Carlo Ancelotti akui bahawa anak buahnya kurang keyakinan selepas mengalami kekalahan 1-0 terhadap Wolves awal pagi tadi. Juara berganda musim lepas ni ketinggalan 1-0 seawal minit ke-5 hasil ehsan gol sendiri oleh pemain pertahanan Chelsea, Jose Bosingwa. Apa yg aku boleh katakan ialah perlawanan semalam dimenangi oleh Manchester United. Mereka menang meskipun tak turun padang awal pagi tadi. Mana tidaknya, Arsenal dan Manchester City seri 0-0. Manakala Tottenham pula kalah 2-1 ditangan Everton. Chelsea pula memang dah out sekarang ni. Harapan aku pada musim 2010/11 ialah agar Chelsea dapat tempat dalam empat pasukan terbaik + perkukuh pasukan dengan membeli pemain berkualiti bulan ini.

KTBFFH