Sejak era Roman Abramovich di Chelsea, banyak benda dah meningkat. Chelsea dah semakin disegani. Namun, dalam masa yang sama, beliau turun menjadi dalang apa yang berlaku kepada Chelsea sekarang ini. Jom flashback zaman Mourinho, time dah menang back-to-back title tetap kena sack. Lepas tu Avram Grant gagal 'grant' Champions League untuk dia, turun dipecat. Kini, masa depan Ancelotti masih belum jelas. Namun, harus diingat, Ancelotti pernah menang the Double. Campur tangan daripada pihak atasan sikit-sikit memakan diri Chelsea. Antaranya ialah :

  • Ray Wilkins dipecat
  • Frank Arnesen turut lari
  • Midfielder power-power dijual tanpa pengganti

Akibatnya, game Chelsea jadi hambar. Kalau dulu, setiap game Chelsea memang menarik untuk ditonton berbanding tengok Triple H bagi pedigree kepada Undertaker. Sekarang ini, nak dapat gol satu pun sakit. Namun, musim depan pasti menarik untuk melihat siapa pemain yang akan dibeli nanti.