Carlo Ancelotti beritahu yang beliau akan terkejut jika disingkirkan dari Chelsea berikutan prestasi buruk kelab sehingga sekarang. Kini, Chelsea masih lagi berada di tempat ke-5 carta liga. Pendahulu liga BPL, Manchester United, mempunyai kelebihan 9 mata dari Chelsea dengan kelebihan satu game. Ancelotti turut akui bahawa musim ini mereka tidak cukup bagus untuk menang Premier League. Beliau berkata :


"Kami tidak cukup bagus sekarang. Sekarang adalah lebih mudah untuk ambil pendekatan yang Chelsea tidak mengalami musim yang bagus. Namun kita masih ada banyak lagi untuk diperjuangkan. Kita masih ada FA Cup dan Champions League."

Ancelotti mengaku yang beliau tersalah percaturan untuk musim 2010/2011 ini. Erm, macam nak cover untuk lembaga pengarah nampak. Hehe ;p