SIAPA SIR ALEX FERGUSON ?
Thursday, March 03, 2011
Posted by yo87
Siapa peminat sukan bolasepak yang tak kenal Ferguson boleh diibaratkan katak di bawah tempurung. Selain hebat dan popular mencatur strategi permainan untuk Manchester United. Mulut dia turut ikut sama popularnya. Jika game memihak kepada Man Utd, dia senyap. Namun, jika berlaku sebaliknya, inilah akan berlaku. Berikut adalah quote Ferguson yang popular mengutuk mutu pengadilan FA:
vs Chelsea, Mac 2011
"Kami bertahan untuk gol pertama. Macam mana Martin Atkinson boleh bagi penalti kepada Chelsea. Sudah 3 tahun kami menderita di Stamford Bridge. Semuanya gara-gara pengadil. Mereka akan mengadili perlawanan setiap minggu, jadi inikah mutu mereka?"
vs Sunderland, Oktober 2009
"Kecergasan untuk para pemain dan pengadil amat dituntut dalam game yang pantas. Dia, Alan Wiley tidak cergas. Ia membantut permainan kami. Di England banyak lagi pengadil yang cergas. Kenapa dia dipilih? Dia mengambil masa 30 saat hanya untut melayangkan kad. Macam berehat pula."
vs Birmingham City, Disember 2008
"Ia adalah handball, foul di tengah padang. Jika pengadil tak boleh nampak, apa lagi peluang yang kamu ada? Sebab itu kami memerlukan pengadil yang boleh nampak segala perkara yang berlaku di atas padang."
vs Portsmouth, Mac 2008
"Keith Hackett harus menjawab segala persoalan. Dia tidak lakukan kerja dengan betul. Martin Atkinson mengadili perlawanan dengan begitu teruk."
vs Bolton Wanderers, November 2007
"Saya dan beritahu Mark Clattenburg apa yang saya rasakan tetapi dia tak mahu dengar. Sesetengah pengadil tidak dengar cakap. Kami harus mendapat perlindungan daripada pengadil, namun kami seolah-olah kena bermain lawan mereka juga."
Erm, tetapi jika game memihak kepada Manchester United, tiada pula pujian untuk pengadil. Aku rasa pengadil pun akan benci Manchester United selepas ini. LOL.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
lucu
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
March 3, 2011 at 10:52 AM
boleh lah lepas nie smua ref anti manyoo...
asyik harapkan ref je...
March 3, 2011 at 11:58 AM
Baguslah komen kan. Siapa lagi nak komen kalau bukan jurulatih. Barulah referee semua sedar ckit. Tengok sekarang dah banyak perubahan pada pengadil walaupun adalah kesilapan sedikit..manusia!
teruskan mengomen ferguson!
p/s: mourinho lagi hebat bahagian kutuk2 nih
March 3, 2011 at 12:28 PM
Aku rasa kalo ferguson yg jd ref bukan coach je yg komen... Budak kutip bola pun komen...
March 3, 2011 at 6:35 PM
hahaaha. btul tu azriff.
March 22, 2011 at 12:56 PM
Betul tu amin..kalau tak de sape nak komen psl jurulatih,sampai bila2 pn mutu pengadilan masih tiada peningkatan..
Peminat Chelsea mungkin masih makan hati dan kecewa dgn kekalahan mereka kepada Barcelona di UCL disebabkan mutu pengadilan yg teruk kn??? :D
Yup,setuju dgn kenyataan amin yg Jose Mournho lg kaki kutuk..main game hari Sabtu pn tak puas hati..kelakar betul..kata jurulatih terbaik dunia..ooopps :D
March 22, 2011 at 2:38 PM
hahaha, kantoi nory izecson jadi anonymous kat atas tu. LOL
May 29, 2011 at 9:49 PM
ada aku kisah ker??yg pasti Chelsea dh kena tibai 4X dgn MU musim ni..muehehehe..smoga berjaya mencari pengganti Ancelotti..lol!!
May 29, 2011 at 11:00 PM
@nory izecson
rileks la, tau la butthurt kena ayam dek barcalona awal pagi tadi. hehe ;p