ALASAN FERGUSON KALAH LAWAN LIVERPOOL !!!
Sunday, March 06, 2011
Posted by yo87
Ferguson berkata :
"
"
Maaf, ini bukan masalah internet browser anda tetapi, Ferguson memang speechless sekarang ini. LOL
DAVID LUIZ TAK MAIN ?
Sunday, March 06, 2011
Posted by yo87
Nampaknya David Luiz belum pasti akan turun menentang Blackpool Selasa pukul 4 pagi waktu Malaysia. Ini kerana dia mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Manchester United tempoh hari. Setakat ini, David Luiz belum turun berlatih bersama skuad Chelsea yang lain. Bagaimanapun, aku harap mamat ini boleh main. =D
KTBFFH
KTBFFH
MANCHESTER UNITED BELUM PASTI JUARA - CECH
Sunday, March 06, 2011
Posted by yo87
Petr Cech memberitahu kepada seluruh fans Manchester United agar jangan cepat bergembira kerana saingan peringkat liga masih terbuka luas. Malah, dia juga percaya Man Utd sudah mula goyah. Cech berkata :
"Kami akan menentang mereka di Old Trafford di penghujung musim nanti dan apa-apa boleh terjadi. Tahun lepas kami menang dua kali menentang Man Utd dan menang liga. Harap musim ini benda sama akan berlaku."
Erm, aku tak faham kat sini. Arsenal selalu disisihkan. Padahal mereka adalah runner-up. ;p
MASIHKAH ADA HARAPAN UNTUK NEYMAR?
Sunday, March 06, 2011
Posted by yo87
Chelsea nampaknya menunjukkan kesungguhan mereka untuk dapatkan bintang Brazil, Neymar. Terbaru, pihak dari Santos mendedahkan bahawa Chelsea telah membuat bidaan sebanyak £25 juta untuk budak ini. FYI, Neymar turut menjadi buruan kelab Itali, Juventus. Kita tunggu apa keputusannya nanti pada jendela perpindahan musim panas nanti. Erm, maksud aku musim panas di London, bukan Malaysia. Di Malaysia cuaca memang panas pun. LOL =D
Subscribe to:
Posts (Atom)