Ingatkah lagi anda video kat atas? "Not me!" LOL. Ancelotti menolak dakwaan para penyokong yang mengatakan David Luiz punca utama Chelsea tewas lawan Manchester United tempoh hari. Ancelotti lebih melihat perkara itu sebagai kealpaan semua. Ancelotti berkata :


"Saya rasa itu Chelsea tewas bukan sebab dia seorang. Ia adalah tanggungan satu pasukan. Ya, memang saya marah dengan Luiz. Namun, dia tak harus risau sebab dia pemain yang bagus. Dia muda lagi, dia harus fokus untuk 90 minit."

Secara jujurnya, memang David Luiz agak tertekan malam itu selepas kesilapan pertama itu. Kawalan bola kantoi, ball positioning tak betul dan macam-macam lagi. Apa pun, aku harap kejadian itu menjadi pengalaman bermakna buat Luiz di masa depan. =)