Frank Lampard menafikan bahawa para pemain Chelsea dah mengaku kalah terhadap cabaran Premier League musim ini. Dengan kekalahan 0-1 terhadap Liverpool minggu lepas, perlawanan derby dengan Fulham merupakan satu game yang mesti kena menang. Seri atau kalah akan memburukkan lagi keadaan. Lampard berkata:


"Mereka salah jika fikir kami dah mengaku kalah untuk Premier League. Di Chelsea, kami masih rasakan kami berpeluang. Dua game lawan United akan menjadi kayu ukur. Samada itu akan tentukan juara liga, kami pun tak tahu. Apa yang penting adalah fokus untuk Chelsea berbanding fikir prestasi United."


Dengan baki 13 perlawanan lagi, mampukah Chelsea mengejar Manchester United? Sama-sama kita renung-renungkan dan selamat beramal. LOL