RM462 JUTA UNTUK FERNANDO TORRES
Monday, January 31, 2011
Posted by yo87
EVERTON GAGAL MANFAAT PELUANG
Sunday, January 30, 2011
Posted by yo87
SYARAT BARU LIVERPOOL
Sunday, January 30, 2011
Posted by yo87
Liverpool beritahu yang mereka nak RM242 juta beserta Nicolas Anelka, ulang perkataan, Nicolas Anelka, bukannya Daniel Sturridge. Jadi, ini bakal menguji keazaman Chelsea untuk dapatkan Fernando Torres. Uji keimanan betul ini. Hehe ;p
LIVE UPDATED!! ( Everton vs Chelsea ) 8:30 PM
Saturday, January 29, 2011
Posted by yo87
Jangan lupa saksikan perlawanan FA Cup, malam ini. Macam aku, aku layan perlawanan Selangor vs Kelantan. Mesti sokong kelate. Hehe =p
TORRES BUKAN PENGGANTI DIDIER DROGBA - ANCELOTTI
Saturday, January 29, 2011
Posted by yo87
Carlo Ancelotti menafikan spekulasi media bahawa bidaan the Blues untuk Fernando Torres bukan merupakan isyarat berakhirnya karier Didier Drogba. Beliau bijak mengulas dengan berkata :
"Buat masa sekarang, ia hanyalah impian untuk menggabungkan Torres dan Drogba bersama-sama. Namun, Drogba tidak pernah ada masalah untuk berganding bahu dengan sesiapa pun, termasuk Torres."
Chelsea akan berkunjung ke Goodison Park untuk saingan FA Cup malam ini. Harap Chelsea mampu menang. =)
TORRES MAHU KE CHELSEA
Saturday, January 29, 2011
Posted by yo87
Chelsea kini bersedia untuk menaikkan nilai bidaan terhadap Fernando Torres sebelum jendela perpindahan tertutup Isnin ini. Setelah tawaran sebanyak RM170 juta ditolak oleh Liverpool, Chelsea menunjukkan kuasa membeli mereka dengan menawarkan RM194 juta ditambah dengan Daniel Sturridge, yang menjadi buruan Liverpool sebelum ini. Torres dikatakan mengambil keputusan ini setelah Liverpool dah pun ada pengganti penyerang yang baru iaitu Luis Suarez dari Ajax dengan nilai RM112 juta. Apa lagi, cepat la Roman Abramovich, due date sebelum pukul 11 malam Isnin ini.
KTBFFH
TIDAK MENJADI
Saturday, January 29, 2011
Posted by yo87
Benfica telah sahkan bahawa pihak mereka telah gagal mencapai kata sepakat dengan Chelsea tentang harga David Luiz. Hal ini kerana Chelsea enggan membayar lebih daripada harga yang mereka sanggup tawarkan iaitu RM97 juta. OK, tamat sudah spekulasi tentang mamat ini. Next, Fernando Torres. =)
KTBFFH
LEICESTER CITY MAHU PINJAM AANHOLT
Thursday, January 27, 2011
Posted by yo87
Leicester City diberitakan akan mendapatkan pemain sayap Chelsea, Patrick van Aanholt, 20, secara pinjaman. Sebelum ini, Chelsea telah umumkan bahawa Aanholt bukan untuk dijual. Jadi, Leicester City pinjamlah. Hehe ;p
TERKINI: Laman sesawang Leicester City telah umumkan yang mereka telah pun selesai membuat urusan pinjaman Aanholt daripada Chelsea. Aanholt akan turun beraksi untuk Leicester City pada 1 Februari depan.
CHELSEA NAFI URUSNIAGA RM252 JUTA
Thursday, January 27, 2011
Posted by yo87
Chelsea semalam mendedahkan bahawa pihak mereka tidak pernah membuat urusniaga bernilai RM252 juta untuk membida pemain duo Atletico Madrid iaitu Sergio Aguero dan Diego Godin sebagaimana yang diumumkan oleh Atletico Madrid. Jurucakap Chelsea berkata :
"Kami tidak akan sesekali memberi sebarang komen terhadap spekulasi ini. Kami tidak mengira mana-mana kelab sekali pun."
