Aura Torres. Gempak tak?

Setelah lama fans serta orang kuat Chelsea menunggu, akhirnya kita dah nampak sinar masa depan Chelsea. Orangnya ada dibawah timbunan pemain kat atas. =D Setelah 14 game kita semua menunggu, Torres gol juga. Malah, aku tak nafikan keadaan hujan lebat tempoh hari turut membantu Torres. Bola terhenti di tengah kotak penalti sebelum Torres turn dan membuat sepakan lencong guna kaki kirinya. 

Terbaik dari ladang. Memang gol tersebut memberi suntikan semangat kepada Chelsea. Selepas ini Tottenham Hotspur akan berkungjung ke Stamford Bridge pada 1 Mei 2011. Macam biasa, rotation policy. Ini bermakna Torres akan beraksi untuk kesebelasan utama. 


KTBFFH