Torres beritahu yang dia amat lega sebab dapat beraksi di Chelsea meskipun masih belum jaringkan gol. Torres berkata :


"Di sini kamu dianggap bintang. Kamu tidak perlu buktikan siapa kamu. Pemain di sini begitu mesra. Di Liverpool, suasana agak serius. Saya berpindah sebab dah tak nampak masa depan saya akan bersinar di sana lagi."

Betul tu, sama juga keadaan dia ketika di Atletico Madrid. Atletico Madrid adalah kelab yang banyak hasilkan pemain berbakat namun tak mempunyai sumber kewangan yang kuat untuk kukuhkan pasukan. Kita tunggu perlawanan Chelsea vs Copenhagen pada 17/3 nanti pukul 3.45 pagi waktu Malaysia.