Erm, susah nak percaya tentang transfer rumours ni. Apa pun, yang penting kita tunggu je la siapa yang bakal Chelsea bawa masuk sebelum bulan Januari ini berakhir.
KTBFFH
LIVE UPDATED!! ( Liverpool vs Fulham ) 4:00 AM
Wednesday, January 26, 2011
Posted by yo87
Siapa peminat Liverpool yang sudi tengok perlawanan awal pagi besok, silakan ke tab LIVE!! FYI, ini merupakan perlawanan tertunda pada matchday 18. Kalau terlepas, jangan risau. Tengah hari esok aku upload highlight dia kat Download Highlight! Selamat menonton.
DIDIER DROGBA KEMBALI MENGGANAS
Wednesday, January 26, 2011
Posted by yo87
Terry yakin bahawa Didier Drogba telah pun menemui prestasi sebenar setelah menempuh saat sukar akibat jangkitan malaria. Drogba menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-11 dengan rembatan kencang luar kotak penalti. Terry berkata :
"Saya rasa dia dah OK. Drogba sepatutnya berehat selama 2 bulan namun dia enggan berbuat demikian dan mahu membantu pasukan. Dia menunjukkan satu pengorbanan yang cukup besar buat Chelsea.”
Terbaik =)
JOHN TERRY OPTIMIS
Wednesday, January 26, 2011
Posted by yo87
John Terry percaya yang skuad veteran yang ada dalam skuad Chelsea sekarang ini masih boleh beraksi untuk 2~3 tahun lagi. Ini dibuktikan dengan kemenangan 4-0 terhadap Bolton awal pagi tadi. Ditanya tentang apa dah jadi kepada Chelsea pada musim ini, JT beritahu :
"Kami sedar yang pasukan lain dah tak takut kami lagi. Mereka kata kami dah tua. Namun, mereka silap, kami mempunyai pasukan yang bercampur dengan darah pemain muda pada musim ini."
Apa pun, bagi footballcrazie, bukan faktor umur yang menyebabkan Chelsea merudum pada 3 bulan lepas. Faktor utama adalah kekurangan pemain. Apa kata anda pula ?
KTBFFH
HIGHLIGHT UPDATED!! PERLAWANAN YANG TERTUNDA
Wednesday, January 26, 2011
Posted by yo87
Aku dah update perlawanan yang dah lama tertunda iaitu antara Blackpool vs Manchester United dan Wigan Athletic vs Aston Villa. Untuk highlight Blackpool, sila pergi ke matchday 16. Manakala untuk Wigan, matchday 18. Macam biasa, silalah ke tab Download Highlight!! =)
LIVE UPDATED!! ( Bolton Wanderers vs Chelsea ) 4:00 AM
Monday, January 24, 2011
Posted by yo87
Kalau korang semua tak ada kerja pagi besok, silalah layan. Aku? Confirm tidur. Kelas 8.30 pagi tu.. ;p
"KENA KENCING BELAKA" - ANCELOTTI
Sunday, January 23, 2011
Posted by yo87
Selepas Pienaar, kita dikaitkan pula dgn pemain Udinese, Alexis Sanchez, 22. Pemilik kelab tersebut, Giampaolo Pozzo, sebelum ini mengatakan yang the Blues berminat untuk dapatkan pemain mereka dengan harga RM123 juta. Ancelotti bagaimana pun menafikan yang beliau bercakap dengan Pozzo berkenaan Sanchez. Beliau berkata :
"Saya tak pernah berhubung dengan pemilik Udinese. Saya juga tak mahu mengulas lebih sebab perkara ini adalah rahsia."
