"CHELSEA SETERU UTAMA MANCHESTER UNITED" - PAUL SCHOLES


Menurut pemain Man Utd, Paul Scholes, Chelsea merupakan saingan terdekat mereka berbanding Man City yg berbelanja besar musim ni. "Kami harus akui Chelsea adalah pencabar utama kami. Petr Cech dan Drogba x bermain utk permulaan musim namun mereka akan kembali x lama lagi." jelas Paul Scholes. hehe. Aku pun x sabar nk tunggu musim baru ni bermula. ;p

"MEREKA PELAPIS BELANDA" - VAN BASTEN


Bekas kapten Belanda, Marco Van Basten memuji 2 pemain muda Chelsea yg berasal dari Belanda iaitu Jeffrey Bruma dan Patrick van Aanholt. Basten menganggap gandingan duo ini bakal menjadi ayam tambatan utk Belanda suatu masa nnti. Hrm, bagus la. Harap mereka boleh menimba ilmu serta pengalaman di Chelsea. ;)

"BARCELONA SERTA REAL MADRID X PERCAYA PEMAIN MEREKA" - ANCELOTTI


Bos Chelsea, Carlo Ancelotti begitu nekad utk menang Champions League musim ini dgn mengejek gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid. Ancelotti yg pernah membimbing AC Milan utk menang CL sbyk 2 kali mendakwa Real Madrid serta Barcelona tidak menaruh kepercayaan kepada pemain mereka sendiri. Ini dpt dibuktikan apabila kedua-dua gergasi ini berbelanja besar utk membawa pemain baru ke dlm skuad.

"Kami gembira dgn skuad kami. Mereka penuh dgn pengalaman dan kami yakin kami mampu menang lagi. Musim lepas, kami lakukan yg terbaik utk Premier League dan kami mempunyai kualiti serta kepakaran utk lakukan yg terbaik dlm CL." jelas Ancelotti. Ancelotti jgk turut bgtau yg pada musim lepas Chelsea terkeluar terlalu awal dlm saingan CL dan mahu melakukan yg terbaik utk musim baru ni. Beliau gak bgtau yg saingan CL serta BPL adalah sama taraf. Jadi, beliau mahukan yg terbaik utk kedua-dua kejohanan ini.