Kali ini Lampard beritahu bahawa Torres begitu lega setelah dapat menjaringkan gol. Ini kerana Lampard sendiri pernah alami episod yang sama seperti Torres lalui di Chelsea pada 10 tahun lepas. Ketika itu Lampard dibeli dengan harga £11 juta dari West Ham United. Dia mengambil masa 4 bulan sebelum berjaya jaringkan gol. Lampard berkata :


"Waktu itu saya tidak semahal harga Torres. Jadi, bebanan yang dia tanggung amat berat. Dia datang dengan harga £50 juta. Semua mata tertumpu kepadanya. Setiap manusia mempunyai perasaan. Benda sama turut Torres alami. Dia bukan diperbuat daripada batu."


Erm, mesej yang jelas daripada anak emas Chelsea, Frank Lampard kepada fans dekat luar sana. Jadi, sekarang ini kita lihat pula macam mana aksi Torres menentang Tottenham Hotspur pada 1 Mei 2011 nanti pada pukul 12.30 tengah malam.