Erm, kaitkan jer nama Chelsea, harga pemain naik melambung-lambung. Pandai betul permainan orang kaya ini. ;p
HIGHLIGHT UPDATED!! MATCHDAY 24
Sunday, January 23, 2011
Posted by yo87
Kepada sesiapa yang tak sempat tengok semua perlawanan BPL smlm, aku dah kemaskini highlight di tab Download Highlight!! =)
SEMAKIN HAMPIR
Sunday, January 23, 2011
Posted by yo87
Chelsea kini hanya tinggal sebelah kaki jer untuk dapatkan pemain pertahanan Wolfsburg, Simon Kjaer, dan perpindahan ini akan diadakan pada Isnin ini. Kjaer, 21, bakal dibeli Chelsea dengan harga RM61 juta. Terbaik. Mesti pensyarah Internet Programming aku, En.Nizam, suka berita ini. Haha =p
KTBFFH
LIVE UPDATED!! ( Wolverhampton Wanderers vs Liverpool ) 8:45 PM
Saturday, January 22, 2011
Posted by yo87
CHELSEA UNTUK DANIEL ALVES ?
Saturday, January 22, 2011
Posted by yo87
Manchester City dan Chelsea dalam keadaan bersedia selepas Daniel Alves menolak kontrak baru yang ditawarkan oleh Barcelona. Alves menolak Barcelona sebab kelabnya itu enggan menawarkan gaji sebaris dengan gaji pemain ternama mereka. Alves, 27, mempunyai baki kontrak selama 18 bulan mengugut untuk keluar dari Nou Camp jika kemahuannya ditolak. Erm, Ancelotti, macam mana?
TARGET SETERUSNYA ---- SIMON KJAER
Saturday, January 22, 2011
Posted by yo87
Chelsea kini dah membuat permintaan untuk mendapatkan pemain pertahanan Wolfsburg, Simon Kjaer setelah the Blues gagal mendapatkan David Luiz dari Benfica. Chelsea turut membida Joleon Lescott tetapi Manchester City mahu lebih daripada RM 42 juta. Carlo sebelum ini memang berminat untuk dapatkan pemain berasal dari Denmark ini dan pernah cuba bida mamat ini ketika dia bermain dalam skuad Palermo untuk dibawa masuk ke AC Milan.
KTBFFH
TERRY & LAMPARD CEDERA
Saturday, January 22, 2011
Posted by yo87
Berita buruk, Frank Lampard dan John Terry dikatakan masih belum pasti samada bakal diturunkan menentang Bolton Ahad nanti. Lampard mengalami masalah buku lali manakala John Terry sakit belakang. Apa pun, kita berharap dua pemain ini boleh beraksi .
KTBFFH
CHELSEA 2 - ARSENAL 1
Saturday, January 22, 2011
Posted by yo87
Chelsea telah berjaya ke mara ke pusingan ke-5 FA Youth Cup pada Khamis lepas setelah menewaskan Arsenal dengan 2-1. Terima kasih kepada Milan Lalkovic yang menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan. Beraksi dihadapan 25,000 penyokong di Stamford Bridge, the Gunners mendahului seawal minit ke-2 hasil gol sendiri daripada Billy Clifford. Namun, penyerang berbangsa Slovakian, Lalkovic menyamakan kedudukan 5 minit selepas separuh masa ke-2 bersambung. Diikuti gol kemenangan di masa tambahan untuk mengesahkan kemenangan Chelsea. Josh McEachran bermain sepanjang 90 minit.
KTBFFH
KAKUTA KE FULHAM
Friday, January 21, 2011
Posted by yo87
Fulham dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain penyerang Chelsea, Gael Kakuta secara pinjaman sehingga tamat musim 2010/2011. Hubungan antara kedua-dua kelab ini adalah baik dan Kakuta, 19, dikatakan akan bermain dibawah kendalian bekas pemain Chelsea, Mark Hughes.
Barclays Premier League mengehadkan hanya dua orang pemain boleh dipinjam dari mana-mana kelab dalam satu masa. Apa macam? Kamu sokong tak Chelsea lepaskan Kakuta?
KTBFFH
JOSE BOSINGWA BAKAL SAMBUNG KONTRAK
Thursday, January 20, 2011
Posted by yo87
Nampaknya, Chelsea bakal menamatkan harapan AC Milan untuk dapatkan khidmat Jose Bosingwa kerana the Blues mahu sambung kontrak mamat ini untuk 1 tahun lagi. FYI, kontrak Bosingwa akan tamat penghujung musim ini dan AC Milan dilaporkan berminat untuk beli Bosingwa dengan harga potongan. Kepada AC Milan, I'm sorry!
