Erk, tersedak aku jika mana-mana striker yang baru beli tak dapat jaringkan gol dalam 9 game. Tambahan pula team Chelsea tercinta ini. Apa pun, aku tak setuju pendapat yang mengatakan bahawa Torres ini sampah macam glory hunter lain. Setuju atau tak, dia banyak main peranan untuk kucar-kacirkan defend lawan. Cuma kadang-kadang tu finishing dia amat mengecewakan sejak tak gol dari Januari 2011 lagi. 

Game Chelsea vs Manchester United untuk Champions League tempoh hari mengembalikan keyakinanku terhadap Spaniard ini. Cuma, aku rasa Torres agak keseorangan di atas padang. Pemain kalau boleh tak nak pass bola kepada dia. Mungkin sense of trust tu tak ada lagi. Tak apa, Insyaallah gol lawan Wigan nanti.


KTBFFH,