Daniel Sturridge menjelaskan bahawa pemain pelapis Chelsea telah bersedia untuk diturunkan menentang Marseille awal pagi nanti. Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti mendedahkan yang beliau mungkin akan menurunkan pemain remaja yang telah beraksi padi perlawanan lepas seperti Jeffrey Bruma, Patrick van Aanholt, Josh McEachran, Sturridge dan Gael Kakuta, yang beraksi menentang MSK Zilina pada bulan lepas. Sturridge berkata :


"Saya rasa Josh seorang pemain yang bagus, tenang serta berkebolehan. Jeffrey Bruma di centre-half pula amat gagah, mendominasi bola di udara serta bagus kawalan kakinya. Manakala Gael seorang pemain yang penuh skill. Ia adalah sesuatu perkembangan yang bagus jika pemain muda dapat peluang keemasan ini."


p/s : Tulis menggunakan bahasa baku sebab nak uji fungsi 'Translation' di sebelah kanan kamu. =p