KTBFFH
"SAYA TAK GENTAR" - ANCELOTTI
Thursday, January 20, 2011
Posted by yo87
Sekali lagi Ancelotti beritahu kepada media yang dia tidak takut akan kehilangan kerjayanya sekarang. Ini kerana beliau yakin kelab sentiasa menyokong beliau dengan sepenuh hati. Beliau berkata :
"Saya tahu saya selamat. Sokongan daripada kelab dan pemain amat kuat."
Nice !!!
KTBFFH
TERANG LAGI BERSULUH
Thursday, January 20, 2011
Posted by yo87
Ok, kali ini aku sertakan bukti kukuh bahawa Pienaar dah pun sertai Tottenham Hotspur. Sebelum ini pun aku dah post tentang komen Ancelotti sendiri yang menyatakan bahawa Chelsea tak berminat terhadap mamat Afrika Selatan ini. Jadi, diharap selepas ini peminat the Blues hentikan gosip liar tentang Pienaar. Korang boleh lompat ke : "DUSTA BELAKA" - ANCELOTTI
KTBFFH
DROGBA PERTAHAN DIRI
Wednesday, January 19, 2011
Posted by yo87
Aku rasa tak perlu buktikan bahawa prestasi Drogba sekarang ini agak merosot. Tengok sahaja game ketika Chelsea menentang Rovers tempoh hari. Banyak peluang keemasan dipersia oleh Drogba. Nampak macam beliau dah kehilangan sentuhan gol. Adakah beliau dah penat? Namun, Drogba mengulas segala masalah tersebut :
"Saya tak jangkakan prestasi saya akan merudum sedemikian rupa. Sebelum bermula musim 2010/2011, saya dijangkiti malaria selepas menjalani pembedahan hernia. Ia akan pulih beberapa tahun lagi. Tentang jumlah gol, saya tak rasa itu akan menjadi isu."
Drogba juga mengulas panjang tentang peningkatan Chelsea kini adalah usaha berkumpulan, bukan secara individu. Bagus la kalau macam tu.
KTBFFH
LIVE UPDATED!! ( Leeds United vs Arsenal ) 4:00 AM
Wednesday, January 19, 2011
Posted by yo87
Jangan lupa tengok aksi perlawanan FA Cup awal pagi esok hanya di LIVE!! Esokkan cuti, jom la layan. =)
IVANOVIC SAMBUNG KONTRAK?
Wednesday, January 19, 2011
Posted by yo87
Branislav Ivanovic dijangka akan ditawarkan kontrak baru bersama Chelsea untuk terus kekal di Premier League. Ivanovic masih berbaki kontrak selama 17 bulan, dilaporkan akan menandatangani kontrak baru minggu depan dengan gaji sebanyak RM32,000 seminggu selama 4 tahun. Pergh, kaya betul jadi pemain bolasepak BPL ni. =p
KTBFFH
PETR CECH SERU RAKAN BANGKIT DARIPADA TIDUR
Wednesday, January 19, 2011
Posted by yo87
Petr Cech membuat cabaran terhadap rakan sepasukan agar menang 3 perlawanan berturut-turut untuk membuktikan bahawa Chelsea telah kembali ke pangkal jalan. Setakat ini, Chelsea dah menang 2 perlawanan berturut-turut iaitu 7-0 lawan Ipswich dan 2-0 lawan Blackburn.Cech berpesan :
"Tahniah sebab menang, tetapi ini merupakan langkah pertama. Untuk menarik nafas lega, kami harus bermain seperti menentang Blackburn tempoh hari untuk 4 dan 5 perlawanan."
Untuk 3 perlawanan selepas ini, Chelsea akan bermain di tempat lawan iaitu menentang Bolton di Reebok Stadium, kemudian FA Cup pusingan ke-4 lawan Everton. Terakhir Sunderland, geng yang merasmikan permulaan buruk bagi the Blues dengan 3-0 di Stamford Bridge pada November 2010. Apa lagi, balas dendam la. Hehe =)