Tahniah buat pasukan England sebab menang bergaya 2-0 tanpa berbalas daripada pasukan Wales. Di awal game lagi pasukan England kena 'boo' daripada hooligan Wales. Lepas gol jer, senyap terus mereka. Kepimpinan John Terry memang ketara dalam game semalam. Malah, Fabio Capello sendiri menjawab kenapa John Terry dipilih sebagai kapten bukan Lampard, Rooney, Parker atau Daudsu Dawson. Capello berkata :


"Faktor utama kenapa John Terry dilantik balik sebagai kapten England adalah kerana pengalaman. Namun, saya akan jelaskan kepada Rio Ferdinand di atas keputusan saya ini."

Memang tak dinafikan Rio Ferdinand mesti malu besar sebab armband jatuh ke tangan John Terry balik. Susahlah dia nak dapat balik selepas ini. =p