Yossi Benayoun berjanji bahawa dia akan membantu Torres untuk menghasilkan gol pertama. Benayoun juga faham benar bola macam mana yang amat digemari oleh Torres sepanjang bermain bersama-sama selama 3 tahun di Liverpool. Benayoun berkata :


"Cubaan Torres tempoh hari begitu cemerlang diselamatkan oleh Ali Al-Habsi. Torres sendiri bergurau yang dia tak tahu nak buat apa lagi. Itu merupakan great save. Saya akan membantu Torres untuk menambah keyakinan dalam dirinya."

Baguslah, ada member yang sanggup membantu. Yang lain? Semua nak personal glory meskipun berpeluang nak bagi kepada teammate yang lebih bagus positioning. Apapun, kita tunggu perancangan Ancelotti apabila berkunjung ke Old Trafford nanti.